Metafizik
Solat tahajjud sebagai jalan tol menuju Allah
Ahmad Humaidi Ismail :
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim..Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Rasulullah S.A.W keluarga dan sahabat..Saya cuma nak share berita yang kami suami isteri tunggu selama 7tahun..minggu ni isteri saya disahkan hamil 3-4minggu..Alhamdulillah..Minta jasa baik Sifu-sifu dan ahli group doakan kandungan ini membesar dengan sihat dan sempurna..menjadi khalifah di muka bumi dengan IMAN dan TAQWA..Aamiin..ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Farihan Yahya :
Bismillah...
Alhamdulillah, dengan izinNya
Apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai
seperti sifu selalu share semasa sessi "ngeteh"
Istiqamah sahaja SOP Buku 555 especially Tahajjud
Untuk selesaikan kebuntuan tentang perkara ini,
Sains dan sejarah sudah membuktikan dengan izin Allah.
Setelah istiqamah dan keajaiban Tahajjud juga pesakit kanser pulih walau Doktor pakar sudah diagnose tidak harapan lagi.
DIA boleh tukar siang dan malam begitu jer
Setakat problem kita ini, bukannya satu masalah besar untuk DIA tukar dari kesedihan kepada kegembiraan.
Tahniah, sifu ucapkan atas bertambahnya seorang lagi umat Nabi Muhammad dan meramaikan khalifah di atas muka bumi untaian zamrud khatulistiwa milik Allah ini. Semoga dipermudahkan segala urusan, mudah mudah dan sehabis mudah.
Ahmad Humaidi Ismail :
Betul sifu..saya rase asbab duduk dalam group ni dan ikut SOP 555 Allah kurniakan salah satu nikmat paling berharga ni..Alhamdulillah..tq sifu..Allah Akhbar!
Farihan Yahya :
Solat Tahajjud nie sebenarnya Jalan Tol menuju kepada Allah.
Mengapa sifu berkata sebegini..?? Kerana ia dilakukan pada malam hari. Malam hari ini banyak rahsia dan keistimewannya jika dibandingkan dengan siang hari.
Allah berkehendak menjadikan malam sebagai sarana antara makhluk dengan Ya Khalik. Kita dapat lihat, Israk Mikraj berlaku pada malam hari. Begitu juga dengan para nabi terdahulu seperti Nabi Musa yang berjumpa Allah pada waktu malam.
Allah berkata,"Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. Sebaliknya pada siang hari kamu mempunyai banyak urusan". (Surah Al-Muzamil ayat 6-7)
Ayat ini jelas memberitahu kita solat pada malam hari adalah lebih khusyuk. Orang yang rajin bangun malam bagi mendirikan solat tahajjud dengan menjaga rutin dan kualiti solatnya, itulah dia orang yang bersedia untuk menerima limpahan nur Ilahi yang suci. Istiqamahlah menjaga solat tahajjud walaupun hanya dengan 2 rakaat dan satu 1 rakaat witir jauh lebih baik dan disukai nabi dibandingkan solat tahajud yang banyak rakaatnya tetapi tidak istiqamah dan tidak berkualiti.
Sifu tak mahu ajar pelik-pelik kepada kalian semua di akademi sifu ini. Terapi Diri dengan Solat Tahajjud pun cukup dah sebenarnya...Sebab garis ukur Tuhan untuk para hambaNya LAYAK ATAU TIDAK untuk menerima kekayaan seisi alam dan bumi adalah KEKUATAANNYA UNTUK BANGUN 1/3 MALAM.
Logik Metafizik Solat Tahajjud pula secara Sains Ilmiah kita boleh jelaskan begini dalam tubuh kita ini ada sejenis hormon yang dinamakan sebagai hormon ACTH (hormon AdenoCorticoTropik) dan hormon Kartisol yang lebih dikenali sebagai hormon stress. Ia dikenali sebagai hormon Stress kerana tubuh kita akan mengeluarkan hormon kartisol itu apabila kita berada dalam keadaan tertekan. Apabila hormon ini melampaui batas normal, kita menjadi susah nak tidur, degupan jantung menjadi lebih cepat, cepat nak marah, sesak nafas, cemas, takut, khuatir dan tubuh menggigil.
Tubuh kita ni mengeluarkan hormon itu mengikuti pola waktu tertentu yang dikenali sebagai Sircadian Ritme.
ACTH dan Kortisol cenderung utk meningkat pada waktu awal pagi iaitu kira-kira pukul 7-8 pagi. Ia akan menurun pada waktu petang. Pada waktu malam dan awal pagi iaitu bermula pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi, ia turun dengan maksimun. Ia meningkat semula selepas itu dan menjadi maksimun pada pukul 10 hingga 11 pagi.
Faktor yang mempengaruhi pengeluaran ACTH dan Kartisol adalah pengeluaran CRH, pola pemakanan keadaan kalenjar adrenal dan rangsangan terang dan gelap. Daripada fakta inilah kita dapat penjelasan dari sudut sains dan ilmiah menjelaskan mengapa kita boleh menjadi lebih khusyuk pada malam hari iaitu dalam suasana gelap. Ini kerana pengeluaran hormon kartisol menjadi rendah. Kesannya adalah ia menjadikan hati kita tenang hingga mudah bagi kita untuk khusyuk dalam solat.
Di samping itu, malam hari ini kita bebas daripada pencemaran bunyi, mahupun udara. Pada siang hari, hiruk piruk aktiviti masyarakat setempat menimbulkan kebisingan. Kebisingan ini jugalah dapat meningkatkan pengeluaran hormon kartisol hingga hati kita menjadi tidak tenang dan mengganggu kekusyukan solat. Oleh itu, waktu malam yang tenang dan hening dapatlah kita ibaratkan sebagai seperti jalan tol yang bebas halangan, yang memudahkan kita berkomunikasi dengan Allah dan menangkap gelombang suci Allah. Kalau berdoa itu, direct terus tanpa ada halangan In Sya Allah.
Orang yang bangun pada tengah malam bagi mendirikan Solat tahajjud sewaktu orang lain nyenyak dibuai mimpi adalah dikategorikan sebagai golongan manusia yang mendahulukan kehendak Allah daripada kehendak dirinya.
Dia meletakkan kehendak Tuhan di atas kehendaknya sendiri. Dia mengusir rasa mengantuk demi mengutamakan keinginan Allah dan memenuhi seruannya. Allah telah menjelaskan dalam salah satu hadis qudsi iaitu salah satu jalan menuju ke lautan kasih sayangnya (AR-RAHIM) adalah mendahulukan kehendaknya.
Kuncinya terletak pada Kalimah Bismilliahirrahmanirrahim itu
Di mana ada AR-RAHIM (kasih sayang), maka akan datanglah kembar atau pasangannya iaitu AR-RAHMAN (pemurah)
Kalau tidak ada Ar-Rahim, mana mungkin hadirNya Ar-Rahman walaupun dalam rumah kecil di tepi sawah.
Faham Faham
0 comments:
Post a Comment