Metafizik

Productive Muslim dengan Hukum Pareto 80/20

11:15 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan : 
Saya selalu perhati, kenapa 80% itu dalaman...
Jika tengok mata kasar macam 60% luaran 40% dalaman....
Sekadar bertanya...

Jawapan :
Bila sifu sharing bab ilmu dunia atau mat salleh ini
Sifu selalu berlandaskan Hukum Pareto 80-20 untuk risk management dalam business, ilmu trading, pengurusan kewangan, penilaian prestasi diri, penilaian keuntungan perniagaan dan sebagainya yang sudah proven kajian and research ilmiah. Hukum Pareto ini diasaskan oleh Vilfredo Pareto, seorang pakar ekonomi dan sosiologi yang hidup di abad ke-19. Jika ada satu hukum yang mengatur kebahagiaan dan prestasi dalam hidup di bumi ini, itulah Hukum 80/20.

Sesaat sebelum kelahiran kita semua di sini, terjadi sejumlah reaksi dalam tubuh sang ibu seperti pengeluaran hormon tertentu, kontraksi uterus, dan pecahnya air ketuban yang melingkupi tubuh bayi, semua reaksi ini memainkan peranan penting dalam proses persalinan untuk membuat jalan lahir menjadi lebih mudah untuk dilalui oleh seorang bayi.

Baik, mari kita lihat Fakta Ilmiah pada pembuktian numbering dengan Al-quran dalam Surah 80 ayat 20, Allah berfirman :

"Kemudian Dia memudahkan jalannya" (Surah 80 ayat 20)

Inilah janji Allah, ini hukum Allah (Sunnatullah) mengenai hasil ciptaannya (keseluruhan Alam Semesta). Al-quran ini Kitabullah, mana mungkin ada keraguan, yang meragukan itulah BISIKAN SYAITAN DALAM JIWA YANG TAK MAHU KITA BERIMAN DENGAN AL-QURAN seperti firman Allah dalam Surah 2 ayat 1 :-

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa" (Surah 2 ayat 1)

Apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai, tinggal kita nie nak beriman atau tidak sahaja.
Bangsa bukan Islam sudah mengkaji Al-quran, itulah Vilfred Pareto keluarkan Hukum Pareto 80/20 ni.
Kita Al-quran berdebu tak berbuka, apatah lagi nak mentadabbur macam mana nak selesai segala permasalahan hidup.

Nak sifu tunjukkan bagaimana kaedahnya untuk menjadi Productive Muslim dengan menggunakan Hukum 80/20 Pareto ini..??

PRODUCTIVE MUSLIM DENGAN HUKUM 80/20 PARETO

Hukum 80-20 ini banyak memberi kesan yang amat luar biasa dalam proses sifu sendiri melalui fasa BANGKIT. Dan hukum ini juga sifu aplikasikan dengan jayanya sebagai HR Practitioner semasa attach dengan Hotel Industry dulu dan Consultant dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti untuk risk management dalam business, ilmu trading, pengurusan kewangan, penilaian prestasi diri, penilaian keuntungan perniagaan dan sebagainya yang sudah proven kajian and research ilmiah.

Hukum Pareto ini diasaskan oleh Vilfredo Pareto, seorang pakar ekonomi dan sosiologi yang hidup di abad ke-19. Jika ada satu hukum yang mengatur kebahagiaan dan prestasi dalam hidup di bumi ini, itulah Hukum 80/20.

Prinsip Pareto atau Hukum 80-20 ini (bahasa Inggeris:The Pareto principle) (juga dikenal sebagai aturan 80-20) menyatakan bahawa untuk banyak kejadian, sekitar 80% daripada efeknya disebabkan oleh 20% dari penyebabnya.

Simple sahaja, Hukum 80-20 memerlukan kita:

1. Do it now!
2. Do what matters the most first.
3. Be efficient and effective.
4. Take the easiest and most convenient path to getting things done.
5. Work without interruption to get that 20% done.

Sifu tunjukkan bagaimana nak aplikasi Hukum 80/20 ini dalam pelbagai aspek kehidupan.
Di sini sifu kupas 2 CONTOH dulu, selebihnya sapa yang jumpa sifu, In Sya Allah sifu kupas detail.

Contoh 1 :- Hukum 80-2-pada SOP Buku 555 :-
CHECKLIST
===========
1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya

2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat)

3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk
Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. ibn Sunni

4. Bersedekah di awal pagi

5. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya)

6. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat.

7. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu

8. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat

9. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari

10. Rutinkan baca zikir
Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanalllahil adzhiem
100x di waktu pagi selepas dhuha
100x di waktu petang selepas solat asar

Di sini di senaraikan 10 tasks dalam checlist SOP buku 555. 20% of 10 = 2.
Jadi 2 daripada 10 cheklist di atas, sifu akan pilih mana lebih penting yang akan memberi impak hasil yang paling besar dan pada masa juga sifu berusaha juga untuk completekan semua task itu juga.
Dalam Konteks SOP Buku 555, paling kurang TAHAJJUD WAJIB, dan satu lagi sedekah ka, dhuha ka dan sebagainya kalau terlalu sibuk sangat pun. Bila sifu menggariskan dua task ini, ini tidak bermakna yang lain dalam checklist itu ditinggalkan. Biasanya setiap hari sifu akan capai apa yang saya buat. Jika ada sesuatu yang tidak dapat dilakukan, ia akan berjalan hingga keesokan harinya sehingga ia selesai. Kedua-dua tugas ini adalah apa yang sifu rasa akan memberi manfaat dan rasa pencapaian yang paling besar dalam hidup..

Kita selalunya ada terlalu banyak untuk melakukan dan tempoh masa yang singkat. Dengan membuat checklist dan kemudian menyerlahkan 20% teratas secara istiqamah, ini akan bernilai lebih daripada 80% yang lain.

Dengan penjelasan sifu di sini, apa alasan lagi untuk mengatakan tidak pada SOP Buku 555 tu. Tak mampu buat banyak jangan tinggal semua. Tapi usah bising sana-sini duduk banding2kan lah kenapa orang tu dapat nikmat lebih, kita dapat kurang. Ujian hidup masing2, nikmat pun pastilah berlainan. Nak lebih, buat lebih. Buat sedikit, sedikitlah dapat. Tepuk dada, tanya IMAN masing masing. Agama sendiri menyediakan Jamak & Qasar untuk memudahkan perjalanan seorang musafir.

Sifu nak pesan kepada teman-teman yang jenis buat 10 perkara atau business dalam satu masa. Tuhan bagi dua tangan, dua kaki sahaja. Itu standard ukurannya ikut sunnatullah. Maksudnya pada satu masa kita boleh handle 2 perkara dalam 1 masa. Selebihnya tu kena belajarlah seni laverage. Jangan tamak, usah nak jadi Superman semua perkara nak buat.

Apa perlu buat, senaraikan peluang2 bisness yang disajikan oleh Allah di hadapan mata. Katakanlah ada 10 peluang business, ikut Hukum Pareto 80-20, 20% daripada 10 adalah 2.
Maksudnya pilih 2 peluang business yang nampak hasilnya dengan mudah, cepat. Fokus kat situ. Ni gebang sana-sini buat 10 business, tapi 1 business pun tak leh nak generate income at least RM10k sebulan.


HUKUM PARETO 80-20 Sebagai Sebuah Nilai Hidup

Di dalam Hukum Pareto dinyatakan adanya hubungan sebab akibat yang sangat erat antara hukum tersebut dengan kehidupan manusia. Pareto sendiri yakin bahwa konsep 80/20 mampu menjadi sebuah nilai hidup bagi manusia.

Sebagai ilustrasi, percayakah kalian bahwa 80% dari faktor kesuksesan yang telah atau akan Anda peroleh merupakan hasil dari 20% usaha Anda selama ini. Artinya adalah hanya ada 20% dari tindakan dan pemikiran dalam hidup kita yang harus lebih dimaksimunkan untuk mendapatkan 80% keberhasilan. Ada 20% dari waktu dalam hidup kita yang harus lebih dimaksimunkan, karena dari 20% waktu itulah tersembunyi 80% kesuksesan dalam hidup kita.

Secara sederhana, Hukum Pareto mengajak kita sebenarnya untuk lebih mempertajam intuisi dan mencari 20% usaha tersebut. Bayangkan efektifnya waktu, tenaga, fikiran yang mampu kita peroleh jika kita berhasil menemukan 20% sebab tersebut. Kemudian kita mampu untuk memaksimunkan potensinya untuk mencapai 80% kesuksesan dalam hidup kita.

Soalan :
Jika saya fahamkan 80% amalan rohani, 20% akan datang rezeki itu dan kite fokus dengan syukur dan sop 555.
Sedekah boleh terangkan untuk harian tu bermacam jenis kan.
Adakah yang berkongsi dibebani hutang setelah drop biz, jalan keluar dan how make strong atau jalan keluar...

Jawapan :
Alhamdulillah, 2 jer SOP 555, 7 GETARAN KESYUKURAN
Faham dah tu
Kalau sifu pergi dalam sikit ilmu Sifat 20
80% itu untuk akftifkan Sifat Ma'anawiyah yang sebenar-benarnya hidup
20% itu dah ada iaitu Sifat Maa'ni
Nak tahu perlu atau tak perlu
Lihat mayat yang terbujur kaku sebenar2nya DIRI kita
Ada Mata tapi Tak dapat melihat
Ada Telinga tapi tak dapat mendengar
Ada kaki dan tangan tapi tak boleh bergerak
Bila YANG DALAMAN tu DAH BALIK KE DESTINASI HAKIKI

Soalan :
Macam zikir hafi qalbi  dan kulun jasadin, untuk seluruh badan rasanya.

Jawapan :
Buat jer 2 perkara iaitu SYUKUR & SOP BUKU 555
Dalam tu ada sedekah & zakat
Rasulullah SAW sendiri berkata
Exchange kesulitan hidupmu dengan sedekah
Pancing rezeki dengan sedekah

Ramai kat sini yang dah buat SOP buku 555 dah berubah hidup depa dengan izin Allah 360% dalam masa yang pantas.
Dan daripada situ 20% jer still istiqamah
Lagi 80% lagi tu dah berubah hidup suksess, pakai tinggal terus
Begitulah hakikatnya.

Soalan :
Apakah penyebab bile baru nak dapat jalan tetibe ada juga dugaan sikit?
Contoh..jika kite dapat 1k..kite set untuk setel benda yang kite proced..tetapi masa tu jugalah tetibe kereta rosak..dan confrmlah budget lari....hari Lain tak rosak pulak...sekadar contoh...umpama negatif tarik negatif.

Jawapan :
Balik kepada SOP Buku 555, Surah 5 ayat 55
"DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT"
Tak pernah sifu jumpa walau 1 ayat pun dalam Al-quran semasa dalam proses mendalami ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran ini yang berbunyi "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN HUTANG."

Terdapat 30 kali penyebutan kata zakat secara ma’rifah di dalam Al Quran, bahkan kewajiban zakat seringkali beriringan dengan perintah solat, seperti misalnya: “Dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’.” (QS: Al Baqarah ayat 43).

Penjelasan kewajiban zakat bergandengan dengan perintah solat terdapat pada 28 ayat Al Quran. Dengan kata lain solat merupakan ibadah jasmaniah yang paling mulia utk unlock unlimited WIFI dengan Maha Pencipta, sedangkan zakat dipandang sebagai ibadah hubungan kemasyarakatan yang paling mulia untuk unclock unlimited wifi dengan sesama insan.

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Kalian diperintahkan mendirikan solat dan membayar zakat, siapa yang tidak berzakat berarti tidak ada arti solat baginya.

Dapat 1K tu, PERKARA 1st perlu buat sepatutnya Zakat, In Sya Allah dengan selesai bab ini, janji Allah dalam Al-quran tentang pulangan dan profit margin.

Keuntungan 10 kali ganda iaitu 1000% dalam Surah 6 ayat 160 dan
Keuntungan 700 kali ganda iaitu 70,000% dalam Surah 2 ayat 261

Mana ada lembaga Instusi Kewangan di dunia ini yang mampu memberikan profit margin hingga 70,000 % kecuali HANYA lembaga Kewangan Yang Maha Kaya sahaja.

Bila kita TUNAIKAN ZAKAT, segala hutang dan masalah selesai, siap ada lebihan lagi.
Kalau kita selesaikan hutang dulu, masalah tak selesai pun..malahan mengundang lagi banyak masalah dan hutang.
Hanya orang yang kurang BERIMAN DENGAN ALLAH dan AL-QURAN sahaja yang menidakkan KEBENARAN ini.

Buku 555, selalu kita dengar hutang kita dengan manusia.
Bagaimana pula dengan buku hutang kita dengan Tuhan, itulah dia SOP 555.


0 comments: