Metafizik

7 Cakra Bioplasmik (Bahagian I)

9:47 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah...Assalamualaikum dan selamat malam, dah dinner ka semua ni?
Malam nie ada apa2 yang sifu boleh bantu atau nak bertanyakan soalan..??

Waalaikumsalam sifu. Selamat malam. Boleh sifu terangkan bab warna?
Pola Ic kita macam mana boleh ada warna? Contoh bila kita pakai pakaian yang berwarna mood jadi tak ok..warna serasi dengan penampilan diri kita.

Ok, imu warna atau sifu panggil sebagai 7 Cakra Bioplasmatik ini juga satu daripada cabang ilmu metafizik.

Semuanya ini bersandarkan Al-quran ada disebut tentang warna ini, kena bawa balik semula kepada agama dan Al-quran, baru ada jawapannya.

Warna ni sebenarnya mempengaruhi kita dari segi aspek spiritual, dalam diri kita ini ada 7 cakra warna selaras dengan diri kita ini ada 7 makam nafsu iaitu Amarah, Lauhamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah dan Kamaliah..

7 cakra warna ni rujuk rajah di bawah ya.

Diri kita guna 4 warna bukan warna asas kita boleh menyebabkan diri kita marah.
Warna ungu warna penjara, betul ke?

Baik, dengar dulu penjelasan kupasan sifu tentang ilmu ini dengan bersandarkan Al-quran ya, kosongkan gelas dulu ya...sesuai dengan tribe ilmu ini adalah berkenaan dengan Mengenal Diri melalui kaedah metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al-quran...jadi kita kupas setiap ilmu metafizik di sini dengan pembuktian dalam Al-quran.

Apa yang sifu nak kongsikan tentang ilmu warna ini sifu relatekan dengan bulan Ramadhan yang baru sahaja kita lewati supaya mudah difahami ya..sebelum ini dengan bahasa yang mudah kita sebut 11 bulan yang lalu Allah beri kelonggaran kepada kita utk makan apa jua jenis makanan, untuk minum apa jua jenis minuman, dan kita boleh bersama dengan isteri masing-masing..tetapi untuk 1 tempoh iaitu untuk 30 hari di bulan ramadhan kita dihalang, dicegah dan ditegah bahkan tidak boleh sama sekali untuk makan, minum, dan juga tidak boleh sama sekali untuk bersama dengan isteri masing-masing.

Dengan kata lain, di bulan Ramadhan 30 hari ini Allah Taala nak isikan kita dengan makanan-makanan yang bersifat kebatinan & kerohanian. Makanan bagi ROH yang selama ini kita duk leka dan lalai, selama ini kita cuai. Di dalam tubuh kita manusia ini, sebenarnya apa yang dinamakan sebagai CAKRA.

Pernah dengar tak tentang istilah dan isu berkenaan CAKRA nie..??

Sebenarnya ilmu tentang cakra tubuh manusia ini adalah ilmu yang diwarisi daripada sebelah timur. Sebelum ini orang2 di barat tidak mempunyai keyakinan, dan malah lebih jauh depa tak mempercayai sama sekali tentang adanya dan wujudnya cakra di dalam tubuh manusia. 

Cakra sebenarnya merujuk kepada 1 titik pusat energy (tenaga) yang terkandung di dalam tubuh bioplasmik seorang manusia. Bila dilakukan analisis dan ujikaji serta pengembangan ilmu, maka orang2 barat mula mempercayai bahawa sememangnya wujud cakra di dalam tubuh seseorang manusia. Pengembangan ilmu pengetahuan ini ada yang datang dari sudut ilmu kedoktoran, ada yang datang dari sudut ilmu kesihatan, ada yang datang dari sudut ilmu perbidanan, ada yang datang dari sudut ilmu seni bela diri, ada yang datang dari sudut ilmu ketuhanan dan seumpamanya. Malah sebelum ini cakra ini hanya mampu dilihat oleh mata ketiga manusia atau lebih dikenali sebagai mata batin. Tetapi orang2 di barat dengan evaluasi ilmu depa lebih tinggi, mereka mencipta satu alat iaitu kod-kod yang boleh merakam kehadiran cakra di dalam tubuh manusia. 


Banyak isu dan ada yang meragui tentang salah satu cabang ilmu metafizik ini. Hari ini kalau kita pergi hospital kita belah tubuh kita, kita belah dada kita, belah mana-mana anggota tubuh badan kita, kita takkan temui apa yang dinamakan dengan cakra. Cakra yang sebenarnya adalah merujuk kepada tubuh cetak, merujuk kepada tubuh fotostat yang ada dalam tubuh manusia. Dia sama macam anggota tubuh asal kita ada kepala, ada dada, ada tangan, ada kaki dan sebagainya. Dengan bahasa yang mudah kenapa dia disebut sebagai Bioplasmik..??

BIO ini ertinya HIDUP. Memang cakra ini hidup, aura ni hidup, sumber kuasa ini hidup.
PLASMIK ini merujuk kepada plasma. Tetapi plasma di sini bukan pengajian kita tentang ilmu sains di sekolah menengah dulu, macam plasma darah. Tetapi plasma di sini merujuk kepada tahap keempat pengajian ilmu sains tentang unsur dan kejadian manusia. Selain daripada plasma kita belajar tentang gas, kita belajar tentang cecair, kita belajar tentang kepadatan. Yang ini sifu explain kemudian bagi memahami apa yang dinamakan dengan lebih detail sebagai cakra.

Sebenarnya cakra ini wujud untuk menyerap energi-energi hidup dan kuasa dari alam semesta. Sebenarnya cakra ini bila dia berfungsi dengan baik inilah yang akan keluar hari ini kita namakan sebagai AURA.

Pernah dengaq ka AURA nie..?? Apa yang kalian faham?

0 comments: