Metafizik

Pandangan manusia

10:57 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Aliza Japar :
Assalamualaikum..sifu nak tanya, kenapa ada segelintir orang tak suka klau kita ni kaya@ jutawan yea. Mereka sering pandang serong.

Farihan Yahya :
Bismillah...

Hidup kita ini biarlah cukup kisahkan apa Allah nak kata kat kita esok, kisahkan mana Allah nak letak kita esok-esok dan kisahkan mana kita nak letak muka kita di hadapan Allah esok-esok 
.
daripada...
.
Kita kisahkan apa orang nak kata kepada kita. Kerana kalau kita nak ikut dan ambil kisah apa orang nak kata, suatu apa benda pun kita tak boleh buat. Sebab semuanya kehidupan sebegini Allah sudah designkan dan kisahkan dalam Al-quran melalui kisah Luqman Al-Hakim dan Keldainya. 
.
Persoalan yang Puan Aliza kemukakan ini adalah sama dengan soalan yang dikemukakan oleh anak Luqman kepada beliau setelah melalui perjalanan yang serba tak kena dari sudut pandangan orang ramai.

Soalannya berbunyi begini : 
“Apakah yang seharusnya kita perbuat hingga semua orang dapat redha dengan apa yang kita lakukan dan kita mampu terhindari dan selamat dari cacian mereka?” 

Lukman menjawab : “Wahai anakku, sesungguhnya aku mengajakmu melakukan perjalanan ini adalah bermaksud untuk menasihatimu, ketahuilah bahwa kita tidak mungkin menjadikan seluruh manusia redha kepada perbuatan kita, juga kita tidak akan selamat sepenuhnya dari cacian kerana manusia memiliki akal yang berbeda-beda dan sudut pandang pandangan yang tidak sama, maka orang yang berakal dan beriman ia akan berbuat apa sahaja untuk menyempurnakan kewajibannya dengan tanpa menghiraukan perkataan orang lain.” 
.
Berdasarkan al-Qur’an Surat 31 Luqman ayat 13, 16, 17, 18, dan 19 terdapat sepuluh (10) Nasihat Lukmanul Hakim kepada anaknya utk sama sama kita jadikan panduan hasil daripada kisah ini.


Sifu sendiri kalau nak ambik kisah apa orang nak kata tentang apa jua perkongsian ilmu di sini, pasti ianya tidak sampai ke kalian walau kita sedar sudut pemahaman yang berbeda, bukan sahaja-sahaja kita dititipkan ilmu dan kefahaman kepada melainkan ianya adalah satu amanah untuk kita menjalankan tugas dakwah walaupun kecil sampai-menyampai, berpesan-pesan ke arah kebaikan. 
.
Agar dapat memakmurkan insan lain pula menyahut sabda Rasulullah SAW:-

“Ballighuu ‘anny walau ayah” (Shahih Al Bukhari) yang secara popular diertikan dengan “Sampaikanlah olehmu sekalian dariku meski hanya satu ayat (al Qur’an).” 
.
Sifu lebih kisahkan apa Allah nak kata berdasarkan pesan Nabi, ada 3 jenis pelaburan PASSIVE INCOME atau abadi yang boleh kita lakukan iaitu :-
1. Amal Jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh selalu mendoakan orang tuanya.
.
Baik lets talk about Ilmu yang bermanfaat :
Ini adalah sama seperti amal jariah, tapi sifatnya berupa ilmu kerana sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang diamalkan dan dikongsi bersama orang lain, dan sebaik-baik manusia adalah hidupnya memberi manfaat kepada orang lain.
.
Bukankah Nabi pernah berpesan :
“Ballighuu ‘anny walau ayah” (Shahih Al Bukhari) yang secara popular diertikan dengan “Sampaikanlah olehmu sekalian dariku meski hanya satu ayat (al Qur’an).” 
.
Pahala ilmu yang bermanfaat merupakan keuntungan dari Allah bagi orang-orang yang alim, beriman, ulama, ustaz-ustaz, guru-guru dan sesiapa sahaja yang berkecimpung di dunia pendidikan. Pintu Rahmatalamin anugerah Ilahi melalui pintu itu. Lain orang lain pintu dan kaedahnya.
.
Kerana mengamalkan dan berkongsi ilmu yang bermanfaat itulah, para sahabat, para wali Allah dan para alim ulama, menyebarkannya ke seluruh dunia untuk menyiarkan Islam. Bayangkan dahulu kala, mereka rela meninggalkan keluarga tercinta, kampung halaman mereka untuk berjalan dan belayar ribuan batu jauhnya berbulan-bulan ke negeri-negeri jauh seperti Persia, Afrika, Anadlusia, India, Cina hingga masuk ke Asia Tenggara dan mengislamkan majoriti penduduknya. Sesungguhnya itu merupakan amal ibadah yang pahalanya luar biasa besar yang akan terus mengalir kepada mereka hingga akhirat selama masih ada orang yang menyebut dan mengagungkan nama Allah di bumi Asia Tenggara tanah air kita yang tercinta.
.
Dan kerana ini jugalah, tribe SAFT ini dibuka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan kita sekalian berkumpul dan bersilaturrahim di sini, kerana mendapat kesempatan, ilham dan kefahaman untuk berkongsi ilmu di sini, sifu niatkan semoga mana ilmu yang dikongsi di sini, digunapakai oleh kalian menjadi amal jariah yang berpanjangan kekal abadi dan ilmu yang bermanfaat.
.
Kalian juga boleh mendapatkan pahala dengan cara
1. Invite teman-teman yang Anda kasihi atau rakan taulan serta memperkenalkan tribe ini kepada rakan anda.
2. Menyampaikan walaupun sedikit saja isi perkongsian di sini kepada orang lain, di wall FB anda ka, tidak perlu minta izin dan bayar, ini ilmu Allah jalankan sahaja tugas sampai-menyampai masing-masing.
.
Mari kita sama-sama mempersembahkan apapun ilmu yang bermanfaat bagi dunia.
.
Faham dan jelas semua...

0 comments: