Metafizik
Perkongsian pengalaman
Tips Magnet Rezeki
Firman Allah ta’ala :
Ertinya: “Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak (rezeki) harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu”
(QS. Nuh: 10-12)
Alimi Othman :
Testimoni amalan Buku SOP 555
Alhamdulillah. Tq sifu Farihan dan ahli group ini.
MasyaAllah, tak pasti amalan mana yang saya buat tapi yang dalam buku SOP tu memang saya istiqamah buat (ada juga lubang lubang sekali sekala). Tapi bab zakat bulanan memang tak pernah tinggal sejak mengikuti kelas online di sini bersama sifu Farihan dan kelas offline NAGA bersama sifu Fahmy Adam.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar tuan dan doa rakan2 semua, saya dapat rezeki peluang view & cubaan membeli rumah pada harga yang berbaloi, keaadaan rumah cantik selesa. Dan kelmarin, dalam tak sampai seminggu loan rumah saya lulus. Pada saya ini rezeki yang sangat bermakna setelah bertahun menghadapi dugaan berkaitan rumah.
Doakan saya, semoga dipermudahkan urusan ini dan berjaya sampai akhir. aamiin
*harap jangan sangka saya menunjuk. Ini sebagai sumber inspirasi dan korang buatlah. Istiqamahlah sop buku 555 tu. Satu lagi, saya selalu ke surau bersama anak2 solat jemaah subuh, maghrib, isyak dan berbuka puasa di sana (masa bulan puasa) dengan harapan meninggi sentiasa berdoa mengenai masalah rumah dihadapi (3 tahun pending rumah yang beli atas nama suami) . Satu-satu Allah rungkai masalah, yang pending sedang diusahakan untuk refund, yang ini yang merupakan rumah kedua atas nama saya ~ sedang diusahakan untuk menjadi tempat berteduh selesa untuk kami sekeluarga bersama 6 orang anak saya.
Farihan Yahya :
Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya
Tahniah Puan Alimi, duplikasi kepada tribe followers
Rahmat Allah ini tersangat luas bila kita suburkan jiwa jiwa yang gersang kembali hidup bertuhan.
Hal dunia itu usah risau dan gusar, akan datang beriringan
KPI di mata Tuhan dan passive income kekal abadi adalah berapa ramai kita berjaya membuatkan orang kembali hidup bertuhan tanpa meninggalkan urusan dunia..
This is our real job down here as a Khalifah.
MJ :
Tahniah....puan..
Saya juga sedang istiqamah folow sop..dan lain2 yang mampu ikut nasihat sifu.
Harap diberi petnjuk dan jalan.
Farihan Yahya :
Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan tuan utk kembali berada di titian ihdinasiratulmustaqim, mudah mudah dan sehabis mudah
Sifu hanya mampu membuka pintu, kalian yang nak kena masuk sendiri
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah 13 ayat 11)
Tuan andai ada kelapangan masa, boleh ngeteh dengan sifu kalau sudilah untuk leraikan segala kekusutan hidup bila berSAKSI ni, bertentang mata ni, proses penerimaan ilmu itu lebih mudah, tidak ada sangka-sangka dan tidaklah diselubungi dengan bisikan2 iblis dan syaitan itu.
Sifu buat program, kelas, kopitiam talk dan sebagainya ini untuk tujuan inilah sebenarnya. Kita didewasakan dengan titian siratulmustaqim ini adalah halusnya seumpama rambut yang dibelah tujuh.
Itu kiasan, apa mesej yang nak disampaikan di situ adalah ihdinasiratulmustaqim iaitu jalan-jalan yang lurus HANYA ada satu sahaja iaitu jalan mengenal diri, mengenal pencipta. Dalam selusuri titian siratulmustaqim pastilah memerlukan ilmu iaitu Awaluddin Maakrifatullah (Awal2 hidup beragama itu Mengenal Allah).
Yang di katakan dengan halusnya titian siratulmustaqim seumpama rambut di belah tujuh ialah halusnya ilmu ini seumpama 7 lapis peringkatnya...kena sabar, selusuri satu persatu.
KETENANGAN JIWA ITU ADALAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITU ADALAH NERAKA
Nak jiwa tenang HANYA satu jer caranya, kena diberi SUNTIKAN VAKSIN TAUHID supaya senantiasa berada dalan keberadaan ingat Allah.
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram",(Surah 13 ayat 28)
Bila dunia ini sudah resah gelisah, seumpama biasan kehidupan utk destinasi kekal abadi kita.
Salah satu Secret 2 Success adalah kena BUANG BERHALA DUNIA dalam diri kita tu.
Kita semua di sini mana mungkin akan sembah patung berhala tu, tapi tanpa kita sedari setiap saat kita sembah patung berhala ciptaan sendiri iaitu "AKU".
0 comments:
Post a Comment