Metafizik

Hakikat sebenar kenapa kita perlu belajar KENAL DIRI

8:42 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah, assalamualaikum dan selamat pagi...
apa khabar hari ini, semua sihat ka..??

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kalian semua, mudah-mudah dan sehabis mudah dan dilimpahi berkat dan barokah Allah Taala. Mulakan dengan NIAT, sahaja AKU BEKERJA HARI INI UNTUK MENCARI REZEKI KERANA ALLAH TAALA ya

Hari ini sudah masuk 2hb Julai, ikut ILMU TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW yang sifu share, untuk bebas kewangan dah selesaikah urusan zakat di awal bulan tu...

Fauziah Kassim :
In Sha Allah sifu...
Sifu, kak nak tanya sikit.
Ada kemusykilan sikit.
Kak nak tanya duit raya yang kita beri kita kanak2 yang berkunjung ke rumah kita tu, dikira sedekah ke apa ya? 
Memang lah kita ikhlas memberi ikut kemampuan kita .
Boleh sifu beri pendapat sikit

Farihan Yahya :
Surah 2 Al-Baqarah ayat 195 berbunyi begini,

“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”

Kalau tanya sifu, Inilah jawapan sebaiknya dari Al-quran iaitu lihat setiap pemberian kita dari sudut ini sebagaimana Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa 2 perkara iaitu :-
1. Beli kesulitan hidupMu dengan sedekah
2. Pancing rezekiMu dengan sedekah

Tidak kiralah kepada sesiapa pun kita berikan. Adapun kalau nak diperhalusi siapakah yang layak untuk menerima sedekah, sila rujuk ayat ini

Surah 2 Al-Baqarah ayat 177, Firman Allah berbunyi begini

“Menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu bukanlah suatu kesempurnaan, tapi sesungguhnya yang sempurna adalah orang yang beriman kepada Allah dan kepada Nabi-Nya, serta memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, ibnu sabil, orang yang meminta-minta dan membebaskan hamba sahaya, dan mendirikan shalat serta menunaikan zakat.”

Al-quran dah JANJI, JANJI ALLAH itu PASTI
kenapa kita tak mau BERIMAN DENGAN AL-QURAN..??
kalau kita tak dapat berpegang dan beriman dengan kalamullah, macam mana dengan keTaatan RUKUN IMAN kita..?? sekular mengajar kita Taat pada Rukun Negara melebihi pada Taat pada Rukun IMAN.

Kita Akui dalam Kalimah Syahadah itu Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ikutlah kalau dah Rasulullah SAW dah kata begitu
1. Beli Kesulitan HidupMu dengan sedekah
2. Pancing rezekiMu dengan sedekah

Sesulit mana pun hidup, tak kisahlah apa jua episod kesusahan pun,
bersedekahlah
kalau kita tak ikut Rasulullah SAW, tak ikut sunnatullah
batal kalimah syahadah kita tu sebenaqnya

Bukannya selesai masalah kesulitan hidup kita pun, kalau kita duk tunding sana sini kesalahan orang lain.
relax sejenak, muhasabah diri, perbetul dan perbaiki diri

Surah 51 ayat 21, Allah berfirman

"dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"

dugaan dan cabaran hidup punca satu jer, tidak mengikut sunnatullah jer

Inilah HAKIKAT sebenar kenapa kita perlu belajar KENAL DIRI

Yang membongkar potensi diri, potensi pattern business dan kerjaya melalui kaedah metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran itu PAKAIAN LUARAN sahaja baru mempengaruhi 20% faktor kejayaan. Numbering ini seumpama signboard, di atas jalan raya, nak menuju ke sesuatu destinasi dan halatuju hidup, nak ikut pun tak pa, tak mahu ikut pun tak berdosa besar. Cuma bedanya cepat atau lambat tiba ke destinasi sahaja. 

Dalam diri kita ini sudah didesignkan 99 pola bakat dan 999 pattern business dan kerjaya dalam diri untuk dimanfaatkan sebaiknya untuk memakmurkan insan sebagai khalifah. (Ini ada dikupas detail dalam Ebook Potensi Diri Part-1, atau Click http://www.wasap.my/60105725369 untuk sebarang pertanyaan atau persoalan berkenaan Ebook.)

Analogi mudah jer,
1. benih durian, walaupun 10 tahun baru dapat makan hasilnya menunggu dengan sabar, tetap jadi durian mana mungkin jadi mentimun. faham faham

2. kalau kalian bagus dalam main bola sepak, tetiba sifu suruh pi main ping pong yang bukan bakat kalian kat situ, apa akan jadi dengan prestasinya..??

Yahudi guna ilmu metafizik ini buat GPS, yang kita duk guna hari ini..bolehlah gagah tak pakai GPS sebab sombong kan, paling kuat pun makan buang langsat dan lambat sampai kan...

Tapi yang perlu kita TAUHID kan sebab utama kenapa kita perlu cari ILMU KENAL DIRI ini adalah begini bukan numbers, numbers itu ASBAB pemudahcara sahaja :-

Surah 51 ayat 49. Firman Allah berbunyi:-

"(Dan segala sesuatu) ber-ta'alluq kepada lafal Khalaqnaa (Kami ciptakan berpasang-pasangan) yakni dari dua jenis, yaitu jenis lelaki dan wanita; ada langit dan ada bumi; ada matahari dan ada bulan; ada dataran rendah dan ada dataran tinggi, ada musim panas dan ada musim dingin, ada rasa manis dan ada rasa masam, ada gelap dan ada terang (supaya kalian berfikir) asal kata Tadzakkaruuna adalah Tatadzakkaruuna, lalu salah satu huruf Ta-nya dibuang sehingga jadilah Tadzakkaruuna. Karena itu kalian mengetahui bahwa Pencipta pasangan-pasangan itu adalah Esa, lalu kalian menyembah-Nya"

Bila kita KENAL DIRI, kita tahu ada STRENGTH (kekuatan) dan WEEKNESS (kelemahan)

Bila kita tahu kita ada kekuatan, manfaatkan sebaiknya untuk memakmurkan insan dan bersyukur kembalikan kepada Tuan Pemilik yang Haq segala kebijaksanaan itu, kekayaan itu, kecantikan itu dan sebagainya. (Inikan ada dalam doa dhuha itu) bukannya berjaya itu atas usaha aku, atas kepandaian aku, atas ilmu aku dan sebagainya. Mana mungkin kita punyai semua itu kerana nak kelip mata sendiri pun kita tak mampu. Kita ini tidak ubah seperti sarung bernyawa semata-mata.

Bila kita tahu kita ada kekurangan dan kelemahan, banyak muhasabah dan perbaiki diri, kembali bersujud pada Allah, selesaikan ikut berpandukan Al-quran dan Sunnatullah. Latihan Praktikal SOP BUKU 555 itulah kaedahnya untuk selesaikan hal ini. Bukannya kita menyalahkan takdir, tunding jari sana sini salahkan orang lain dan sebagainya. Inilah yang sifu share semalam tentang BELAJAR DARI TELUR AYAM...80% faktor kejayaan asal dari sini.

Satu kehidupan baru TELUR AYAM bermula dari dalaman, bukannya luaran. Yang mana secara normal telur ayam akan menetas dalam waktu 21 hari pengeraman (penetasan alami). Usia telur ayam menetas adalah 21 hari yang baru lahir hingga menjadi anak ayam. Kalau kita push dan paksa dari luaran pecah lah telur itu dan tidak akan ada kehidupan hari. kalau belum tiba masanya selama 21 hari. ini Fitrah kehidupan dan ketetapan Allah.

Sebab itulah warga Tribe SAFT ini mahupun di Bilik Kuliah 1 di IMQ Academy, sifu wajibkan depa buat latihan SOP Buku 555 istiqamah selama 40 hari. kenapa 40 hari tu kita biasa dengar kan..??

baik, sifu kupas numbering dari sudut ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran

40 = 4 + 5 = 9
4 (kesempurnaan) + 5 (latihan) = 9 (Success)

Dalam Al-quran, Allah berfirman dalam Surah 4 An-Nisaa ayat 5

Farihan Yahya, [02.07.17 09:49]
"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik"

Ibrah dan pengajaran dari ayat ini adalah :-
40 hari ini adalah tempoh di mana sempurna akal kita dan sudah  bersedia menerima bimbingan kerohanian direct dari Allah.
Ikut kajian ilmu human pscyhology, 40 hari adalah tempoh utk ubah SIKAP kepada RUTIN AMALAN..

Faham ka Tak Faham nie....ada persoalan setakat ini

Rata-rata warga Tribe SAFT nie PM tepi sifu, nak sifu selesaikan problem depa business tepu, sales sendu mendu, sifu jawab mudah jer, nak tau ka apa sifu jawab..??


Apa yang kalian faham tentang jawapan sifu tu, 

Jom kita exercise OTAK KANAN kita, udah-udah guna OTAK KIRI sejak kecil tu, memang itu agenda depa (Yahudi) nak kita jadi insan yang tidak ada ROH, tidak hidup bertuhan dan susah nak beriman..depa nak kita jadi follower sampai mati bukan inventor.

Agenda Yahudi ini nak kita jauh dari Tuhan nie sedari seawal persekolahan lagi,
baik sifu nak tanya, 
tulisan jawi asalnya bermula penulisannya dari mana ke mana..??
dan bagaimana pula dengan tulisan rumi yang diajar di silibus sekular tu..??

Benar itu,
Tulisan Jawi itu dari Kanan KE Kiri
Ini sunnatullah
Pada 3 bulan kehamilan, janin aktif bergerak bermula dari Kanan ke Kiri
Secara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekelian menusia juga ditulis dari kanan ke kiri. Sesuatu yang kurang elok sebenarnya pergerakan atau langkah kaki kiri. 
Kanan turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak. 
Pergerakan tawaf di kaabah adalah pergerakan dari kanan ke kiri. 
Idea barat terlalu banyak membuat hukum pergerakan yang merugikan iaitu pergerakan ke kiri. 
dan banyak lagi yang kita boleh buktikan kebenarannya..
80% kejayaan dan kecemerlangan adalah ditentukan oleh Otak Kanan
Otak Kanan adalah Otak emosional, yang berkaitan dengan EQ
dari kacamata ilmu hakikat, penggunaan Otak Kanan ini akan meningkatkan DAYA IMAN kita pada Allah

Tulisan Rumi dari Kiri ke Kanan
20% kejayaan dan kecemerlangan adalah ditentukan oleh otak kiri
Otak Kiri adalah Otak Rasional yang berkaitan dengan IQ
Nak kena Nampak bukti depan mata baru nak berIMAN
penggunaan Otak kiri ini lebih membawa kita menjadi follower sampai mati
secara halusnya sedikit demi sedikit kita lebih banyak hidup beragama daripada hidup bertuhan

Walaupun begitu, kedua belahan otak ini saling berhubungan antara satu sama lain, saling menyokong antara satu sama lain.

0 comments: