Metafizik

Keajaiban Solat Dhuha 12 rakaat

9:21 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


KEAJAIBAN SOLAT DHUHA 12 RAKAAT

Sebelum kita teruja nak berusaha solat Dhuha 12 rakaat, Sifu ingin kita #throwback hadis Nabi SAW,

“Di pagi hari seluruh persendian kalian diharuskan bersedekah. 
Setiap bacaan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, 
Setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, 
Setiap bacaan tahlil (Laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan 
Setiap bacaan takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah.
Amar ma’ruf dan nahi mungkar juga sedekah.

Dan seluruhnya dapat digantikan dengan melaksanakan 2 raka’at solat Dhuha...” (HR Muslim: 720)

Andai baca hadis di atas, solat Dhuha adalah ibarat hutang badan kita kepada Allah. 

Syukur 

Sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita dan tiada nikmat yang patut kita dustakan. Andai kita solat sunat Syukur 100 rakaat atau solat Dhuha 100 rakaat pun belum cukup untuk membalas kebaikan Tuhan kepada kita. 

Oleh sebab itu ada hadis kata, apabila anak adam solat 4 rakaat di pagi hari, Allah akan cukupkan. 

Daripada view yang lain, saat kita sedekahkan tubuh kita untuk Allah di pagi hari = refleksi syukur kepada Dia. Dia sudah berjanji, apabila kita bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. 

Maka, tidak hairan ketika solat Dhuha 12 rakaat, Tuhan akan tambah nikmat. Saya berpesan dengan diri, buat kerana Allah, buat kerana rasa syukur kepada Allah, balasannya terserah kepada Allah nak bagi apa. Dapat sedikit pun syukur, dapat banyak pun bersyukur.

Daripada banyak kisah sedekah yang menjadi, pasti ada antaranya yang tidak terjadi yang termasuk dalam kategori bertangguh atau elak bala. 

Saat menjadi, pasti ada antara hamba-Nya yang mula persoalan keadilan Tuhan,

"Kenapa aku buat tak jadi?"

Oleh sebab itu, saya pesan buat kerana Allah semata. Bulat dan tekad kerana Allah. 

1/0 = infiniti

1/1 = 1

Saat kita buat bulat kerana Allah, insya-Allah balasan-Nya tidak disangka-sangka. Surprise & Speechless.!!!

Saat kita bulat kerana sesuatu selain Allah, balasan-Nya terhad ( 1 )

Perbaharui niat - buat kerana Allah. Buat kerana rasa syukur dengan sedekah tubuh kita untuk Dia.

Perdagangan yang tidak rugi - surah Faathir ayat 29 iaitu baca Al Quran, solat dan sedekah. 

Kisah Keajaiban 12 Rakaat Dhuha 

Cuba untuk istiqomah duha 12 rakaat. Dah 1 minggu buat. Kesannya memang lain macam. 
Rasa macam tak keje. Tapi buat duit, banyak dapat ilmu baru dan dapat sparring partner.

Dhuha 12 rakaat ni tarik rezeki yang jauh datang dekat.
Rupanya rezeki itu mudah. Berjalanlah kepada ar Razaq. 
Nescaya rahmatnya datang berlari kepadamu.


0 comments: