Metafizik
Panduan Solat Dhuha 12 rakaat
PANDUAN SOLAT DHUHA 12 RAKAAT
Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.
#1. Kelebihan
Pengalaman sifu 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan In Sha Allah dapat partner yang tepat.
#2 Cara buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah. Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yang lalai dalam solat)
.
Setiap kali rukuk & sujud, disertai dengan tasbih, tahmid, tahlil, takbir selepas bacaannya iaitu "Subhanallah Alhamdulillah Wa Laa Ilaha Illallah Allahu Akbar"
.
Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Ya Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
Habis solat saya istighfar 3x dan baca Ya Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.
#3 Doa saya
In Sha Allah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan, kejayaan, kesihatan dan kebaikan.
Tempoh hari sifu ada kupas panjang lebar di sini bab Solat Tahajjud, dan hari ini tentang Dhuha..
Both Tahajjud dan Dhuha ada dalam SOP Buku 555 dan merupakan 2 daripada 5 ilmu Tangan Ghaib yang selalu sifu share dalam Ilmu Financial Freedom - FAST Quadrant.
Boleh baca surah yang sama setiap rakaat.
Cuma sifu buat begini supaya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yang lalai dalam solat)
If tak mampu 12 rakaat, cukuplah hanya sekadar 2 rakaat sahaja asal istiqamah kerana
"Amal (ibadah) yang paling dicintai Allah Taala adalah amal yang paling terus-menerus (istiqamah) dikerjakan meskipun sedikit" - HR Bukhari dan Muslim
0 comments:
Post a Comment