Metafizik

Bertalaqqi sebagai adab menuntut ilmu

8:57 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan :
Assalamualaikum sifu. Saya dah lama dalam tribe ni, tapi 1 pun tak dapat saya ikut & faham. Macam mana ya?

Jawapan :
Kenea berguru secara talaqqi baru ada berkat ilmu.
Sifu setuju adab dan tertib dalam menuntut ilmu adalah bertalaqqi.

Baik, begini let me explain bagi menyokong statement "bertalaqqi baru dapat berkat ilmu" ya.

Sifu nak tanya, apa syarat hidup beragama..??

Beriman Sifu.
Iman diikuti dengan amal soleh.

Cuba lagi, gerakkan Otak Kanan pagi pagi ni elok tu, cuba jawab soalan sifu ni.

"Apakah Syarat Hidup Beragama..??"

Jawapannya nanti In Sya Allah menjawab isu "bertalaqqi" tadi dan "Yakin atau Tak Yakin"...

Kenal Tuhan ke Sifu..☺️
Kenal Allah
Kenal Allah, kenal diri
Syarat hidup beragama menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah..worship Allah

Tiada salah, tiada benar di sini ya, usah malu dan segan
Kita sama sama belajar ya
Sifu juga minta tunjuk ajar dari kalian juga andai ada kelemahan dan kekurangan ya
Semua jawapan benar di sini,
Kita nak JAWAPAN PALING TEPAT
Soalan sifu itu penting untuk kita faham tu

Syarat hidup Beragama terletak pada DUA KALIMAH SYAHADAH.
Macam yang sifu cakap sebelum nie, dalam 2 kalimah Syahadah terkandungnya 2 kalimah iaitu :
KALIMAH TAUHID  - Aku Bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah.
KALIMAH RASUL - Dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah.
Apa yang dikatakan Saksi bukanlah dengan Mata Zahir tetapi Saksi dengan Mata Hati dengan AINUL YAQIN .
Selagi kita masih ada KeAKUan dalam diri, selagi itu kita tak akan kenal Allah.
Dan selagi kita tak kenal Allah, selagi itu tak akan datang rasa Yakin dan Percaya. Yakin dan Percaya bahawa TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH.

Alhamdulillah, benar.

Baik, kita letak tepi dulu bab kalimah rasul.
Kita sembang bab Kalimah Tauhid untuk rungkaikan persoalan tadi.

"Aku Bersaksi Tiada Tuhan selain Allah."

Baik, next soalan sifu..

Apa yang kalian faham tentang "BERSAKSI"..??

Yang dikatakan Saksi dalam Kalimah Tauhid bukanlah dengan Mata Zahir tetapi dengan Mata Hati .. Ainul Yaqin .
Walaupun kita tak boleh melihat Allah secara zahirnya, tetapi kita benar² percaya dan yakin akan setiap kekuasaan, setiap nikmat dan setiap apa yang berlaku adalah DariNya.
Kita yakin dan percaya dengan hati akan setiap janji Allah, setiap kalimah, setiap sabda, setiap aksara.
Benar2 Yakin Dan Percaya.

Alhamdulillah, tahniah KZ, apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai masih pegang erat ilmu yang disampaikan.

Benar,

Yang di katakan SAKSI itu adalah kena lihat dengan MATA KEPALA, lihat dengan MATA ZAHIR
Barulah dikatakan itu sebenar benar bersaksi
Barulah kita dikatakan sebenar-benar PERCAYA
Sifu selalu beritahu kepada mereka yang sudah attend sessi "Ngeteh" bersama sifu
Tujuan sifu nak jumpa, buat kelas itu ini adalah lebih kepada nak ber"SAKSI" antara sifu dan kalian.
Duit tu dah jadi No.2
Bila sifu bertentang mata dengan kalian,
In Sya Allah kita dapat kenal hati dan budi
Jujur atau tak dalam menimba ilmu
Atau sekadar mainan di bibir sahaja
Contoh, mulut kata nak kenal diri, kenal Allah
Tapi hati tak seiring dengan yang dikata
Ini supaya senang sifu nak sampaikan ilmu
Bila dah ber"SAKSI" tu maka tiada lagi sangka-sangka dalam mempelajari sesuatu ilmu.
Sebab itu kena ber"talaqqi" atau ber"saksi" sebagai adab untuk belajar sesuatu ilmu tidak kiralah dengan sesiapa pun.

Bila kelas pun tak mahu datang untuk ber"SAKSI"
sesi "ngeteh" yang FREE pun tak mahu datang
Sesi "ONLINE" pun tak mahu
Padahal jiwa dan pemikiran dah kusut masai dah tu
Dibelenggu dan buntu tak tahu nak buat apa
Duduklah jadi silent reader bertahun pun
Ilmu takkan sampai, seumpama dalam aliran air anak sungai ada benteng kat situ.
Takkan nak sifu seru dalam mimpi baru nak mai kan..??

Soalan :
Jadi bagaimana yang dikatakn benar2 bersaksi tiada tuhan melainkn Allah?

Jawapan :
Baik, bagaimana nak ber"SAKSI" dengan Tuhan pula..??
Kalau tak pernah berjumpa..??

Bolehlah tanya depa yang dak attend sessi "ngeteh" dengan sifu sebelum nie, mana lebih mudah terima ilmu sama ada di ONLINE ka atau ber"SAKSI"..??

Inilah salah satu kaedah untuk ber"SAKSI" dengan Allah
Bila kita tak pernah jumpa Tuhan, nak ber"SAKSI" mcm mana..??
Dengan sesama manusia bolehlah kita adakah sesi "Ngeteh" dan sebagainya..?? Bersaksi dengan Mata zahir.

Dengan Tuhan, kenalah ber"SAKSI" dengan mata batin.
Macam mana..??

Walaupun kita tidak boleh melihat atau ber"saksi" dengan Allah secara mata zahir, tetapi kita benar benad percaya dan yakin akan kekuasaan Allah, keberadaan Allah di sebalik setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Kita YAKIN dan PERCAYA dengan Mata Batin, dengan hati akan setiap janji-janji allah dalam kitabullah, setiap sabda dan firmanNya dan setiap aksara.

Bila kita tidak YAKIN, maksudnya kita tidak BERIMAN
Bila kita tidak beriman, maka cacatlah Kalimah tauhid
Bila kalimah Tauhid kita cacat, maka cacatlah kalimah syahadah kita
Bila cacat Kalimah Syahadah kita, maka tidak sahlah agama kita itu.

Iman ini bukan letaknya berapa banyak kali kita sujud atas tikar sejadah.
Iman ini letaknya sejauh mana kita ber"SAKSI" keberadaan Tuhan di atas segala sesuatu sepertimana Agreement sudah termeteri antara Jiwa dan tuhan dalam PERJANJIAN ALASTU yang diabadikan dalam surah 7 ayat 172.

Maka, bila jelas bab ni, kenapa perlu ada was-was dan isssue YAKIN @ TAK YAKIN ni.

Mulai hari ini, boleh kuburkan sifat ragu-ragu dan was-was dan start bina YAKIN dalam jiwa kita boleh boleh....

Sifu mudah jer, ada juga syaitan tu berjaya hadirkan was-was dan ragu-ragu dalam diri sifu sendiri, kita bukannya nabi dan malaikat, kita semua ni cap ayam serama jer semua memang tak boleh larilah daripada gangguan iblis dan syaitan tu. Depa kacau pun atas izin Allah jua.

Tapi sifu cepat2 tukar wave dengan bercakap pada diri sendiri utk motivate diri sendiri
"Kalau aku tak Yakin ni, batal kalimah Tauhid aku ni dan batal Syahadah aku ni, bila batal maka tak derlah agama aku ni.."


0 comments: