Tribe #769 - SAFT

Beza niat, doa, harapan, mustajab, waktu damai permintaan, zon permintaan

7:34 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah...

Mulakan 2017 nie dengan resetting balik diri, bermula dengan NIAT..setiap sesuatu amal itu bermula dengan niat.

Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.

Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal dan seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.

Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupu satu marhum maksudnya. Dalam kebaikan ibadah semuanya bermula dengan niat.

Doa adalah "niat + permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing-masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tengok diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang.

Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.

Mustajab adalah zon saat / detik / alamiah / gelombang / syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema (sains muzik) seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang, dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Gelombang Hz bernombor sebagai pusat. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam.

Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai tak nak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk mengkaji zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba tiba menangis sehabisnya. Inilah yang dipanggil reset diri yang sangat baik.

Zon permintaan adalah mustajab + niat + doa + harapan + waktu permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul betul supaya kita tawaduk.

Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istighfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi.

Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.

Perbetulkan NIAT kalian kenapa, kalian berada di tribe ini, supaya apa jua sharing ilmu di sini mendapat keberkatan dan barokah dari Allah, atas limpah rahmat dan lindungannya kalian akan mudah terima dan faham ya.


0 comments: