Metafizik

Membuka Jiwa untuk Menerima Hidayah-Nya

7:07 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah....

Kita sering menyalahkan Allah SWT dengan berkata "aku belum jadi baik lagi kerana hidayah Allah SWT belum sampai" atau kita kata, "nak buat macam mana, hidayah Allah tiada lagi". Kita dikelirukan dalam hal ini. Sedangkan hidayah Allah SWT itu sentiasa ada. Cuma terpulang kepada kita untuk membuka jiwa untuk memohon kekuatan agar mudah menerima hidayah Allah SWT. Memohonlah agar diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Baik, cuba genggam tangan anda sekuat2nya. Jika saya ingin masukkan RM1K ke dalam genggaman tangan anda, apakah anda akan lakukan. Terus menggenggam atau membukanya? 

Analogi ringkas tentang hidayah Allah SWT itu tidak akan kita terima jika kita tidak membuka hati kita untuk menerimanya. Berserah kepada Allah SWT itu membuka hati kita untuk menerima ilham Taqwa daripada Allah SWT

Faham...Faham







0 comments: