Metafizik
Jadilah orang yang bersyukur
Bismillah...
Dan berdoalah senantiasa kita kepada Allah SWT supaya tergolong di kalangan orang-orang yang sedikit.
Apakah itu orang-orang yang sedikit..?? Itulah dia orang yang bersyukur. Sepertimana Firman Allah
“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13).
Apa itu SYUKUR..??
SYUKUR itu adalah gembira dalam apa jua keadaan sekalipun
Susah pun syukur, senang pun syukur
Sihat pun syukur, Sakit pun Syukur
Dapat sikit pun syukur, Dapat banyak pun syukur
Orang yang beriman senantiasa SABAR & SYUKUR
Ingat ini,
SYUKUR INI MENJAGA NIKMAT SEKARANG & MENJEMPUT NIKMAT BARU
Macam mana nak istiqamah dalam berSYUKUR nie..??
senantiasa didik hati untuk senantiasa melihat keberadaan Allah di sebalik sesuatu nikmat.
Barangsiapa Bersyukur di atas segala nikmat Allah, Allah janji akan tambah lagi nikmat dan rezekinya.
Barangsiapa Yang Tidak Bersyukur di atas segala nikmat Allah, Allah janji akan azab yang amat pedih.
Pilihannya ada pada diri kita ini nak lalui perjalanan hidup seharian ini macam mana.
Orang yang tidak tahu bersyukur adalah orang yang miskin.
Itulah gunanya ilmu 7 GETARAN KESYUKURAN yang selalu sifu kongsikan di dalam tribe SAFT ini.
Senantiasa amalkan berdoa:
"Ya Allah, Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (Surah 27 ayat 19)
Semoga bermanfaat untuk semua.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
Kita bersilaturrahim dalam tribe SAFT ini pun bersyukur..
Tidak bertemu kita di sini dengan izin dan kehendakNya..
Kawan-kawan ADD & INVITE masuk itu asbab musabab sahaja
Bersyukur kerana sama-sama kita berpesan-pesan ke arah kebaikan
Bersyukur kerana sama-sama kita ingat-mengingati kepada Allah
Bersyukur kerana ada pelbagai persoalan yang perlu di jawab dan dirungkai
Yang bertanya itupun DIA
Yang menjawab itupun DIA
Kita semua di sini mendapat ilmu dengan izinNya
Kerana kita ini tiada daya, tiada kuasa pada hakikatnya
Ini format ilmu 7 GETARAN KESYUKURAN yang sifu selalu kongsikan di tribe SAFT ini
Surah An-Nisa, Verse 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
🌷7 GETARAN KESYUKURAN 🌷
1. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku bersyukur atas nikmatmu pagi ni kami hantar anak ke sekolah bersama. Selalunya Jiran kami yang tolong hantarkan sebab anak jiran satu sekolah dengan anak saya.
2. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku bersyukur atas nikmatmu Ya Allah kerana dapat belajar ilmu baru malam tadi oleh sahabat Faiz dan aku doakan di mudahkan urusan untuk aku dapat masuk Bilik Kuliah 2 di IMQ Academy tentang Online Business.
3. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku sangat bersyukur atas nikmatmu pagi ni en suami belanja mkn nasi lemak
4. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku sangat bersyukur atas nikmatmu kau hantar surah di atas untuk aku menginsafi diri aku yang lemah ini
5. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku sangat bersyukur atas nikmatmu kau permudahkan segala urusan ku pagi ini untuk solat dhuha, baca yassin, alWaqiah, sejadah Dan AR Rahman.. Terimakasih Allah
6. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku sangat bersyukur atas nikmatmu kerana kau telah bagi ruang untuk aku menimba ilmu dalam group online dan berpeluang membaca kisah2 dan perkongsian daripada sahabat2 Maya
7. Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku sangat bersyukur atas nikmatmu kerana kau pinjamkan nikmat mata Dan tangan dan seluruh anggota badan ini untuk aku terus beribadat dan mengingati Mu dalam setiap amalan yang aku kerjakan.
Hanya padamu AK berserah, hanya padamu AK meminta..Hanya pada mu aku bergantung harapan Ya Allah..
Ummimamat
MencariDiri
20-02-17@ISNIN
Seri Kembangan
5/40
Setidak-tidaknya 1 hari 1 potong ayat Al-quran kita buka, kita kongsi, tadabbur tafsirnya seumpama kita menebas semak dan hutan keEGOan dalam hati kita itu yang membentuk hijab kita dengan Tuhan. Buatlah kerana Allah Taala.
Kadang2, ayat-ayat itu bukan untuk kita, tapi bila kita kongsikan di sini akan meredakan kekusutan dan memberi ketenangan jiwa untuk teman-teman kita di sini..ini juga ibadah.
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA RASA MASINNYA AIR LAUT ITU.
0 comments:
Post a Comment