Metafizik
"MASA DAH TIME" - metafizik aura dan warna
Masuknya waktu ZOHOR. Kita terus bersih sucikan sistem penghadaman agar tertapis makanan halal bagi menambah keceriaan hidup.
Masa Dah Time
"MASA DAH TIME" - metafizik aura dan warna
Jadilah seorang yang bijak menghargai, dengan mulakan memberi "salam" apabila berjumpa dgn seseorang
! assalamualaikum ya sheikh :) !
Seawal pagi tadi kita telah menghidupkan "jiwa spiritual" dengan berTAHAJUD. Sujud mengaku dosa-dosa dan bangkit sebagai seorang hamba memohon keampunan dan keredhaan Allah!
Di saat waktu SUBUH kita terus bersujud dan "bersuara" lagi memohon harap dilimpahkan lagi rezekiNya dan membaikpulih metabolisma tubuh. Juga merangsang "peti suara" agar dapat berkomunikasi dengan baik.
Kemudian, kita mulakan amalan sedekah dengan "sedekah subuh" dan juga jadikan sendi-sendi tubuh turut bersedekah dengan mengerjakan solat "sunat DHUHA". Saat ini HATI dah makin aktif suci dan menYucikan segala prasangka.
Masuknya waktu ZOHOR. Kita terus bersih sucikan sistem penghadaman agar tertapis makanan halal bagi menambah keceriaan hidup.
Dan di saat masuknya waktu ASAR. Kita terus pekemas keceriaan dengan memfokus ke sistem kesuburan menjadikannya lebih kreatif dan reproduktif melahirkan emosi.
Kemudian di saat menjelmanya senja dan MAGHRIB kita masih boleh gagah berdiri menguatkan otot-otot dan saraf tunjang dengan penuh keYakinan bahawa ALLAH sedang menanti bersama rahmatNya!
Seterusnya, kita mula merehatkan diri dan "slow down" minda dengan mengerjakan solat ISYAK! Kita tutup malam itu dengan solat taubat dan witir dengan harapan masih ada esok untuk kita BANGKIT bertahajud dan memulakan hidup menjadikan segala kerja kita sebagai ibadah.
Inilah turutan SOLAT yang ALLAH minta hambaNya tunaikan sebagai seorang Hamba Allah! di sebalik gerakan solat itu, tersembunyi rahsia khasiat dan keajaiban bagi mereka yang mengerjakannya.
BAYANGKAN!!!!
jika solat kita tak pernah cukup...maka retaklah segala sistem badan terbaik yang Allah sediakan.
inilah dikatakan "menganiaya" diri sendiri.
bila sistem retak..maka amat mudah "penyakit" luar masuk hinggap ke hati lalu... menjadikan seseorang itu "sakiT haTi" @ "HaTi sakiT" ;)
MasyaAllah... mari kita susun balik masa masa SOLAT kita.
Inilah masanya.. sebelum sampai "masa kita" !!
"MASA DAH TIME" ;) :)
0 comments:
Post a Comment