Metafizik

Ibadah Cara Kiri vs Ibadah Cara Kanan

11:30 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


IBADAH CARA KIRI vs IBADAH CARA KANAN

1. Kena kaya dulu, baru bersedekah, baru pergi umrah
2. Kena stabil dulu, baru bernikah, baru punya anak
3. Nak kaya kena kedekut dan menyimpan
4. Cukupkan duit dulu, baru nak berbakti pada orang Tua
5. Dapat nikmat dulu, baru nak bersyukur, baru husnudzon
6. Dapat masa yang banyak atau kebebasan waktu dulu, baru boleh nak buat dhuha dan tahajjud
7. Rasa berdosa dan buat maksiat dulu baru nak buat solat taubat, istighfar dan zikir
8. Selesai solat dulu, baru zikir
9. Zikir perlu ada kiraan khusus
10. Setakat ini semua nampak masuk akal

Sedangkan otak kanan dan agama telah mengajarkan sebaliknya.
1. Sedekah dulu, barulah rezekinya melimpah ruah
2. Bernikah dulu, barulah rezekinya lebih
3. Nak kaya kena banyak memberi
4. Bersyukur, husnudzon, istighfar dan zikir itu mesti diamalkan bila-bila masa 24/7/365
5. Memang Otak Kiri dan Otak Kanan sentiasa bekerja beriringan dan saling bantu membantu. Apatah lagi perkara yang berkaitan dengan ibadah, Otak Kiri berperanan untuk keteraturan dan penghafalan. Apa yang kita kesiankan kat sini adalah pola pemikiran cara kiri yang berlebihan, terutamanya soal rasionaliti.

Dapat kenal dah kalian kategori otak mana..??
OTAK KIRI atau OTAK KANAN..??

0 comments: