Metafizik

Hidup Bertuhan menenangkan jiwa

8:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


HIDUP BERTUHAN MENENANGKAN JIWA

Mulai hari ini, saya akan menulis artikel untuk membawa kita semua mempunyai JIWA SUPER.
Mengapa mesti jiwa super..?
Perlu sangat ka jiwa super nie..??
Baik, persoalan yang wujud adalah, adakah jiwa tenang jika fikiran tenang?
Atau fikiran tenang kalau jiwa tenang?
.
Firman Allah dalam Surah 13 ayat 28,
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."

Kalau ini kita semua sudah didesignkan sebegitu oleh Allah SWT seperti dalam Surah 13 ayat 28 di atas, atas alasan apa lagi untuk kita menidakkan kebenaran Al-quran. Jelas dan terang benderang, andai jiwa kita tidak tenang & tenteram, itu maknanya TUHAN TIDAK ADA DALAM HATI KITA dalam erti kata yang sebenar.
.
Fikiran tidak dapat mengawal jiwa. Maka jika fikiran tenang, jiwa tidak tentu tenang.
Tetapi, jiwa adalah punca ketenangan abadi. Jika jiwa tenang, bukan hanya fikiran akan turut tenang malah segala jasad dan rohani akan menjadi tenang.
Inilah yang dikatakan JIWA SUPER.
Persoalannya bagaimana ingin menjadikan jiwa kita adalah JIWA YANG SUPER?
.
Ikut ilmu MSP, saya orang Berkod Asas Diri 4,
Ikut ilmu BRAIN COLOUR, saya berotak yang berwarna Purple yang sangat gilakan dan mempunyai keterujaan yang tinggi terhadap ilmu,
Ikut ilmu NLP, saya berpattern Digital yang sangat memerlukan fakta, pembuktian, analisis, info untuk mengukuhkan statement dan pemahaman saya terhadap sesuatu ilmu.
.
Sejak di bangku sekolah lagi hingga ke saat ini saya banyak pergi ke kursus-kursus motivasi.
Jangan dikiralah berapa banyak kerana tidak mampu dikira.
Saya adalah orang yang paling suka pergi ke kursus, seminar, bengkel atau apa jua aktiviti yang melibatkan peningkatan kualiti diri dan hidup.
Saya terus mencari dan mencari.
.
Awal tahun 2010 saya mula mengkaji keupayaan otak. Kerana pada waktu itu saya percaya otak merupakan anugerah Allah yang amat hebat untuk manusia. Kerana dengan otak manusia ini, manusia mampu berfikir dengan hebat.
.
Tetapi saya masih gagal berjumpa kaedah yang betul.
Kita selalu melihat dan membaca rahsia orang yang berjaya dan hebat untuk menjadi hebat.
Namun kita seringkali gagal juga. Kenapa?
Kerana perjalanan mereka adalah tidak sama dengan perjalanan kita.
Kita mungkin boleh meniru cara mereka namun semangat dan ketenangan yang mereka perolehi tidak mampu dipindahkan kepada kita.
.
Saya banyak membeli buku-buku dan juga VCD- VCD berkenaan dengan konsep brain frequency. Beribu-ribu saya habiskan duit untuk mengikuti kursus melalui online dan membaca kaedah-kaedah yang diberikan. Namun saya masih juga gagal walaupun dapat pemahaman jelas tentang kuasa minda ini. Kami gagal kerana persoalan BAGAIMANA melakukannya tidak jelas. Sehinggalah dalam proses mendalami ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al-quran ini, terjawablah segala persoalan kehidupan.
.
Contoh.
Kita perlu berfikiran positif. Berapa juta kali kita mendengarnya? Banyak kali kan.
Namun kita tidak pernah diceritakan BAGAIMANA untuk berfikir dengan positif.
Kalau kita paksa, ia bukan lagi dari jiwa.
Maka ia akan gagal kerana paksaan menyebabkan fikiran dan jiwa bercakaran lantas tidak mampu mewujudkan ketenangan.
Namun hasil daripada belajar tentang brain frequency, saya mula terfikir dan memahami konsep sebenar. Oleh kerana VCD dan kursus tersebut dihasilkan oleh orang bukan Islam, maka saya yakin tentu Islam juga ada menyatakan hal konsep brain frequency ini.
.
Akhirnya saya kembali kepada konsep keTuhanan. Saya banyak belajar dengan konsep Hidup BerTuhan. Alhamdulillah, dengan ilmu yang dipelajari sebelum ini di tambah dengan konsep hidup BerTuhan dan pengalaman ilmu RASA, saya dapat menyelesaikan banyak masalah yang terbuku di fikiran saya selama ini.
.
Ikutilah apa jua kisah yang saya ingin kongsikan bersama berkenaan dengan JIWA SUPER yang dihasilkan berlandaskan Hidup BerTuhan. Fahami bagaimana mewujudkan rasa cinta dan sayang kepada Allah dengan rasa yang sebenar-benarnya. Jika kita menyebut nama Allah tetapi tidak berdebar (bukan bergetar) hati dan diri kita, maka kita belum lagi sampai ke tahap cinta dan sayang pada Allah apatah lagi beriman dengan sebenar- benarnya.
.
Di sini, di tribe SAFT ini Saya bukan mengajar anda jauh lagi nak menggurui, tetapi hanya sekadar berkongsi ilmu yang saya miliki dengan kefahaman dengan izin Allah. Mudah- mudahan ia dapat dimanafaatkan oleh semua orang dan semua orang dapat memahami dengan jelas konsep Hidup BerTuhan. Saya bukan ustaz di sini. Jadi konsep ini berdasarkan sains metafizik dalam Islam. Usaha ini hanyalah sekadar mencari REDHA Allah dalam kehidupan dan passive income kekal abadi.
.
RAMAI DARIPADA KITA MAMPU HIDUP BERAGAMA, TAPI TIDAK MAMPU UNTUK HIDUP BERTUHAN
inilah perjuangan, dan big "WHY" kenapa saya so "Passionate" berkongsi ilmu di sini.
.
Semoga bermanfaat untuk semua...

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: