Metafizik
Kewajiban, Pendapatan dan Pelaburan
Bismillah....
Assalamualaikum dan selamat malam semua, dah dinner ka semua ni?
Bercerita soal zakat, ada sahabat kita yang dahulunya bekas pegawai zakat baitulmal maiwp. Kata beliau sepanjang lihat usahawan bayar zakat perniagaan, belum ada yang muflis. Malah semakin bertambah hebat.
Manakala yang tak bayar zakat, memang ramai yang muflis.
Sekadar berkongsi pengalaman saya selama 5 tahun di maiwp.
Ada sebab kenapa ALLAH letakkan formula zakat 2.5%, zakat adalah kubu perlindungan harta.
Izinkan sifu share sedikit, hanya satu ayat sahaja, Surah 5 ayat 55 yang menjadi sebab kenapa SOP BUKU 555 tercipta, ada hikmah di sebaliknya dan terlerai segala persoalan kehidupan dunia dan akhirat, kenapa hidup tak ketahuan dan kenapa rezeki kita sangkut, sales sendu mendu dan sebagainya.
Ada sebab pengiraan zakat 2.5% tu. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu sia-sia.
Dalam Module Pengurusan Kewangan yang sifu selalu share dalam Bengkel SENIBINA WANG POWER - ROAD TO FINANCIAL FREEDOM, FAST Quadrant ada dikupas detail tentang ini.
Salah satu ajaran Robert Kiyosaki dengan Quadrant Kewangan EBSI yang famous seluruh dunia itu adalah mengenai PENDAPATAN, PENGELUARAN, ASET & KEWAJIBAN.
KEWAJIBAN adalah apapun (harta, pekerjaan, usaha dan sebagainya) yang mengeluarkan wang dari dompet kita.
ASSET adalah apapun (harta, pekerjaan, usaha dan sebagainya) yang memasukkan wang ke dalam dompet kita.
Sekarang jom kita gunakan Kecerdasan Kewangan kita untuk meraih Kecerdasan Spiritual melalui FAST Quadrant pula.
Apa kewajiban, pendapatan dan pelaburan kita?
Sesungguhnya kewajiban, pendaptan dan pelaburan kita secara sederhana meliputi 3 perkara berikut iaitu wang, waktu dan kesihatan.
1. WANG
Semua orang mendapatkan wang, hanya jumlahnya sahaja yang berbeza sikit atau banyak. Ada apa sebenarnya dengan wang ni..??
Agama menyatakan, "Di dalam hartamu terdapat hak orang lain (orang miskin)" dan nabi berpesan "Berikanlah 1/40 harta benda kalian," maksudnya di sini adalah 1/40 atau 2.5% dari wang kita adalah merupakan kewajiban kita dan 39/40 atau 97.5% dari wang kita adalah pendapatan kita. KEWAJIBAN ITULAH YANG KITA SEBUT SEBAGAI ZAKAT..
2.5% jer kan, kenapa perlu kita masih berkira-kira, inilah garis ukur Tuhan dengan kita sama ada layak atau tidak menjadi Wakil Allah dalam menyebarkan rezeki.
2. WAKTU
Kita sering disebut suatu pemberian Allah yang paling adil kerana semuanya mendapatkan jumlah waktu yang sama tak kisahlah kita kacak atau tak, cantik atau tak, dan putih atau hitam sekalipun. Iaitu 24 jam sehari semalam.
Time is Money maka waktu dapat disamakan dengan rezeki atau wang. Berapa 2.5% dari 24 jam itu..??
Ya, 36 minit merupakan kewajiban dan 23 jam 24 minit adalah pendapatan kita. Kewajiban itu disebut sebagai SOLAT WAJIB 5 WAKTU. Waktu solat yang berkualiti adalah +/- 7 minit maka totalnya adalah +/- adalah 36 minit.
Inilah salah satu penjelasan kenapa dalam Islam perintah Solat selalu diikuti atau berpasangan dengan perintah zakat, kerana sesungguhnya Allah sedang mengajarkan kepada kita sebenarnya tentang konsep waktu dan wang sebagai kewajiban dan pendapatan kita.
Sila hadam Graf Kehidupan ini, ayat "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT" diulang sebanyak 28 kali dalam Al-quran dalam surah yang berbeda. Penjelasan kewajiban zakat bergandingan dengan perintah solat terdapat pada 28 ayat Al Quran. Dengan kata lain solat merupakan ibadah jasmaniah yang paling mulia untuk unlock unlimited WIFI dengan Maha Pencipta, sedangkan zakat dipandang sebagai ibadah hubungan kemasyarakatan yang paling mulia untuk unclock unlimited wifi dengan sesama insan.
.
Terdapat 30 kali penyebutan kata zakat secara ma’rifah di dalam Al Quran, bahkan kewajiban zakat seringkali beriringan dengan perintah solat, seperti misalnya: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’.” (QS: Al Baqarah ayat 43).
.
Andai kita ada masalah kesempitan income dan sebagainya, usah ditilik pada yang di luar. sebaliknya tilik pada diri kita sendiri.
"Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak melihat dan memikirkannya?" (Surah 51 ayat 21)
.
Sila check balik graf kita kita buat tak bab TUNAIKAN ZAKAT itu. Sebab atas ASBAB apa Allah nak alirkan rezeki itu..??
Adakah kita dikategorikan sebagai hamba Allah yang tidak dipercayai..??
0 comments:
Post a Comment