Metafizik

Seni menjaga hubungan dengan menerapkan prinsip 5 element

10:44 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Malam ni, sifu nak share beberapa topik :

1. SENI MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DENGAN MENERAPKAN PRINSIP 5 ELEMENT
2. SENIBINA WANG POWER
3. ILMU TANGAN GHAIB
4. Ikutlah apa yang nak tanya

Mana satu pilihan Qalbu..??
Kita lihat majoriti ya...

Baik, ikut majoriti undian, malam ni kita isi masa lapang dengan Tajuk no.1 boleh..

SENI MENJAGA HUBUNGAN DENGAN MENERAPKAN PRINSIP 5 ELEMENT

Kod Asas Diri berteraskan 5 elemen

1 & 6 - Besi / NLP Kinestatik / Brain Colour Merah / SQ
2 & 7 - Air / NLP Visual / Brain Colour Biru / EQ
3 & 8 - Api / NLP Audio / Brain Colour Hijau / FQ
4 & 9 - Kayu / NLP Digital / Brain Colour Purple / IQ
5 & 0 - Flexible

Elemen Kayu melambangkan kebajikan, dan kreativiti. Api mempengaruhi inteligensi, memiliki ciri khas layaknya api; berani, berambisi, pemerah dan terkadang kejam, biasanya cerah dan cerdas. Orang yang berelemen Tanah lebih stabil dalam mengawal emosi dan sifatnya, tampak pendiam, tenang, berhati-hati, sekalipun kadang sedikit santai.

Elemen Logam dalam diri manusia sangat berperanan dalam menjadikan manusia yang cakap dan tajam dalam berkomunikasi, punya rasa ingin tahu yang besar. Agresif dan percaya diri. Air mempunyai kepribadian yang fleksibel dan mampu beradaptasi pada keadaan sekitar serta mampu bertahan dalam berbagai cubaan hidup, terutama bersangkutan dengan kewangan dan kerjaya, hanya kurang memiliki prinsip dan agak opportunis.

Kayu menyokong api, kerana kayu adalah bahan bakar, tetapi kalau api rosak/lemah, kayu merosakkan tanah. Api menyokong tanah seperti abu menggemburkan tanah, tetapi kalau tanah lemah/tak sempurna, api dapat merosak logam. Tanah menyokong logam seperti halnya mineral di tanah dalam bentuk biji logam, tetapi kalau logam tak sempurna/lemah, tanah akan merosak air.

Logam menyokong air, tetapi kalau air tak sempurna/lemah, logam dapat merosak kayu. Air menyokong tumbuhan (kayu), tetapi kalau kayu rosak/lemah, air akan merosak api.

Setiap Elemen Dapat saling menguntungkan atau sebaliknya, oleh sebab itu dalam membina hubungan sesama manusia perlu mempertimbangkan aspek-aspek tersebut.

Anda harus segera sedar, peka, belajar dan ambil tahu sedikit sebanyak tentang kaedah metafizik iaitu kewujudan unsur/elemen di mana ia juga ada memainkan peranan penting dalam menghadapi arus kehidupan dalam mengetahui keserasian/keharmonian mahupun perselisihan serta sesuatu kejayaan dan kehidupan seseorang individu itu.

Berapa ramai dah tahu coding Asas diri masing-masing?

Kod asas 9
Kod asas 5
Kod asas 4
Kod asas 3

Contoh :
Kalau Coding Asas Diri - 4
Unsur Kayu
KAYU menyokong Api
KAYU disokong oleh Air

KAYU mengawal Tanah
KAYU dikawal oleh Besi

Masing2 cuba kira sendiri punya
Lepas ini sifu kupas pula tentang Elemen Api, Air, Angin dan Tanag melalui pembuktian melalui Al-quran pula...

Yang lain mcm mana..???

Kod asas No 3
Saya 9 Sifu sama Dengan 4
No 7
Saya 9, Asben 7

Contoh :
Coding Asas Diri - 3
Unsur Api
API menyokong Tanah
API disokong oleh Kayu

API mengawal besi
API dikawal oleh Air

Contoh :
Coding Asas Diri - 7
Unsur Air
AIR menyokong Kayu
AIR disokong Besi

AIR mengawal Api
AIR dikawal oleh Tanah

Kan meriah hidup tu, Metafizik ini empangan ilmu. Di dalamnya ada pecahan ilmu iaitu NLP, MindPower, Fingerprint, Aura, Numbering, DISC, Brain Colour, Birds semuanya ada di sini....harap bersabar.

Kalau dulu orang kata Wright Brother gila sebab cipta kapal terbang, tapi sekarang kalau takder kapal terbang susah jugek kita kan sekarang.

Sekarang kalian belajar ilmu metafizik depa kata giler dan sesat, trust me give me another 10 years semua akan guna metafizik numbering nie sepertimana FB gunakan algorithma numbering yang berubah setiap masa...kuasai ilmu ini sampai expert..pada waktu itu nilai kalian sudah mahal..

Pengakhiran hidup manusia nak mencari diri, pegang rapat rapat..kenal diri kenal tuhan.

Jom, kita kupas dan kaitkan dengan elemen dan unsur ini ikut Al-quran pula ya boleh boleh...

MENGENAL 4 ANASIR/UNSUR (API, ANGIN, AIR, TANAH) YG ADA PADA DIRI MANUSIA

Diri kita terdiri dari sesuatu yang kelihatan (jasad) atau dalam istilah komputer disebut Hardware, dan sesuatu yang tidak kelihatan (Software).

Jasad manusia memiliki (mengandung) 4 anasir atau 4 unsur iaitu :
1. Api
2. Udara
3. Air
4. Tanah

1. Unsur Api
QS. Al Baqarah (2) : 24.
Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
.
Dari ayat diatas dapat diambil kesimpulan bahawa jasad manusia mengandung unsur api, karena isi neraka adalah serba panas (serba api) yang bahan bakarnya dari batu dan orang kafir.
.
Selain itu setiap makanan yang kita makan jika prosesnya dimasak dulu tentu pasti menggunakan api.
Contohnya memasak sayuran, nasi dan lain-lain tentu menggunakan api. Dengan demikian makanan yang kita makan tersebut mengandung anasir api.
.
Anasir/unsur api tidak dapat berdiri sendiri, dia untuk bisa hidup perlu anasir lain iaitu anasir angin/udara (oksigen).

2. Unsur udara/angin
QS.Shaad (38) : 71-72
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya."
.
Sebahagian ayat diatas terdapat kalimat ".............dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku.............."
Dari ayat diatas terdapat sebuah kata yg perlu digaris bawahi, yaitu kata "tiup" . Tiup biasanya ada hubungannya dengan angin. (Wa Allahu 'alam bissawab, hanya Allah SWT saja yang Maha Tahu tafsir ayat diatas). Di sini terlebih dahulu sifu mohon ampun kepada Allah SWT dan minta maaf kepada para pembaca jika penafsiran/pemahaman sifu tentang "tiup" di atas ternyata salah.
.
Selain itu sesuatu yang hidup (manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan) tentu akan menghasilkan udara (mungkin Oksigen atau CO2). Kita juga memerlukan udara (oksigen) untuk bernafas. Ini berarti tubuh kita juga mengandungi anasir angin/udara.

3. Unsur Air
QS.Al Furqaan (25) : 54.
Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa.
.
Yang dimaksud air tersebut adalah air mani yang mana air mani itu salah satunya mengandung unsur air.
.
Selain itu badan kita juga mengandung 60% air, darah mengandung 90% air, makanan kita juga mengandung air. Itu semua artinya bahwa jasad kita mengandung anasir air atau unsur air.

4. Unsur Tanah.
QS.Shaad (38) : 71-72
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya."
.
Yang dimaksud manusia pada ayat diatas adalah Nabi Adam AS. Selanjutnya unsur tanah tersebut diturunkan ke anak cucu Nabi Adam. Selain itu makanan yang kita makan sebetulnya adalah berasal dari tanah (saripati tanah). Dengan demikian berarti bahwa badan/jasad kita mengandung tanah.

Empat Unsur Api, Angin, Air, Tanah dan kaitannya dengan 4 Peringkat Nafsu iaitu
Nafsu Amarah, Lahwamah, Mulhamah & Mutmainah

JENIS-JENIS NAFSU

1. NAFSU AMARAH
Nafsu amarah disebut juga EGO/KEAKUAN adalah nafsu yang paling rendah darjatnya di sisi Allah, paling buruk dan paling jahat tingkatannya dibandingkan dengan nafsu-nafsu yang lainnya. Peringkat nafsu ini adalah seumpama berada di neraka yang paling bawah. Bahkan ada yang mengatakan nafsu/ego ini lebih kejam dari pada 70 sifat syaitan.
.
Nafsu ini sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana  sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”. (Surah Yusof ayat 53)
.
Nafsu amarah secara bawaan lahir menempati lapisan pembungkus terluar sebagai pembungkus hati nurani dan cahaya nafsu ini berwarna merah. Karena menempati lapisan terluar maka nafsu ini biasanya lebih cepat responnya kalau ada apa-apa dibanding dengan jenis nafsu yang lainnya. Contohnya, cepat benar bila kita nak sebarkan fitnah.
.
Nafsu amarah ini berasal dari unsur saripati api, sama dengan jin yang juga diciptakan dari unsur api. Disini ada kesamaan unsur antara pembuatan manusia dengan pembuatan jin yaitu sama sama mengandung unsur api.
Karena berasal dari unsur api tentu nafsu ini juga akan membawa/mewarisi sifat-sifat dari api itu sendiri.
Sifat-sifat dari api antara lain adalah:
.
Api bersifat panas = Pada diri manusia nafsu ini selalu akan membangkitkan rasa panas/emosi/marah-marah melulu/temperament, mudah tersinggung, ingin bergaduh, suka buat jengkel orang lain dan suka jengkel kepada orang lain, suka memecah belah persatuan, memfitnah, mengadu domba, dalam skala negara ingin perang/menjajah/menguasai negara lain, dan lain sebagainya.
.
Api berwarna merah = Pada saat diri manusia dikuasai oleh nafsu ini biasanya raut mukanya berwarna merah, telinga juga merah, jantung berdetak kencang (nafsu amarah ini memang ada hubungannya dengan jantung manusia).
.
Api selalu mengambil posisi berdiri tegak ke atas menantang, tidak ada api menyala kearah bawah atau ke samping. Jika nyala api diarahkan ke samping atau ke bawah tentu ujung api tersebut tetap akan berusaha pada posisi berdiri = Jika manusia sedang dikuasai oleh nafsu api amarah ini maka pada diri manusia tersebut akan mempunyai sifat sombong, tidak mahu menerima kebenaran seperti sifat Iblis, selalu berprasangka buruk terhadap orang lain, merasa paling benar sendiri, paling suci sendiri,. Padahal sombong adalah pakaian Allah SWT bukan pakaian manusia atau makhluk.
.
Namun demikian bukan berarti kita sebagai manusia tidak memerlukan nafsu amarah. Sebagai manusia kita tetap harus punya amarah, tetapi amarah yang dibolehkan menurut ajaran Islam. Bercita-cita untuk maju itu nafsu amarah, bercita-cita untuk naik pangkat  dalam pekerjaannya itu juga nafsu amarah, bercita-cita untuk selalu menang dalam suatu persaingan dalam bidang apapun itu juga salah satu sifat nafsu amarah, dan lain-lain.
.
Kalau manusia tidak punya nafsu amarah maka berarti dia bukan manusia, mungkin malaikat. Jadi intinya nafsu amarah itu harus tetap ada pada diri manusia, Cuma kitanya saja yg harus pandai-pandai mengendalikan hawa amarah yang ditimbulkan oleh nafsu amarah itu.
.
Nafsu amarah ini adalah nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak mengalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.
 .
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.
 .
Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah. Andai berada di peringkat Nafsu ini, cepat-cepatlah kita beredar keluar dari sini..

WaAllahu’alam bissowab.

Yang lain, kita sambung esok pula ya....Selamat Malam semua

0 comments: