Tribe #769 - SAFT
Berapa ramai dah start perbetulkan "NIAT" pada 2017 nie
Perbaiki Niat
Berapa ramai dah start perbetulkan "NIAT" pada 2017 nie
PERBAIKI NIAT
"..Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.
Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.
Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun!"
(Syaikh Shalih Awadh Al Mudhamisi - Imam Masjid Quba)
Kenapa this few days, sifu duk sembang pasai niat jer, pada sifu ia amt amat penting kerana
"SETIAP SESUATU AMAL ITU BERMULA DENGAN NIAT"
memberi ilmu pun amal, menerima ilmu pun amal, senyum pun amal. Kalau solat niat tak betul, tak tahu niat duk kat mana, ke laut dalam perginya. Yang kita duk baca "Sahaja Aku Solat fardhu.." ini baru lafaz, masih bukan NIAT dalam erti kata sebenar.
Begitu juga dalam proses memberi dan menerima apa jua ilmu, kalau tidak perbaiki niat, seumpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sifu bagilah apa nenek ilmu pun kat sisni, tak der berkat dan barokah Allah.
Contoh, SOP kehidupan Allah dah gariskan pada 13 rukun solat itu..betul ini, betullah perjalanan kehidupan dunia akhiratnya, dan selesai dah bab tauhid sebenarnya
Nak sifu kupas bab SOP itu tak..?
Sifu Farihan Yahya
0 comments:
Post a Comment