Metafizik
Rezeki Sudah Tertulis
REZEKI SUDAH TERTULIS
Bismillah hirRahmanir Rahim...
Apa kita capai hari ni bukan sebab kita pandai ke apa ke....
semua tu sebab SUDAH TERTULIS REZEKI KITA. Dan Allah menguji kita...
SEJAUH MANA KITA MENERIMA APA JUA REZEKI YANG DIA TELAH DAN AKAN TETAPKAN.
Kita merancang, Allah merancang. Dan pastinya lah yang terlaksana itu rancangan Allah.
Malah apa yang kita rancangkan itu juga merupakan rancangan Allah.
Kalau kita teliti benar-benar, akan faham sangat dengan JUST DO IT.
Suatu ketika dulu ketika saya bertanya seorang guru itu ini yang tidak melibatkan hukum (soal kehidupan harian), guru saya selalu berkata ...
"Buat saja lah Han. Asalkan tidak melanggar syariat sudahlah."
Lakukan... jika salah atau gagal, terima dan betulkan.
Kita tidak pernah belajar jika tidak pernah salah.
Bukan bermakna kita jangan jadi pandai.
Sebab REDHA tu maknanya
1. menerima apa yang dah jadi dan
2. dalam masa yang sama ikut ketetapan yang Allah tetapkan.
Kalau bodoh, ngaku dan terima kebodohan dan ikut ketetapan bahawa kena jadi berilmu. Cari ilmu dan belajar
Kalau bodoh juga, terima dan terus belajar. Biar beratus kali belajar. Kalau orang lain baca sekali dah faham, kita belum faham, bacalah 10 kali, 20 kali, 30 kali, berkali-kali.
Kalau miskin, terima kemiskinan dan ikut ketetapan bahawa miskin boleh jatuh dalam kekafiran. Usaha. Kalau miskin juga... ye terima lagi... dan usaha lagi. Bukan terus diam dan hanya meminta-minta.
Muslim itu kena kaya. Nak ke Mekah buat haji dan umrah kena ada duit. Walaupun hukum kata bagi yang mampu, kalau tak mampu, kenalah usaha mampukan. Tu mampu beli rumah, kereta, mampulah tu. Cuma mana satu yang utama je.
Kalau sakit, terima sakit dan usaha cari ubat dan berubat kerana perlu sihat untuk banyak perkara. Kalau sakit lagi atau tetap sakit ... ye berubat lagi. Sampai sihat.
Umur dah tua pun, kalau sakit... berubat terus selagi bernyawa.
Ikut ketetapan. Allah nilai usaha kita. Sedar hal ini, kita tidak akan stress dan sentiasa bahagia kerana kita sentiasa menjadi hamba yang menerima bukan sekadar menerima ketetapan Allah malah menerima Allah 100% sebagai Tuhan tanpa ragu sedikit pun.
INILAH KEIMANAN KITA. Dah.... lega ka?
Semoga bermanfaat...
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment