Metafizik

Fasa bangkit ~ belajar daripada telur ayam

11:07 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Ini Ilham sifu terima direct dalam Fasa BANGKIT suatu ketika dulu, bila pegang sebiji TELUR AYAM

Belajar daripada TELUR AYAM,

Bagaimana Dunia dan Kekuatan dalaman mempengaruhi kejayaan sebenar.

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.
Tetapi, jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.
hakikatnya utk BANGKIT dengan KEHIDUPAN BARU bermula dari dunia dalaman, itulah intipati SOP BUKU 555

Jadi hal-hal besar selalu dimulai dari dalam bukan dari luar. Mulakan dengan pembanguna dunia dalaman, atau rohani.. Inilah wasilah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...
Bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan...
Jawapan disetiap doa..

Jangan pernah menyerah..
Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan, maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan, maka hadapilah..
Jika hidup adalah anugerah, maka terimalah..
Jika hidup adalah tugas, maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita, maka capailah..
Jika hidup adalah kesempatan, maka ambillah..
Jika hidup adalah qasidah, maka nasyidkanlah..
Jika hidup adalah teka-teki, maka pecahkanlah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah putus asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah usaha.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah doa.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini.

Inilah sifu namakan HUKUM 80/20
80% faktor kejayaan adalah bermula dari dunia dalaman, bangunkan kerohanian. Yang hidup itu yang di dalam bukan yang di luar. Tribe sifu ni mahupun di akademi sifu didik depa dengan SOP buku 555.

20% faktor kejayaan adalah bermula dari dunia luaran, itulah dia ilmu dunia, teknikal, fundamental, pelbagai skills. Gunanya ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik itu sendiri sebagai pemudah cara, jalan ikhtiar survival hidup. Begitulah juga kita belajar ilmu FB marketing dan sebagainya itu juga, kaedah ikhtiar dan asbab musabab jangan sampai kita bertuhankan selain Allah.


Sifu selalu share kan, bab TAUHID ini pasangannya SYARIAT, FEKAH
Tidak terpisah antara keduanya.
Ilmu sekular sedari awal sistem pendidikan sudah memisahkan agama dengan kehidupan
seumpama pisahkan ROH dengan JASAD.
Maka kita jadilah ZOMBIE, tidak ketahuan hidupnya, TIDAK ADA ROH dalam JIWA
TIDAK ADA TUHAN dalam JIWA.
TAUHID ini bukan ilmu, ianya satu perjalanan ilmu RASA dan KEROHANIAN.
Allah sesekali tidak akan uji IMAN & TAUHID setiap hambanya dengan ILMU.
Tapi dengan pelbagai nikmat ujian RASA.
RASA suka, duka, pahit, manis, bangga, hina, puji, kutuk dan sebagainya.

Kena faham beda antara ilmu SYARIAT @ FEKAH vs TAUHID @ HAKIKAT supaya mulai saat ini bawa seiring, jangan dipisahkan lagi.
RAMAI ORANG MAMPU HIDUP BERAGAMA TAPI AMAT SEDIKIT MAMPU HIDUP BERTUHAN.
Ilmu SYARIAT @ FEKAH menentukan amalan kita SAH @ BATAL.
Ilmu TAUHID @ HAKIKAT menentukan amalan kita DITERIMA @ TIDAK DITERIMA oleh ALLAH
andai dipisahkan maka "SAHAJA-SAHAJA"
Sekadar penat dan lelah sahaja.



'

0 comments: