Tribe #769 - SAFT

ANA AHMAD BILAL MIM III

12:19 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bila Baginda Rasulullah saw ditanya oleh para sahabat, apakah engkau Ahad, Rasul saw menjawab saya adalah AHMAD TANPA HURUF MIM.

Nama-nama Muhammad, Ahmad, Ahad adalah suatu perjalanan iaitu dimulai dari Muhammad, menjadi Ahmad dan berakhir pada Ahad.

Muhammad adalah nama dunia sepertimana Mohamad Razina, Mazni dan sebagainya. Untuk teruskan perjalanan naik (pulang) itu, hilangkan huruf mim yang di hadapan akan jadi Ahmad.

Selanjutnya untuk naik lebih tinggi lagi, hilangkan lagi huruf mim sehingga menjadi Ahad.

Jadi apa itu MIM, beerti sesuatu yang banyak, sesuatu yang melihat keberadaan diri, sesuatu yang bermakna 40. Pergerakan bermakna MIM, itulah asal kejadian manusia di mana kita tercipta dalam tahapan waktu 40 hari selama 7 kali iaitu 280 hari atau 9 bulan 10 hari.

Untuk kita kembali kepada Allah, hilangkan MIMnya, ertinya untuk sampai ke Ahmad, hilangkan keberadaan diri, tinggalkan dunia atau lepaskan mim yang di depan untuk sampai ke Ahad, lepaskan mim yang kedua, barulah kita sampai ke tempat yang sebenarnya kita tuju.

Sebab itu pesan Tok Kenali,
JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI, BIARLAH TERLIHAT ALLAH SAHAJA.

Pembuktian, Surah al Baqarah ayat 115 "Hadaplah wajahmu ke aman arah sekalipun, utara, selatan, timur dan barat, kau tetap nampak Aku (Allah)."

Bismillah..

Ketika kita memohon petunjuk dan kekuatan daripada Allah, jawapan Allah itu bukan seperti jawapan manusia.

Allah mengurniakan ilham dalam hati kita hingga kita faham. Kemudian fikiran kita diaturkan Allah dengan menghasilkan idea-idea yang bernas. Digerakkan diri kita seluruhnya beserta segala aturan yang menjadikan perjalanan dalam penyelesaian juga tersusun cantik.

Digerakkan Allah manusia keliling datang membantu. Terasa masa sangat cukup. Terasa kerja menjadi mudah. Ada semangat dan kekuatan.

Ketika kita memohon dimurahkan rezeki, Allah tidak menjatuhkan duit dari langit. Tidak mengeluarkan emas permata naik dari dalam tanah. Tidak terhidang segala makanan yang lazat dengan tiba-tiba.

Tetapi Allah menggerakkan kita dengan pelbagai cara. Diberikan kita ilham agar mampu melakukan kerja dengan kemahiran yang kita ada. Ada peluang yang datang untuk kita mendapatkan rezeki.

Seluruh makhluknya digerakkan dalam satu sistem yang sangat komplek tetapi sempuran aturannya atas kehendak Allah.

Namun..

Di ketika perjalanan menjadi mudah, hambaNya sering kembali terlupa kepadaNya ketika bergerak dalam aturanNya. Kesedaran kepadaNya hilang di saat melaksanakan tugas dan kerja.

Akhirnya sangat malang ketika diri "claim" bahawa kejayaan semua ini hasil daripada fikiran aku. Hasil daripada idea-idea aku. Hasil daripada kerja kerasku. Hasil daripada kepandaian dan kemahiranku.

Allahurabbi...

"Ya Allah, lindungi kami daripada menjadi hambaMu yang sering melupakanMu dan jadikan kami hambaMu yang menyedariMu SETIAP SAAT HIDUP INI dalam keadaan apa sekalipun, ketika berbaring, ketika duduk, ketika berdiri Ya Allah."

Kita katakan Allah itu WUJUD. Pada masa yang sama kita "claim" ini ilmu aku, aku hebat, ini hak aku, amcam-macam aku, itu dah jadi DUA sifat WUJUD. Tak jadi ESA, dah.
Bila DUA, itu dah namanya menduakan sifat wujud Allah, syirik dah kiranya itu.
Ambil teladan sunnah dan kaedah Rasulullah tadi, udah pening-pening.

QS Al-Baqarah :115
"Dan kepunyaan Allah lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap muka di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui."


0 comments: