Tribe #769 - SAFT
Bismillah...
Kita Adalah HambaNya
Bismillah...
Bukan mudah untuk kita terus on track dalam apa yang kita usahakan. Adakala akan timbul perasaan fed up, rendah diri, tawar hati dan hilang motivasi.
Sudah namanya kita manusia biasa. Perasaan begitu hadir mungkin kerana kita terlalu fokus sehingga Tuhan melihat kita lalai dan leka dengan prioriti hidup kita yang lain.
Lalu, apa yang patut kita buat kalau hal seperti itu terjadi kepada diri kita?
Tak payah fikir atau buat benda yang susah-susah. Selain tunaikan kewajipan kepadaNya, kita buatlah apa yang kita paling suka buat dalam hidup. Haha
Kalau suka melukis, lukislah sepuasnya. Kalau suka masak, masaklah makanan yang anda sukai, kalau suka shopping, maka belilah apa yang anda ingini.
Dapat buat apa yang kita suka merupakan ganjaran kepada diri sendiri jika kita hampir putus asa atau hilang rasa terhadap apa yang kita sedang fokus atau usahakan.
Sebenarnya, Tuhan mahu kita selalu tahu dan insaf bahawa dalam hidup ini, bukan usaha kita yang buat kita sukses dan bukan kerana kerja keras kita yang jadi sebab kejayaan kita, semuanya atas kehendak dan perkenanNya jua.
Ingat ini, kita hanya hamba yang sampai mati pun tetaplah denganNya tempat kita bergantung harap dan berserah..
0 comments:
Post a Comment