Metafizik
Masalah itu persepsi
MASALAH ITU PERSEPSI
Sesuatu itu tidak dikatakan masalah seandainya jiwa kita menerimanya.
Jiwa dipegang Allah dan HANYA Allah Yang mampu menjadikan jiwa kita mampu menerima apa pun jua dalam hidup ini.
Berserah = menerima kehendak Allah + patuh pada ketetapanNya.
Tidak berilmu: terima kehendak Allah bahawa kita tidak berilmu dan patuh pada ketetapanNya iaitu wajib mencari ilmu.
Miskin: terima kehendak Allah kita miskin dan patuh pada ketetapanNya iaitu wajib cari rezeki agar tidak miskin kerana miskin boleh menjerumuskan diri kepada kekafiran.
Kaya: Terima kehendak Allah kita dikayakanNya dan patuh pada ketetapanNya iaitu wajib sedekah, zakat dan melepaskan harta benda untuk menyebarkan rezeki yang ada kepada yang memerlukan.
Pandai: Terima kehendak Allah Yang memandaikan kita dan patuh pada ketetapanNya iaitu perlu menyebarkan ilmu kebaikan kepada yang lain.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (QS: Al-Baqarah, 2:155)
Siapa orang yang sabar menerima kehendak Allah?
Maka Allah beri jawapan di dalam ayat seterusnya,
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."(QS: Al-Baqarah, 2:156)
Lalu jangan sekadar faham teori.
Kembali dengan benar iaitu menyedari Allah SWT hingga kuat hubungan kita dengan Allah
Semoga bermanfaat...
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment