Metafizik

Apa itu SYUKUR...??

9:44 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah...

Assalamualaikum dan apa khabar semua hari nie, sihat..
Maaf ya beberapa hari ini sifu kurang bersiaran kerana penuh dengan jadual appointment dan meeting..
Ada apa-apa yang sifu boleh bantu hari ni di sini..??

Alhamdulillah, faham dah kan semua tentang kitaran rezeki tu.

Cikgu Selina :
Nak tanya sifu macam mana nak khusyuk dalam sembahyang?

Farihan Yahya :
Ini Formula Khusyuk

Khusyuk — Ingat — Kenal — Belajar — Bodoh Sombong

Duduk di mana sekarang..???

Bismillah...

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR?

Baik, apa yang kalian faham tentang SYUKUR ini sebenarnya..??

Apa itu SYUKUR..??

Ada teman-teman lain yang nak cuba share..??

Terima APA jua yang Allah bagi tanpa merungut..Alhamdulillah ucapkan walaupun musibah...

Hampir-hampir dah tu
Cuba lagi, ada sesiapa?
Sebenarnya hidup kita ini mudah jer.
Kenapa kita masih tak ketahuan tu, tak balik kepada fitrah sunnatullah sahaja
Tugas sifu di sini, nak susun bagi duduk elok2 semua
Ilmu dunia tu, masing2 hebat hebat semua dah
Masing2 dah ada mentor2 hebat dah.
Tapi kenapa masih ada yang tak lepas tu, kita kena renung sekejap di mana

Buatlah SOP 555 itu ikhlas kerana Allah Taala, jangan sampai ada kerana dengan satu kerana
Itulah permulaan untuk BANGKIT semula
hasil perjalanan RASA dan pengalaman sifu sendiri
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA RASA MASINNYA AIR LAUT ITU

SYUKUR ini adalah GEMBIRA DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN
SENANG pun syukur
SUSAH pun syukur

tapi...

kebanyakkan kita

SENANG bersyukur
SUSAH merunggut

ada sesetengah bila susah buat 7 GETARAN KESYUKURAN
bila senang tu, lupa dan tinggal terus

ada sesetengah bila susah sujud kepada Tuhan
bila senang tu, sibuk dengan hal dunia

ada sesetangah tu bila rezeki sempit, rajin berzakat dan bersedekah
bila senang tu, mula mai perangai kedekut

Tuhan amat marah bila kita berpaling sebegitu sebenarnya..

Sebenarnya kalau perhatikan bila buat SOP 555 tu, 
perjalanan ibadat kian teratur hati kian lapang sekarang Allah bagi banyak masa untuk ibadat padaNya.
Yang penting sebenarnya itu untuk RESET semula diri kita tu
JIWA yang sudah Corrupted dan sudah masuk virus, kena REFORMAT balik lah.


Bismillah..

Kita wajib balik pada Sunnatullah jika ingin berjaya. 
coretan dari guru sifu, dan sifu pegang kemas dalam log budi sejak 2013 lagi...
Ini perjuangan sifu dalam memakmurkan insan melalui bidang dan kepakaran yang sifu ada...

Sifu, nak tanya tentang ni.  Ada yang saya baca, jika nak betul buat buku 555 tu mula2 memang kena paksa diri, biar rasa terpaksa, kemudian diri akan mula menerima, bila tak buat mula rasa kekurangan dan akhirnya akan wujud ikhlas..baru kita akan buat seikhlasnya.  (jadi pada diri sendiri)

Tak semestinya buku 555, apa pun kena paksa diri
Nak ubah attitude kepada sikap ini memerlukan 40 hari, lepas tu dia dah jadi Auto dah,

Ikhlas ini seumpama semut hitam merayap di atas batu di malam yang gelap
Ikhlas ini setelah tidak terlihatnya diri dalam melakukan sesuatu amalan itu
Ikhlas ini juga jangan sampai ada kerna dengan satu kerna

Surah Al-Ikhlas 4 ayat pun tidak sebut pun tentang Ikhlas
yang disebut HANYA
KATAKANLAH AKU INI ESA
AKU TEMPAT SEGALA MAKHLUK BERGANTUNG
AKU TIDAK BERANAK PINAK
JANGAN SAMAKAN AKU DENGAN YANG LAIN

0 comments: