Tribe #769 - SAFT

Ayat Kauliyah dan Qauniyah

7:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Alhamdulillah.. syukur ya Allah. Melihat kebesaran Allah di Bukit Broga, Semenyih. Ahad, 7.36am 15012017

7:36
Share tafsir surah 7 ayat 36 kat sini ya

Ayat ayat kauliyah - kalam Allah dalam Al quran
Ayat ayat qauniyah - alam

Belajar mengenal dan agung kebesaran Allah ikut 2 ilmu ini

Al-'A`rāf:36 - Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Ada kaitan tak dengan apa yang kita bermuzakarah di sini? Allahu.. 

Bismillah.. 

Apa kaitan muzakarah disini dan berdasarkan masa yang dinyatakan itu.. itulah pesanan Dari Allah untuk kita semua.. dan kaitannya di sini.. apa yang sifu tekankan dari mula.. untuk kita BERIMAN KEPADA AL-QURAN. Bagaimana mahu beriman dengan Al-Quran? Kaedah @ ilmu Kulit menjadi perantaraan. Iaitu Numbering @ Metafizik ini sendiri.

Benar, sifu tambah sikit. Ini merupakan salah satu kaedah untuk mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta. Numbering ini UNIVERSAL LANGUAGE..ramai orang menjumpai diri dan penciptanya dengan pelbagai cara seperti : 

M. Nasir melalui bidang musik, tarbiyahlah ikut pintu itu
P. Ramlee melalui bidang lakonan, tarbiyahlah ikut pintu itu
Sifu melalui numbering, kena tarbiyahlah diri ikut pintu ini

HAKIKAT SESEKALI TIDAK MENCARI FAEDAH, TAPI MENCARI KAEDAH

Stay tune kat sini, sifu kupas bab kaitan numbering, huruf hijaiyah (Arab), Al quran dan kehidupan. Sifu tahu dalam tribe ini ada para ustaz, ahli hafazan dan sebagainya. Sifu di sini dengan rendah hati minta tunjuk ajar andai ada kelemahan dan kesilapan, kita ini insan biasa tidak boleh lari dari kesilapan dari membuat kesalahan dan kesilapan. Tapi biarlah jaga dan tahu adab menegur. 


Baginda Rasulullah pun ada adab menegur dengan penuh fatonah dan ilmiah, bukan menjatuh hukum, hentam dan sebagainya. Kita bermuzakarah sama-sama. Kalau kita tak boleh nak teladani sifat Rasulullah, adakah kita lebih HEBAT DAN POWERFUL daripada baginda.

Ini kaedah sifu mendidik, jangan pisahkan numbering dengan Al quran, jangan pisahkan Agama dengan kehidupan seperti mana Yahudi strukturkan dalam sistem pendidikan persekolahan awal kita

Contoh 
Tulisan Rumi - bermula dari kanan ke kiri, ikut sunnatullah, lebih menggunakan otak kanan

Tulisan Sekular - bermula dari kiri ke kanan, lawan sunnatullah, lebih menggunakan otak kiri, sebab itulah kita jadi follower sampai mati, kurang BERIMAN DAN YAKIN DENGAN ALLAH

Alhamdulillah.. dari Allah kembali kepada Allah.. Selalu kita dengar beriman kepada Al-Quran, Al-Quran panduan hidup. Tapi sejauh mana kita faham Al-Quran itu Panduan Hidup. Bagaimana kita gunakan Al-Quran utk guide kehidupan seharian kita.. 😊😊😍😍 bermula dari kaedah numbering ini lah yang membantu kita untuk beriman kepada Al-Quran. Manusia suka pada nombor kan.. numbering adalah asbab sahaja. Sebab itu sifu tanamkan tauhid kepada Allah terlebih dahulu sebelum kita masuk ke dunia numbering. Nanti jadi syirik pula terlalu taksub pada nombor.

Bab syirik ini, ini satu hal lagi, kita teruja menilai yang di luar lebih daripada menilai dalam diri kita sendiri.

Sedangkan Al quran dah bagitahu kita WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Bab syirik ini tak perlu lihat pada nombor, adanya keAKUan dalam diri seperti ini usaha aku, ini hak aku, aku hebat, aku luar biasa,  dan sebagainya itulah syirik sebenarnya.

Bab syirik ni, sifu kupas sikit terbahagi kepada 3 iaitu

1. Syirik paling rendah, Syirik Jaali (jelas) spt sembah patung berhala, tangkal dan sebagainya

2. Syirik besar, Syirik Khufi (tak jelas) seperti riak, ujud, takbur

3. Syirik KHUFI YUL KHUFI, yang paling besar dan kita tidak sedari iaitu keAKUan dalam diri. Sifu amat yakin kat sini kalian semua di sini mana mungkin sembah patung berhala, tapi tanpa kita sedari kita hari hari, setiap saat, menyembah patung berhala ciptaan kita sendiri iaitu AKU DALAM DIRI. 

Orang Tua dengan ketuaannya, rasa diri itu hebat,senior
Orang berilmu dengan ilmunya, ini ilmu Aku, ini hak Aku dan sebagainya
Orang berpangkat dengan pangkatnya, nasib baik Aku tolong kalau tak merempat dah dia tu 

0 comments: