Metafizik
Sejauh mana kita kasih dan sayang pada Allah
SEJAUH MANA KITA KASIH DAN SAYANG PADA ALLAH
Alangkah indahnya jika rasa cinta dan sayang kepada Allah itu wujud dalam diri kita. Ketika itu kita akan rasa tenang, khusyuk dan asyik. Mana lagi rasa cinta dan sayang yang amat indah selain rasa cinta dan sayang kepada Allah? Adakah rasa cinta dan sayang kepada kekasih lebih hebat dan indah berbanding dengan Allah.
Mungkin kita rasakan cinta dan sayang pada kekasih lebih hebat kerana kita tidak pernah sekali pun memiliki nikmat rasa cinta dan sayang pada Allah.
.
Kita semua mengakui kita menyayangi Allah. Tetapi berapa kali kita mengingati Allah di dalam sehari? Kita tidak perlu menipu diri kita. Ketika anda membaca artikel ini, adakah anda mengingati Allah? Ketika kita melakukan apa jua aktiviti seharian, adakah kita mengingati Allah.
.
Di dalam hidup kita sehari-hari, kita akan bangun pagi, mandi, bersihkan diri, pakai baju, makan, pergi kerja, berkerja, balik kerja, bersama anak isteri/suami dan akhirnya tidur. Itulah aktiviti asas yang kita lakukan seharian. Namun di dalam semua aktiviti asas tersebut, berapa banyak kita berdoa sebelum melakukan semua aktiviti itu? Sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk melakukannya?
.
Berdoa untuk keselamatan adalah berbeza dengan meminta izin. Sebagai contoh, sewaktu ingin mandi, berapa ramai yang meminta izin pada Allah untuk mandi? Terlupakah kita bahawa air itu kepunyaan Allah. Tidak sedarkah kita nikmat mandi itu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita?
Sewaktu ingin pergi kerja, sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk pergi kerja? Sedarkah kita tenaga kita untuk pergi kerja tersebut adalah milik Allah. Sedarkah kita bahawa kenderaan yang kita naiki hanya dapat bergerak dengan izin Allah?
.
Nah! Sekarang kita tanya sekali lagi adakah kita benar-benar cinta dan sayang pada Allah? Jika ya, mengapa kita tidak meminta izin daripada Allah di dalam melakukan setiap aktiviti kita? KURANG AJARNYA KITA BUKAN?
.
Kenapa saya berkata begitu?
Jika kita menggunakan hak orang tanpa meminta izin, kita dikatakan kurang ajar. Kita akan dimarah, dimaki, dicaci dan sebagainya. Disebabkan hal ini kita seringkali meminta izin dengan baik dan hormat sekali kepada tuan punya barang sebelum kita menggunakannya.
Tetapi bagaimana dengan Allah? sama-sama kita fikirkanlah.
Kita sedar kini tahap cinta dan sayang kita pada Allah.
Sekarang kita mula sedar, patutlah doa kita jarang dimakbulkan Allah.
Kita seringkali berkata bahawa Allah tidak makbulkan doa kita kerana mungkin Allah nak beri lagi baik. Mungkin juga kita kata Allah belum lagi nak beri waktu ini. Tetapi kenapa di dalam Quran Allah ada berfirman “Mintalah kepadaKu, akan Aku makbulkan doa hambaKu”.
Sebenarnya kerana kita tidak cinta dan sayang kepada Allah dengan sebenar- benarnya. Kita banyak lupa Allah berbanding ingat. Kita kurang bersyukur atas nikmat Allah. Kita hanya ingat di dalam Solat dan itupun kadang kala jika khusyuk sahaja.
.
Berapa ramai di antara kita berdoa kepada Allah supaya Allah berikan rasa cinta dan sayang kepadaNya? Orang yang beriman itu bukan sekadar bergetar hatinya malah berdebar hatinya apabila menyebut nama Allah. Inilah perkara yang kita terlupa di dalam kita hidup BerTuhan.
Maka setelah anda membaca artikel kali ini, barulah anda faham mengapa doa kita susah untuk dimakbulkan Allah. Kerana kita tiada rasa cinta dan sayang kepada Allah. Walaupun kita mengaku kita cinta dan sayang, tetapi semua itu hanyalah dusta sahaja jika kita jarang meminta izin daripada Allah sebelum melakukan apa jua aktiviti seharian dan berdoa agar Allah berikan perasaan cinta dan sayang kepadaNya.
.
Bagaimana untuk kita wujudkan rasa cinta dan sayang pada Allah? Saya akan beritahu caranya yang termudah dan pasti perasaan itu datang. Tidak kira pada sesiapa pun. Sejahat mana orang pun, pasti perasaan cinta dan rasa sayang kepada Allah akan wujud. Tunggu artikel akan datang.
.
Sentiasa positif dan hidup BerTuhan. Semoga bermanfaat untuk semua.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment