Metafizik

Persoalan tentang sedekah

10:13 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan : 
Sekadar pertanyaan. Adakah sedekah itu subjektif, jika bukan duit adakah sedekah itu beri sedekah alfatihah, beri kucing makan, beli sarapan...
Dan bagaimana memang jika tiada..jika syiling..

Jawapan :
Sedekah ada 2 jenis... sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat (derma/waqaf/infaq)
Sedekah sunat ini ada banyak kategori juga, senyum juga sedekah, malah sebarkan ilmu juga sedekah. Buatlah yang mana termampu.

Soalan :
Jadi sedekah dimaksudkan?
Sebab saya terbaca konsisten sedekah, jadi macam subjektif untuk pemahaman saya.

Jawapan :
Dia begini, konsisten sedekah itu sebagai solusi untuk keluar daripada kesulitan hidup seperti mana Rasulullah SAW berpesan.

Pancing rezeki dengan SEDEKAH, kalau rezeki tu sempit sangat
Beli kesulitan hidup dengan SEDEKAH, kalau hidup tu buntu sangat

Kalau rezeki tak sempit, hidup tak buntu ~ buat sahajalah apa yang termampu.

Al-Quran Menjawab Bab Sedekah nie

Sedekah elak bencana
Rasulullah saw. bersabda, “Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi (mendahului) sedekah.” (Razin, Misykât).

Sedekah membuka pintu rezeki
Rasulullah SAW pernah bersabda “Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” (HR. Al-Baihaqi)

Sedekah tidak mengurangi Rezeki
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (Q.S. Saba 34:39)

Sedekah Mengubati orang sakit
Rasulullah SAW bersabda, “Bentengilah hartamu dengan zakat, obati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (H.R. Ath-Thabrani)

Sedekah adalah Naungan kita di hari kiamat
Rasulullah SAW bersabda “Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR. Ahmad)

Sedekah Menjaga Warisan
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang yang bersedekah dengan baik kecuali Allah memelihara kelangsungan warisannya.” (H.R. Ahmad)

Surah 2 Al-Baqarah ayat 195 berbunyi begini,

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”

Kalau tanya sifu, Inilah jawapan sebaiknya dari Al-quran iaitu lihat setiap pemberian kita dari sudut ini sebagaimana Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa 2 perkara iaitu :-
1. Beli kesulitan hidupMu dengan sedekah
2. Pancing rezekiMu dengan sedekah

“Allah-lah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada kamu dikembalikan” (Surah al-Baqarah, ayat 245).

Ayat Allah ini jelas dah bagitahu kita yang nak sempit dan perluaskan rezeki pun DIA, Kunci pada DIA, usah cari yang jauh, dekatnya seumpama mata hitam dengan mata putih.


0 comments: