Tribe #769 - SAFT
Perihal ilmu metafizik adalah dikuasai oleh asalnya cedekiawan Islam. Fasa third sekunder ilmu barulah dikuasai blok Eropah.
Model 769 SAFT - Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh
Peringkat nak kenal diri baru duduk dalam quadrant pertama iaitu SIDDIQ baru...
3 quadrant lagi itu akan menyusul kemudian.
Metafizik bukan sains palsu/khurafat
Artikel ini ditulis sebahagian kecil dalam bidang ini. Itupun hanya orang celik sahaja memahami. Mungkin 0.03% manusia. Untuk fasih seperti sifu pastikan anda habis blok fundamental + teknikal ilmu. pastikan lebih 40 bidang berlainan fasanya. Takut takut anda tidak hadam maka anda menghukum hal lain lagi. Buku di bawah khas metafizik kesihatan dan bioplasma aura manusia karya Ibnu Sina.
METAFIZIK BUKAN SAINS PALSU/KHURAFAT
Daripada : Wan Ahmad Fayshal
Ini kitab yang dihadiahi oleh isteri masa menikah beberapa tahun yang lalu. Kami kesal melihat orang Melayu ditipu orang Melayu atas nama metafizik - satu ilmu yang agung dan amat luhur - bak kata Shaykh al-Ra'is Ibn Sina, metafizik atau dalam istilah falsafah Islami-nya "Ilahiyat" adalah bidang ilmu yang mengesahkan/menetapkan asas-asas keilmuan yang lain (tashih mabadi' sa'iri'l-'ulum) seperti fizik, matematik etc.
Metafizik dalam tradisi keilmuan Islam membicarakan hakikat wujudnya Tuhan dan sifatNya. Bicara tentang asbab yang empat (al-'ilal al-arba'ah) yang merupakan teras kepada apa yang kita guna dalam pelajari ilmu-ilmu lain khususnya sains tabi'i.
Ini belum kita sentuh bagaimana ilmu metafizik menjadi teras kepada ilmu aqidah Islam dan tasawwuf yang mulia. tapi sayang dalam kepala orang awam istilah metafizik telah dinistakan menjadi tilik nasib, kuasa-kuasa psychic.
Kembalilah kepada tradisi keilmuan Islam. Penat ulama' kita seperti Ibn Sina, Imam Al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, Jami tulis berjilid kitab metafizik untuk memsistematikkan ilmu-ilmu yang mengenal diri kita agar kita mengenal Allah SWT seperti yang layak kita kenali.
Model 769 SAFT - Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh
Peringkat nak kenal diri baru duduk dalam quadrant pertama iaitu SIDDIQ baru...
3 quadrant lagi itu akan menyusul kemudian.
0 comments:
Post a Comment