Metafizik

Mula di mana?

5:16 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan :
Salam sifu. Saya nak tanya. Saya konfius...hehehe
Mula2 kena buat sop buku 555.
Sementara itu, ikut potensi diri, macam mana nak tahu kerjaya utama + laluan untuk dapatkan 5 level of income? Macam mana nak mulakan?

Jawapan :
Buka ebook mukasurat 21, keluarkan Root dan 5 Pola Asas . Dari situ dah dapat tahu mana kekuatan/kerjaya yang sesuai. Jadi dah boleh susun 5 Level Income.

Untuk lebih mendalam tentang Kiraan Tawaf untuk keluar dari kekusutan hidup dan GPS Insaniah Diri, alert bila sifu offer untuk kupasan diri. Maksudnya selalulah aktifkan diri. Lagi baik, join MSP.

Cuba share sedikit sebanyak apa ilmu dapatan yang diperolehi sebelum sifu buka topik baru SENI MENGURUSKAN HUBUNGAN melalui kaedah metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran.

1. Masalah hidup kerana tak jaga hubungan kita dengan Allah.
2. Konsep hidup bertuhan
3. Kena jadi orang yang pemurah.
4. Pentingnya baik sangka dengan Allah.

Soalan :
5 level income tu macam mana?

Jawapan :
Dapatkan Ebook Potensi Diri Part-1, dalam tu bila pecahan 16 digit kod potensi diri.
Boleh disusun kepada 5 level income iaitu :
Income Harian
Income Bulanan
Income Moderate
Income Passive
Income Legacy

Perkongsian :
Sejak saya amalkan ilmu Tuan Farihan, satu-satu hidup saya dibuka jalan dipermudahkan urusan, Alhamdulilah.

Alhamdulillah, teruskan istiqamah.
Ilmu milik Allah, tiada satu pun kita punya, sekadar pinjaman sahaja.
Sifu ini hanya sarung bernyawa sahaja, tiada daya tiada kuasa.
Nak kelip mata sendiri pun tak mampu.
Mana mungkin nak claim itu ilmu kita, itu hak kita dan sebagainya.
Asal semua kembali hidup bertuhan,
Apa lagi nikmat yang kita dustai
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA RASA MASINNYA AIR LAUT ITU.

Solusi kehidupan semua sudah Allah sediakan dalam Al-quran urusan dunia & akhirat.
Alhamdulillah dalam proses mendalami ilmu metafizik sains penomboran islamik berasas Al-quran yang memakan bertahun proses lamanya, barulah kita faham bagaimanakah yang dikatakan Al-quran ini sebagai panduan hidup. Bukan sekadar dilagu dan dinahukan.

Tapi sayanglah, ramai daripada kita lebih suka merujuk ilmu sekular untuk cari solusi dalam kehidupan tapi tidak ketemu jalan penyelesaiannya dan bukannya balik kepada sunnatullah dan berpandukan kepada Manual Lengkap kehidupan iaitu Al-quran.

Islam hadir dalam kehidupan manusia dalam bentuk yang asing pada awalnya sebelum dilenyapkan oleh sistem sekular dan otak kita dikirikan.
Bila dunia kini sudah menghampiri penghujungnya, bumi ini sudah terlalu tua untuk didiami.
Islam kembali hadir dalam bentuk yang asing juga dan beruntunglah pada yang terasing itu yang mengikut jalan ini, walau dipandang jelik dan hina dalam kelompok masyarakat.

Setakat ini, apa ilmu dapatan dari tribe ini yang dijadikan amalan oleh tuan.

Sebelum ini saya tak kenal potensi diri saya, sehingga saya jumpa ilmu metafizik berasaskan sains Al Quran, baru saya sedar dan lebih dekat dengan Allah, urusan jadi lancar, pola asas saya no 3, jadi saya perbaiki dengan ilmu yang diajar, hidup saya lebih semangat kalau tak tersekat-sekat, banyak ilmu antaranya zikir amalan konsep manusia dengan tuhan. Alhamdulillah.

Syukur alhamdulillah, apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai.
Stay bersama sifu, In Sya Allah banyak lagi ilmu yang sifu nak dikongsi di sini utk leraikan segala kekusutan hidup berdasarkan Al-quran dan sunnatullah yang tidak ada pernah dibicara sebelum ini.
Al-Quran itulah selengkap-lengkap Manual Ilmu Kehidupan.

0 comments: