Metafizik
7 Cakra Bioplasmik (Bahagian II)
AURA pada diri seseorang itulah CAKRA yang baik, itulah cakra yang sempurna. Baik sifu akan sebutkan satu persatu contoh cakra ini. Sebenarnya dalam tubuh kita ni dari kepala sampai kaki ada 365 titik cakra (inilah bersamaan dengan 1 tahun 365 hari tu). Ini yang minor. Tetapi yang major, yang utama, yang pusat cuma ada 7 CAKRA.
Yang pertama dipanggil sebagai CAKRA SPIRITUAL ataupun cakra mahkota. Dalam bahasa sebenar ia dipanggil sebagai CAKRA SAHASRASA (rujuk gambar rajah di atas itu). Ini bahagian akal, bahagian otak, bahagian pemikiran.
Cakra yang Ke-2 merujuk kepada yang berada di antara dua alis mata kita. Ini adalah cakra pembuka mata yang ketiga. Sekarang kita ada 2 mata, tetapi nak buka mata batin ni, mata ketiga inilah dipanggil sebagai CAKRA AJNA.
Cakra yang ke-3 di bawah leher dipanggil cakra kerongkong. Yang mengeluarkan suara. Yang ini dipanggil sebagai CAKRA VISHUDDHA.
Cakra yang ke-4 yang duduk di tengah, di antara hati dengan jantung merujuk kepada elemen yang paling penting unsur hati, inilah dipanggil sebagai CAKRA ANAHATA.
Cakra yang ke-5 yang duduk di perut iaitu cakra perut yang disebut sebagai CAKRA MANIPURA.
Cakra yang ke-6 iaitu cakra seksualiti @ cakra syahwat yang disebut sebagai CAKRA SWADHISTHANA.
Dan cakra yang terakhir iaitu yang ke-7 terletak pada kaki kita yang disebut sebagai CAKRA MULADHARA.
Pening ka dengan istilah-istilah nie..??
Jangan pening dengan istilah-istilah ni, cuma perlu faham ada spiritual, ada pembuka mata batin @ Intuition, ada kerongkong atau comunication, ada hati @ Love, ada perut @ Power, ada seksualiti @ syahwat dan ada kaki @ survival.
Sememangnya inilah cakra-cakra major dalam tubuh manusia. Cuba relatekan cakra ini dengan amalan kita di bulan Ramadhan. Sebelum ini 11 bulan ketujuh-tujuh cakra ini kita boleh guna tanpa sebarang masalah. Tetapi di bulan Ramadhan Allah tahan 2 cakra iaitu CAKRA PERUT tak boleh makan dan tak boleh minum. Dan satu lagi CAKRA SYAHWAT iaitu tidak boleh bersama, tak boleh berkelamin dengan pasangan masing2 yang sah. Tetapi cakra kaki berfungsi, cakra hati berfungsi, cakra kerongkong berfungsi, pembuka mata ketiga dan akal juga berfungsi.
Baik sifu nak tanya kenapa yang 2 ini mesti beriringan iaitu CAKRA PERUT DAN CAKRA SYAHWAT..??
Tak boleh ka Allah buang salah satu sahaja..??
Kenapa dua cakra ini ada perkaitan..?? Sebab itulah contoh kalau Allah lepaskan salah satu sebagai contoh boleh bersama isteri tapi tak boleh makan dan minum. Tetiba sepasang suami isteri itu berhubungan kelamin awal pagi. Bila berkelamin nie, penat ka tak..?? Letik atau tak..??
Mestilah penat dan letih kan..lepas tu dahaga dan lapar pula lepas tu..dia akan pi juga tarik sama cakra yang satu lagi tu. Memang tak boleh pergi..Begitu jugalah sebaliknya...Bila kita makan dan minum pula akan membangkitkan syahwat..ada hadis nabi menyebut, "Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu memberikan mas kahwin maka berkahwinlah. Kalau tak mampu berkahwin, maka kamu berpuasa." Tujuan berpuasa nak tahan nafsu dan syahwat. Secara automatik kedua-dua ini kita kena kerat, kena kekang terus.
Tetapi yang tinggal lagi 5 cakra ni kita cuba tengok pula tentang hubungan dengan penurunan Al-quran pula..??
Boleh follow lagi tak nie, cer jawab sikit...
Yang pertama adalah CAKRA ANAHATA mesti YAKIN, mesti PERCAYA, mesti BERIMAN. Di sinilah tempatnya 7 Basic Belief of Islam iaitu "Amantu Billahi, wa Mala'ikatihi, wa Kutubihi, wa Rusulihi, wal Yawmil Akhiri, wal Qadri Khairihi wa Sharrihi Minal Lahi Ta'ala, wal Ba'thi Ba'dal Mawt." Artinya: ...
Di sinilah tempat kita beriman pada Allah, beriman pada malaikat, beriman pada Rasul, beriman pada kitab, beriman pada hari kiamat, beriman pada qada' dan Qadar sama ada qadar baik atau buruk, hari akhirat. Kemudian bila kita terima apa yang kita namakan sebagai Al-quran kita akan naik ke step yang ke-2 iaitu CAKRA VISHUDDHA iaitu fungsi kerongkong utk komunikasi. Di sinilah penting kita untuk mentilawahkan dan membaca Al-quran yang kita beriman tadi.
Hari ini dalam solat pun baca al-quran, di luar solat pun kita baca Al-quran. Beriman dah Al-quran ni, kita baca melalui peti suara kerongkong. Selepas itu apa permintaan Allah kita pi kepada yang paling atas iaitu cakra spiritual atau Cakra Sahasrasa tadi. Yang inilah disebut dalam Surah Al-Imran ayat 190 & 191:-
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Surah Al-Imran ayat 190)
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Surah Al-Imran ayat 191)
Jadi bila kita baca Al-quran kita kena fikir tentang kejadian yang disebutkan dalam Al-quran sebab kita ini sebahagian daripada penciptaan alam semesta. Kemudian kita nak menyakini lagi kebenaran alam semesta kita guna cakra paling bawah iaitu CAKRA KAKI. Surah Al-Haj ayat 46, Allah berfirman, "Tidakkah mereka berjalan meniti bumi untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri kehancuran orang-orang zalim dan melakukan pendustaan itu? Barangkali saja hati mereka terbangun dari tidur, memikirkan apa yang harus mereka lakukan terhadap seruan kebenaran yang disampaikan kepada mereka, dan mau mendengarkan berita-berita tentang kehancuran orang-orang kafir yang dapat diambil sebagai pelajaran. Tetapi hati mereka telah buta dan membatu, maka mustahil mereka mahu mengambil pelajaran dari apa-apa yang mereka lihat dan dengar. Buta hati, itulah buta yang sebenarnya, dan bukan mata."
Hari ini kita perlu lihat begini, bila kita baca Al-quran, kita beriman dalam Al-quran bila kita merujuk kepada penciptaan alam semesta Allah sebut bukit, sungai, gunung, langit, laut. Boleh tak kita lihat semua ini kalau masih duduk dalam rumah depan Al-quran..?? Tak kenal kan, buat pertama kali kita baca Al-quran tentang gunung, kita beriman, kemudian Allah suruh kita berfikir, nak fikir kena kenal, nak kenal maka kena guna kaki keluarlah dari rumah. Tinggal Al-quran keluar rumah baru kenal nie bukit, ni gunung dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment