Metafizik
Petua Tuan Guru Nik Aziz untuk Bangun Tahajjud
PETUA TUAN GURU NIK AZIZ UNTUK BANGUN TAHAJJUD
Dalam satu kuliah Jumaatnya seperti biasa. Dalam Dewan Zulkifli itu saya menadah hati untuk dicurahkan permata hikmah.
Tok Guru berkata ingat ini kalau susah sangat nak bangun Tahajjud,
“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”
Selepas saya mengetahui hal itu, saya berusaha mengamalkan apa yang Tok Guru pesan. Rasa malu pada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang tunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita.
Macam-macam jugalah yang saya minta tapi pendek-pendek sahaja. Paling kurang, saya mohon ampun dan minta Allah sedarkan lagi saya malam berikutnya. Saya bimbang kehilangan anugerah agung itu. Anugerah yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad sebelum terfardunya solat 5 waktu.
0 comments:
Post a Comment