Metafizik
Makna Dhuha
Ahmad Humaidi Ismail :
Sifu ade rase nak bertanye..kenapa nama DHUHA? dan kenapa dalam DOA DHUHA tu dimulakan "Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu..kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaan, perlindungannya pelindunganMu.." apa maksud DHUHA sebenarnya?..
Farihan Yahya :
MAKNA DHUHA
dari kacamata ilmu Syariat (ilmu orang awam)
Istilah dhuha ini dapat ditemukan pada beberapa tempat dalam Al-Qur’an. Kita dapat menemukan istilah dhuha kurang lebih pada tujuh tempat. Di satu tempat (QS Thaha [20]:59; AI-‘Araf [7]:98; An-Nazi’at [79]:46), kata dhuha diartikan sebagai “pagi hari” atau sebagai “panas sinar matahari” di tempat lainnya (QS Thaha [20:119]). Istilah dhuha juga bisa mencakup kedua makna itu sehingga diartikan “sinar matahari di pagi hari” (QS As-Syams [91]:1).
Makna kata dhuha ini, dapat kita temukan juga dalam kamus Bahasa Arab. Dhuha diertikan sebagai forenoon, iaitu pagi hari atau sebelum tengah hari, atau diertikan dalam bentuk kata kerjanya sebagai become appear/visible, menjadi tampak atau terlihat.
dari kacamata ilmu tasawuf (ilmu hakikat)
Dhuha ini menjelaskan hakikat kekayaan. Kekayaan dalam konsep tasawuf Islam adalah "MERASA TIDAK MEMPUNYAI APA, MERASA TIDAK MEMERLUKAN LAGI, MELEPASKAN RASA PEMILIKAN ATAS SEGALA SESUATU”.
Jadi orang kaya (dalam konsep tasawuf) itu, adalah orang yang tidak punyai apa-apa dan tidak mengharap harta kekayaan lagi. Semuanya SEDAR bahawa ianya barang pinjaman seperti keindahan, kekuatan, kekuasaan dan sebagainya itu adalah hak milik Allah..Hatinya, jiwanya dan pemikirannya akan merasa tenang dan damai, kerana dia tidak dikejar-kejar oleh keperluan dunia.
Sehingga ketika kita melaksanan tugas untuk mencari rezeki, niatnya bukan untuk mencari wang, tapi untuk menolong meringankan dan mempermudahkan urusan orang lain.
Pernah teman-teman bertanyakan soalan kepada sifu, perlukah Dhuha nie..??
Selalunya sifu akan katakan kepada mereka :
"Jika kalian ingin kaya seperti mereka yang memiliki wang yang banyak, kereta mewah dan banyak, rumah yang banyak dan besar, maka hendaklah kalian jangan solat dhuha. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah kalian menjadi orang kaya raya disebabkan solat dhuha. Allah sesekali tidak akan beri apa yang kita mahukan, tapi Allah akan beri apa yang kita perlukan. Allah memberikan kekayaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, begitu pula Allah menjadikan miskin kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Mintalah kepada Allah itu “KEKAYAAN HATI, KELUASAN FIKIRAN, KETENANGAN BATIN DAN KEBERKATAN HIDUP” .
Sebab itulah setiap amalan syariat kita tu tak kiralah solat wajib atau sunat ka, puasa ka, zakat ka dan sebagainya dimulai dengan niat 'usolli' yang membawa maksud "Sahaja Aku...."...maksudnya di sini kalau kita tidak faham apa yang kita buat, sekadar ikut-ikutan sahaja, tak memahami ilmu dari kacamata hakikat maka SAHAJA-SAHAJA, sekadar mendapat penat dan lelah sahaja..
Surah Al Isra:36
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Al Isra:36)”
0 comments:
Post a Comment