Metafizik
Guru Mursyid II
Assalamualaikum kekasih2 Allah dan Rasulullah s.a.w
Selamat menunaikan Solat Fardhu Isyak
Bismillah
Soalan: Bolehkah belajar terus dengan Allah?
Jawapan : Boleh, setelah mendapat ilmu laduni yang dibimbing oleh guru mursyid. Namun kenalah faham siapa itu Allah yang dimaksudkan. Kenal Diri Kenal Allah
Soalan: Apakah rupa bentuk fizikal seseorang itu melambangkan seorang Guru Musyid?
Jawapan : Dalam mencari guru mursyid hendaklah dipandang dari segala sudut pandang tentang kedalaman ilmunya. Guru yang mursyid BUKAN hanya dilihat dari segi fizikal zahirnya sahaja. BUKAN dilihat dari sudut kedudukannya, terkenalnya dia, jumlah ilmu syariatnya, besar serbannya, panjang dan putih janggutnya, wara’ rupanya, banyak kitabnya, bertanda hitam di dahi, bersopan santun dan sebagainya.
Lazimnya guru mursyid membungkus ilmunya atau merahsiakan ilmunya. Berpakaian seperti orang biasa, makan seperti orang biasa, tidak menonjolkan diri di khalayak ramai. Kelakuan atau fi’il bukan lah menjadi ukuran mutlak akan sifat musyridnya guru itu. Ramai yang tidak berjumpa dengan guru mursyid sebab mereka menganggapkan guru2 ini seperti yang disebutkan di atas tadi.

Dan sekiranya seseorang guru itu dilihat bercakap seolah2 seorang yang bongkak, berpakaian seperti orang biasa (tiada serban dan jubah) dan makan yang agak banyak pada pandangan matanya, ramai yang telah buat persepsi dan andaian bahawa guru tersebut bukan mursyid. Maka terlepas lah dia dari berjumpa dengan guru yang mursyid.
Sebagai iktibar kisah Nabi Musa as cuba menuntut ilmu hakikat dengan Nabi Khidir yang telah diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 60-82.
Tanya Nabi Musa,
"Bolehkah kau mengajarku dari apa yang telah diajar oleh Allah kepada mu?
Khidir menjawab,
“Sesungguhnya engkau tidak sekali kali akan bersabar bersama ku.”
Dipendekkan cerita, 3 peristiwa yang berlaku tatkala Nabi Musa as bersama Nabi Khidir iaitu
1. Membocorkan perahu yang mereka naiki
2. Membunuh Seorang Pemuda
3. Membantu membina tembok dengan 2 orang anak yatim yang pada Nabi Musa adalah perbuatan yang sia sia belaka.
Namun, Nabi Khidir dapat memberi jawapan yang mudah kepada Nabi Musa a.s tentang apa yang telah berlaku.

Begitulah ilmu hakikat yang jauh keluar dari kemampuan akal fikiran otak manusia dan norma2 masyarakat. Dan ilmu sebegini rupalah yang wajib kita dapatkan, agar banyak rahsia rahsia dan hijab-hijab kehidupan dan ketuhanan dapat di bongkar satu per satu. Dan bila sudah tiada soalan, baru lah ketenangan hadir dengan sendirinya tanpa di minta2.
.
#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#20JAN
" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "
www.KawarasYahaya.com
bit.ly/NubisPotensiBisnes
0 comments:
Post a Comment