Tribe #769 - SAFT
Soalan A : Benarkah metafizik ini khurafat?
Metafizik, pernomboran, metafisiologi
Soalan A : Benarkah metafizik ini khurafat?
Jawapan Sifu : Apakah yang tuan faham tentang word "METAFIZIK" itu sendiri?
Jawapan A : Menilai/meramal suatu nasib/bisnes melalui tarikh lahir. Word metafizik saya kurang pasti.
Huraian jawapan dari sifu :
Kena faham maksud "Metafizik" itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat justifikasi dan mendengar tamsilan orang ramai.
"Metafizik" - sesuatu cabang ilmu Allah yang tidak dapat diukur oleh batas fikiran manusia. Ilmu falak juga dikategorikan oleh ilmu metafizik, adakah wajar kalau kita jatuh hukum mengatakan "ilmu falak" itu juga khurafat?
Ilmu Allah ini luas cabang ilmunya ibarat ranting -ranting pokok, asal berpaut pada dahan (Akidah Tauhid) yang betul tidak ada salah dan silapnya. Penamat segala ilmu adalah berbalik kepada Tuan Empunya ilmu itu sendiri iaitu Allah. Kalau belajar ilmu hebat sekalipun, tak berakhir seperti yang sifu katakan di atas tu, tiada kesudahannya.
NLP, MINDPOWER, juga di antara kategori ilmu metafizik juga. Kita tidak berada dalam bidang ilmu itu walau sesaat pun, tidak pernah menghadiri kelas depa pun tidak wajar kita menilai ilmu orang lain dari sudut kaca mata luaran sahaja.
Soalah B : Adakah metafizik terbatas pada penomboran dan warna atau semua fizikal dan lain2 struktur dan bentuk?
Huraian jawapan dari sifu :
Ilmu metafizik ada 99 cabang bidang ilmu kemanusiaan, metafizik sains penomboran islamik berasaskan al quran adalah kajian pattern 1 juta manusia. Difu sudah mengajar ini di Indonesia, Brunei, seluruh semenanjung Malaysia, pattern adalah sama.
Sifu sudah belajar block metafizik yang lain seperti Feng Shui, Numerologi dan sebagainya penamatnya adalah Al quran itu sendiri.
Numbering ini adalah asalnya 99 asmaul husna terbahagi kepada 9 kumpulan, yang dalam setiap 1 kumpulan ada 11 asma.
Soalan C : Apa beza dengan metafisiologi?
Jawapan dari sifu : Metafisiologi adalah cabang ilmu yang di luar kotak pemikiran manusia yang fokus kepada perawatan.
Soalan D : Perkataan meta itu sendiri bermaksud beyond thinking, betul?
Jawapan dari sifu : Benar, meta itu beyond thinking. Ulama sufi panggil ilmu hakikat. Mat salleh panggil metafizik.
Metafizik ini adalah empangan ilmu, pecahan kecilnya itulah brain color, NLP, fingerprint, numbering, tulisan tangan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment