Metafizik

Persoalan tentang metafizik

5:53 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah...Assalamualaikum dan selamat petang semua

Antara soalan yang diajukan kepada sifu sebelum ini.

Soalan :
Saya ingin tahu sandaran metafizik penomboran islamik sandaran pada sumbar apa..??
Bagaimana susunan2 abjad diklasifikasikan untuk nombor2 tertentu..??
Pengecilan nombor serta kaedah pengiraan sedekah tertentu dalam waktu tertentu di rujuk pada..??

Jawapan :
Semua ilmu datang daripada coding dan pencahayaan yang sudah termaktud dalam Quran. Sudah tentu ada sandaran dari Quran.

Contoh:
Sebelum ilmu matematik datang ke dunia, ianya berbentuk asalan mengira bilangan pasangan. 1 dan 2. Maka timbulah pengiraan. Berapa nombor terakhir? Tiada jawapan. Rahmat kasih sayang tidak berungkap zeon timbang beratnya.

Susunan abjad datang dari Arab nahu yang lama sebab manusia datang dari syurga. Bahasa pertama adalah wasatun Arabia. Maka, 40 anak Nabi Adam membentuk bangsa dan bertebaran ke pelusuk dunia.

Perubahan Huruf dan coding bergerak mengikut bangsa dan tulisan masing masing. Manusia pertama menulis adalah Nabi Idris AS. Teknologi coding dan geo falak serta enjin dicipta pada zaman ini.

Seperti coding ada abjab saling berkait sebab dalam ketamadunan dunia bermula perjuangan Para Nabi. Ilmu akan bermula Iqra' huruf dan nombor. Takde dalam dunia tadika orang buat silibus belajar bulan dan bintang falak.

Maka, gabungan kehidupan + geo + biological + Patern + agro + warna + gelombang dan semua dalam dunia bermula dengan coding dan huruf.

Cuba cari dalam dunia sesuatu perkataan dan kira tanpa bermula huruf dan nombor. Dari sini keluarnya bunyi. Kelajuan ini dipanggil frekuensi dan bentuk coding Hz.

Dalam radius nombor fibo dalam ketepatan Al Quran ianya metafizik.
Contoh:
Nabi Muhammad saw bersabda "Akhir zaman nanti akan turun salji dan taman indah di bumi Jazirah Arab yang gersang ini."

1400 kemudian baru manusia memahami coding dan relatif masa ukuran. Pada tahun 1948 baru keluar WHO mengenai biological sains. Pada 1918 barulah Nasa mengkaji perubahan galaksi dan landasan orbit latitude dan longtitud alam perkiraan Fibo. Maka 3 tahun lepas keluarlah salji dan bangunan taman indah memenuhi jazirah Arab.

Hanya melangkau basic kalimah syahadat sahaja memahami hukum asal ilmu coding dan meta Iqra dalam dunia melalui Quran.

Soalan :
Bagaimana cara menjawab juga antara RAMALAN vs KEPASTIAN ilmu MSP..??

Jawapan :-
Ramalan adalah agakan dan perasaan
Kepastian timbul bila Iqra' ikut jalan Tauhid redha Allah.
Ilmu + coding + sejarah assoheh + teknikal + data ulangan 90% ketepatan + kajian + ilmiah + method.

Dalam MSP dalam 500 bidang Metafizik sudah dipattern kan.

Tiada istilah agakan dan ramalan.

Mana mungkin baca semua tepat walaupun tak kenal pun seseorang itu.

Melainkan melalui semua method di atas

ALLAH SWT MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU MENURUT UKURAN

Seluruh apa yang ada di langit dan di bumi ini adalah ciptaan Allah SWT. Dia adalah pencipta seluruh alam semesta. Allah SWT menciptakan sesuatu itu bukan sahaja sahaja, Dia menciptakan sesuatu itu menurut ukurannya dan tentu sahaja mengandungi pelbagai hikmah yang besar. Merujuk kepada dalil dalam Al quran SWT berfirman seperti disenaraikan dibawah, perkataan kadar atau ukuran itu sendiri pada asasnya telah merujuk kepada angka, kiraan & hasil kiraan..

Ini bermakna setiap sesuatu yang Allah SWT jadikan ada angkanya, ada kiraanya & ada hasil kiraannya yang menjadi dalil asas kepada metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al quran.

Merujuk kepada Hadith Nabi SAW, di situ pun ada dinyatakan tentang kadar atau ukuran yang boleh dijadikan dalil asas kepada ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al quran juga.

"Demi Dzat dan Jiwaku berada di tanganNya, surah Al Ikhlas itu senilai sepertiga Al-Quran". (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612)

Dalam Al-quran, ada 3 hujah pokok:-
1. HUKUM, seperti ayat perintah, larangan, halal, haram dan sebagainya

2. JANJI DAN ANCAMAN, seperti ayat-ayat yang mengupas tentang syurga, neraka, balasan termasuk kisah orang soleh dan kebahagiaan yang mereka dapatkan dan kisah orang jahat, berikut seksaan yang akan mereka dapatkan.

3. BERITA TENTANG ALLAH, iaitu semua penjelasan mengenai nama dan sifat sifat Allah.

Oleh kerana Surah Al-Ikhlas itu sendiri membahas permasalahan Tauhid, bercerita tentang siapakah Allah Taala, maka kandungan surah ini merangkumi sepertiga bahagian dari Al Quran.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." (QS. Al-Qamar: Ayat 49)

"Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya."
(QS. Al-Hijr 15:19)

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (QS. Al-Mu'minun: Ayat 18)

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata." (QS. Asy-Syura: Ayat 27)

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (QS. Al-Furqan: Ayat 2)

Jadi setiap segala sesuatu itu sudah diciptakan dan dirancang oleh Allah SWT dengan ukuran yang begitu rapinya. Malahan air yang turun dari langit sudah ada ukuran yang telah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga dengan rezeki semua makhluk Allah SWT pun telah ditetapkannya.

Mari kita sama-sama merenungi dan mensyukuri semua yang Allah cipta, agar keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya semakin bertambah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Coach Fahmy :
Memang metafizik pernomboran ini ada banyak kajian.

Menarik dikaji kerana ia adalah formula yang boleh digunakan sebagai petunjuk atau guide dalam hidup.

Contoh macam mana kiraan kalendar hijrah bermula dengan sistem qamariah (bulan) dan bukan berdasarkan gregory (matahari).

Adakah pengiraan tersebut salah di sisi Islam ?
Sudah tentu tidak...

Contoh kita berpuasa pada 1 ramadhan
Adakah salah kiraan nombor tersebut ?
Formula kalendar hijrah / qamariah ini adalah dalam perbincangan ilmu falak astronomi.

Manakala dalam bidang lain seperti asas fisiologi, biologi dan mengenali diri semuanya ada formulanya.
Semua takkan silap sebab ALLAH dah cipta nombor DNA dalam diri kita dengan perfect.
Takkan ALLAH silap kira ?

DNA pula merangkumi pelbagai gen bernombor, cubalah kaji.
Nanti akan kagum dengan ciptaan ALLAH

Renungi kata-kata sang arifbillah...
"Man arofa nafsahu, faqod arofa rabbahu."
Siapa yang mengenali dirinya, akan mengenali TuhanNya.

Farihan Yahya :
Alhamdulillah, syukur Tuan Fahmy
Perjalanan kita sama di sini

"Man Arofa Nafsahu, Faqod Arofa Rabbahu"
Barangsiapa Mengenal Dirinya, Mengenallah Allah akan Dia

Ilmu Allah ini terlalu luas, cabangnya banyak seumpama ranting-ranting pokok
Semua ilmu milikNya
Kita ini bukan setitis air dalam sebuah lautan yang luas, tapi kita ini merupakan sebuah lautan dalam setitis air.

Belajarlah ilmu apa pun tidak ada salah dan silapnya
Asal penamatnya bawa balik semula kepada agama dan Al-quran
Tidak ada salah dan silahnya, asalkan berpaut pada nan satu iaitu TAUHID.

MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Yang Mengenal Dirinya, akan Mengenal Allah Akan Dia)

MAN ARAFA = ADAM
NAFSAHU = ROH/JIWA/NAFSU
FAQAD ARAFA = ALLAH ITU
RABBAHU = ESA

Seperti Firman Allah dalam Al quran dalam Surah 33 ayat 72:-
"Sesungguhnya Kami Telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dengan segala persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan."

Berdasarkan ayat inilah sifu selalu ulang di tribe ini, APA BARANG LAGI YANG KITA MAHU CARI, SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH SEDIAKAN BEKAL UNTUK KITA DI DUNIA INI. HANYA KEBODOHAN, KEEGOOAN, KESOMBONGAN DAN KEJAHILAN KITA SAHAJA YANG MEMBUATKAN HIDUP KITA TIDAK KETAHUAN.

Oleh kerana Amanah atau Rahsia Allah telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tunaikan janjinya. Amanah itu sudah tertulis di tapak tangan kanan 18 Asmaul Husna + tangan kiri 81 Asmaul Husna = 99 Asmaul Husna ini kena dijalin hubungan yang 1 utk disempurnakan. NAFI 99 itu Kita Punya, ISBAT HANYA 1 iaitu Allah punya.

Dengan erti kata lain, tugas manusia adalah menjaga dan menjalin hubungannya dengan Tuan Empunya Rahsia setiap saat dan ketika.

Coach Fahmy :
Ada sambungannya selepas ayat sang arif billah...cumanya ikut level2 di sini mungkin perlu ada pemerhatian lanjut

Farihan Yahya :
Benar tuan, ada sambungannya tapi tak semua kita boleh bicara di sini kerana majoriti daripada kita masih di makam awam, kalau sudah berada di makam Khawas dan Khawasul Hawas In Sya Allah. Dikhuatiri mengundang akan ketidakfahaman. Sama-sama kita ya menjaga aurat ilmu itu sendiri.
Salam perkenalan, sahabat SE jalan....


Asalnya numerikal 1-9 ini dari 99 Asmaul Husna yang terbahagi kepada 9 kumpulan dan dalam setiap 1 kumpulan ada 11 asma.

Hisab Jamal + Huruf Abjadiyah + Asma Ul Husna = Kuasa 99 Nama
Melalui Pelatihan dan Coaching Kuasa 99 Nama yang saya jalankan, penggunaan Hisab Jamal, Huruf-huruf Abjadiyah dan Asma Ul Husna adalah amat penting dalam membongkar serta mendapatkan petunjuk-petunjuk kehidupan yang terdapat disebalik nama peserta.

Lalu timbul persoalan dari mana datangnya Hisab Jamal dan Huruf Abjadiyah ini? Dari Guru yang membimbing saya selama ini (belajar ilmu asas Tauhid, Feqah dan Tasawwuf), saya memperlajari ilmu ini yang diperolehi dari gurunya yang terdahulu serta melalui sebuah kitab yang ditulis oleh ilmuan islam Ibnu Arabi.

Namun ada juga penemuan menyatakan bahawa ilmu Hisab Jamal ini bermula dari Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, seorang Wali Allah yang terkenal.

Huruf-huruf Abjadiyah pula adalah susunan ilmuan Islam terhadap huruf-huruf Hijaiyah (Alif, Ba, Ta, Sa, Jim dan seterusnya) berdasarkan hisab Jamal. Malahan menurut sesetengah ulama yang mempercayai ilmu hikmah, susunan huruf-huruf Hijaiyah ke dalam bentuk Abjadiyah adalah berdasarkan nama-nama hari sebelum adanya hari Isnin-Ahad.

Dengan penggunaan Hisab Jamal ini, kemudiannya digabungkan pula dengan asma-asma Allah swt, maka terhasillah set-set petunjuk bagi mendapatkan gambaran FIRASAT terhadap seseorang yang meliputi:

1) Sisi positif dan negatif diri setiap individu
2) Potensi diri
3) Siapa yang ditarik ke dalam kehidupan
4) Ujian-ujian kehidupan
5) Menangani 6 permasalahan kehidupan iaitu dalam bidang Kerohanian, Kekeluargaan, Kerjaya/Kekayaan, Sosial, Kesihatan dan Pendidikan.
6) Menemukan kunci penyelesaian masalah atau petunjuk kepada permasalahan hidup.
7) Titik mula untuk MUHASABAH DIRI.

Sebelum ini di sini, sifu ada share tentang RETUNE KAEDAH ASMAUL HUSNA, itu adalah salah satu kaedahnya

Kaedah pembongkaran diri yang sifu bawakan di sini adalah melalui kaedah metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran. Penekanan lebih diberi terhadap TAUHID adalah menjadi tunjang dan tulang belakang ilmu ini. Numbering itu sekadar asbab-musabab dan pemudah cara sahaja. Hal ini PENTING kerana ia mampu mengelakkan kecelaruan yang berlaku atas dasar salah faham terhadap semua ilmu yang dipelajari. Bukan sahaja anda dapat MENGENAL DIRI tapi anda juga lebih MENGENALI PENCIPTA anda.
.
Usaha anda yang ikhlas kerana Allah swt ada ganjarannya. Berzikir menyebut nama-nama Allah swt secara berulang-ulang kali juga ada ganjarannya. Sebab itu penting untuk anda fahami ilmu ini dari akar umbinya. Anda bukan sahaja menyelesaikan permasalahan yang melibatkan kehidupan di dunia ini sahaja, yang penting ada BEKALAN yang dibawa bersama untuk digunakan di negeri akhirat.
.
Ilmu ini KHUSUS untuk orang ISLAM sahaja. Barulah kita hebat dari yang lain. Ilmu ini sudah dikuasai terlalu lama oleh orang bukan Islam, sedangkan asal ilmu ini dari orang Islam.
.
Tepuk dada tanya IMAN. Hati-hati dengan bisikkan. Sebab syaitan memang penuh dengan tipu daya. Kita merancang untuk datang, dia merancang untuk halang.
.
Di sini saya hanya kongsikan apa yang saya tahu untuk kebaikkan bersama. Jika anda PILIH untuk DATANG, nikmat untuk saya. Jika anda bertangguh-tangguh, RAHMAT untuk saya. ALHAMDULILLAH.

Bismillah = 786

Berapa ramai daripada kita di sini biasa makan di kedai mamak? Tentu majoriti dari kita biasa mengunjungi kedai mamak untuk makan dan minum sambil berjumpa dengan kawan-kawan. Perasan tidak, disesetengah premis kedai mamak ini terutama pada papan tanda kedai mereka, menggunakan simbol bulan sabit beserta nombor 786.

Kenapa nombor 786? Sebenarnya, jika menurut hisab jamal dan huruf-huruf Abjadiyah Bismillahirrahmanirrahim itu, bernilai 786. (Rujuk gambar dibawah)


Tadi, sifu kupas melalui huruf hisab jamal, ini melalui metafizik sains penomboran islamik pula

Soalan: Kenapa Restoran Mamak ada letak 786?
.
Jawapan:
Blok Metafizik Sanantan Ayurveda di tanah Hindus juga mengira bermula zaman Kod Hamurabbi atau sanskrit hampir sama dengan coding komputer. Kebanyakkan Jutera Software Design IT jenama besar seperti Google, Facebook, Twitter, Java, IBM, HP di lembah Silicon adalah warga India.
.
Ada juga bawaan coding dari segi spritual Islam mazhab belah Imam Hanafi dari falak bulan dan bintang kiraan huruf Arabic + nombor. Hasil tambah, bermaksud pembuka dan tarikan. Ada juga mengira Al Fatihah coding Arab totalnya 786.
.
Berbalik pada nombor dan cara kehidupan Restoran Mamak 786 ini.
7 adalah manusia tempat lepak, tempat sosial dan tengok bola, singgahan segera, tarikan laju.

8 adalah servis laju. Teh Tarik one, roti telurr one, one, one dan sangat laju. Ambik order semacam berlari. 24 jam non stop hardworking. Dalam industri makanan, servis kelajuan adalah penting. Lapar kan.

6 adalah rezeki, tempat manusia makan, tempat jumpa client, tempat borak MLM lah, tempat mudah cari makan.

Coding dan wave adalah 786 mewakili kelakuan dan cara kehidupan Restoran Mamak.
Tidak perlu taksub pada Nombor tapi wajib memahami maksud nombor adalah paling utama.
Orang Beriman sentiasa dihadapan dalam bidang pengkajian ilmu kemanusiaan.
Bila dah faham baru kita bersifat neutral dalam pelbagai lapangan bidang ilmu. Fundamental + Teknikal + Accuracy + Permasalahan dan sifat sosiologi bidang tersebut.

0 comments: