Metafizik
Kalimah syahdu
Saya pernah melalui situasi dimana hampir tak ada satu sen pun dalam poket, dalam dompet ataupun dalam bank.
.
.
Walaupun pada masa tu, ada kereta, ada kedai, ada stok dan ada bisnes tapi tunai tak ada. Keadaan itu berlaku di saat semua orang melihat kami sebagai orang bisnes yang berjaya.
.
.
Suami isteri tak ada sumber gaji sebab dua-dua bisnes sepenuh masa.
.
.
Yang nak diceritakan adalah, pengalaman melalui keadaan dimana tak ada walau RM100 di dalam poket dan dalam masa yang sama dah tak ada idea dah nak cekau kat mana dah duit tu merupakan perasaan yang jarang-jarang dapat dirasai. Ia pengalaman sangat istimewa. Ia mampu mengubah attitude kita di kala tak ada satu sebab pun yang mampu merubah sikap kita pada waktu tu.
Ia satu perasaan unik dan pengalaman itu tak sia-sia. Ia mampu membina hati cekal. Pengalaman yang mampu menjadikan kita tak takut kehilangan harta. Waktu itu kita pasrah saja.
Sedar tak sedar keluar kalimah "Allah" dari mulut. Mungkin antara sebutan paling ikhlas pernah disebut sepanjang hidup. Betapa indahnya rasa pasrah pada waktu itu. Sedar dengan sesedarnya bahawa tiada siapa yang boleh keluarkan saya dari keadaan tu selain dari Yang Maha Kuasa.
Kalau tak kena musibah macam tu, mungkin ia tak sesyahdu dan sesendu kalimah itu keluar dari hati dan mulut saya.
Harta boleh datang dan pergi. Aset terbesar kita adalah bagaimana keupayaan kita menghadapi keadaan atau menerima hakikat bila harta pergi dan tinggalkan kita tanpa apa-apa.
Terima kasih Allah sebab bagi peluang kami rasa pengalaman itu. Ia memberikan kami kekuatan untuk menyedari dan memahami sesuatu yang hanya orang pernah laluinya sahaja akan fahaminya. Juga terima kasih Allah kerana dengan Rahmat dan redhaMu kami berjaya lepasinya.
Allah dah sediakan hadiahnya bila Dia tekan hambaNya begitu sekali. Mana tahu sampai satu masa kita akan berterima kasih kerana diuji sebegitu. Mungkin kerana ujian itu kita jadi kuat begini pada hari ini :-)
Sabar dan redhalah bila diuji begitu. Ada hikmah disebaliknya. Sampai masa hadiah itu akan datang juga. Jika tak di dunia, di akhirat pastinya.
Nukilah sahabat perniagaan CEO rangkaian D'Apple
0 comments:
Post a Comment