Tribe #769 - SAFT
Tahniah Juara ~ Bantuan Tangan Ghaib
Tahniah Faiz Subri..anak melayu dan Malaysia pertama terima anugerah FIFA peringkat dunia...
Apa yang sifu nak kongsi dan sampaikan melalui kisah Faiz Subri nie adalah related atau berkaitan dengan apa yang kita nak belajar di tribe ini.
Beliau merupakan insan biasa yang tidak dikenali peringkat awalnya, yang beliau tahu bakat dan potensi beliau adalah main bola. Dan beliau hanya give 200% BUAT YANG TERBAIK, TANPA MENGHARAPKAN YANG TERBAIK.
Apa yang sifu nak bagitau di sini adalah di sebalik kejayaan seseorang insan itu adalah perlunya BANTUAN TANGAN GHAIB untuk angkat kita dan letak kita di tempat yang sepatutnya.
BANTUAN TANGAH GHAIB nie kalau level orang biasa adalah kaki bodek, kaki politik dan sebagainya yang kebergantungan hidupnya adalah makhluk bukannya Allah. Allahu Somad takder. Sedangkan terang-terang Allah dah berfirman dalam Surah Al Ikhlas ayat 2. Ini boleh menjejaskan iman dan tauhid kita dan menyeret kita semua ke lambah kesyirikan.
Yang level luar biasa KEBERGANTUNGAN DAN PENYERAHAN SECARA TOTAL KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA, berusaha dengan istiqmaha, kuatkan amalan dengan ILMU TANGAN GHAIB. HAQQUL YAKIN sangat tinggi. Maka di situlah bantuan Allah akan tiba tepat pada masanya dan tidak lewat walau sesaat.
Hanya satu sepakan sahaja, dengan bantuan Allah menggoncang dunia dan mengubah masa depan beliau. Cukuplah hanya sekali. Yang nak beri pun DIA, yang nak ambil balik pun DIA. Yang penting berusahalah dengan bermodalkan diri dan potensi diri secara istiqamah seumpama kita berdoa siang dan malam, tapi kita tak tahu bila doa kita akan dimakbulkan.
Allah sudah berfirman dalam Surah 72 ayat 16 :-
"BARANGSIAPA BERJALAN LURUS DI ATAS JALANKU TETAPKAN, DENGAN PENUH IMAN DAN TAKWA, MAKA AKAN KU TURUNKAN AIR HUJAN YANG LEBAT"
DI JALANKU TETAPKAN
Ini hakikatnya Allah sampaikan kepada kita apa sahaja ketetapan, daqa dan qadar yang sudah Allah tetapkan termasuklah bakat dan potensi diri.
DENGAN PENUH IMAN DAN TAKWA
Ini hakikatnya Allah nak kita berserah secara total, yakin, redha dengan Allah atas segala usaha.
AKAN KU TURUNKAN AIR HUJAN YANG LEBAT
Ini hakikatnya Allah nak sampaikan adalah ini janji Aku, Aku akan turunkan rezeki yang melimpah ruah.
Para sahabat dulu, Allah tak janji apa-apa pun, tapi berjuang bermati-matian untuk mendapat rahmatalamin dan redha Allah.
Kita Allah dah janji, tapi masih lagi ragu-ragu dan yakin dengan Allah. RUKUN IMAN PERCAYA KEPADA ALLAH DAN PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR tak kejap, macam lalang kena tiup angin.
0 comments:
Post a Comment