Metafizik

Berbisness Gaya Otak Kanan vs Otak Kiri

3:26 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Baik, disebabkan di tribe SAFT ini sifu yakin ramai orang business, it doesnt matter OFFLINE or ONLINE..
Nak sifu share bagaimana tukar daripada GAYA BERBISNESS CARA KIRI kepada GAYA BERBISNESS GAYA KANAN..??

Bismillah..

BERBISNESS GAYA OTAK KANAN vs OTAK KIRI

Beginilah berbisness Gaya Otak Kiri
1. Mementingkan kelayakan
2. Terlalu memikirkan pesaing
3. Kena kuasai Teknik dulu
4. Kena kumpul modal dulu
5. Kena cari lokasi
6. Kena cari pekerja
7. Kena cari peralatan secukupnya
8. Memulakan perniagaan
9. Memasarkan produk
10. Kalau berhasil, ada lebihan baru nak bersedekah dan berzakat selepas settle semua hutan

Padahal bukan begitu yang diajarkan oleh otak kanan. 
Maksimakan @ Manfaatkan sepenuhnya SOP Buku 555
Cukup sedekah, memasarkan produk, dan memulakan perniagaan.
Selesai! Yang lainnya akan menyusul. Jadi jauh lebih cepat, jauh lebih berhemat, dan tepat sasaran

Beginilah kisahnya berbisness gaya Otak Kana..(Bisness Online)
1. Tiada kelulusan yang tinggi
2. Tidak tahu siapa pesaingnya
3. Tidak menguasai teknik atau kaedah, yang memerlukan latar belakang ilmu teknik yang PENTING jaga connection WIFI kita dengan Allah melalui SOP Buku 555 contoh dengan istiqamah amalan tahajjud, dhuha, zakat, sedekah, zikir Ya Fattah & Ya Razzaq dsb.
4. Tiada Modal, buat dropship
5. Tidak mempunyai pengalaman 
6. Tiada pekerja
7. Tiada Peralatan
8. Tiada simpanan, padahal diajarkan jika ingin berbisness, secara minima kita perlu ada simpanan 6 bulan gaji, jika business tak menjadi, masih ada dana kecemasan

Begini Strategi Berbisness Gaya Otak Kanan

1. Memberi sedekah dan meminta pasangan hidup dan ibu bapa untuk mendoakan kita.
2. Memanfaatkan silaturrahim yang ada contohnya silaturrahim di tribe ini. Silaturrahim juga merupakan kunci rezeki. Mungkin ada kawan-kawan dalam tribe ini ada produk yang cukup bagus dan menawarkan harga yang murah dan bisness tanpa modal.
3. Manfaatkan lagi tali silaturrahim, mendapatkan mentor, pakar, gambar dan teknikal, ruang dan peluang.
4. Melakukan pemasaran dengan hanya bermodalkan katalog, as a dropshippers, yang berminat melalui kita boleh buat ordering, dan kemudian pass ke owner business untuk selesaikan proses pembelian yang seterusnya.
5. Bersepakat berunding harga dengan supplier yang bagus2.
6. Daftar SSM Syarikat, buka current account syarikat, pastikan akaun cantik minimun 6-12 bulan untuk mendapatkan credit faciliti atau dengan bermodalkan pinjaman bank. Bank takkan layan akaun saving.
7. Bila untung, sedekah, bayar zakat, setiap bulan, mulakan pembangunan semula.

Jadi tiada alasan sebenarnya untuk tidak memulakan bisness kerana tiada modal, kerana sesungguhnya modal yang paling utama adalah MODAL DIRI SENDIRI..kita tak mungkin dapat mengubah dasar ekonomi negara, tapi kita mampu untuk mengubah dasar ekonomi di minda kita kan. Tidak perlu banyak berfikir yang penting ACTION. Soal di sini malas dengan rajin jer kan...satu lagi kurang yakin dengan Tuhan bab rezeki nie.

Tips Berbisness 
"Kalau mahu berbisness, otaknya diletakkan di lutut, kalau otaknya diletakkan di kepala, banyak berfikir sampai bisness satu apa pun tak buat, bisness pun tak menjadi."

Dengan kekuatan otak kanan ditambah dengan kecepatan dan kekuatan impian. In Sya Allah dalam masa 14 hari dari hari ini sudah boleh memulakan bisness. Kenapa kita menggunakan Lorong Kanan di highway..??

Pantas dengan kanan ini ertinya dahulukan pola pemikiran kanan dalam kehidupan, karier, dan business sesuai dengan peraturan lalu lintas yang tertulis "Gunakan lorong di kanan untuk memotong"

Otak kanan ini adalah sunnatullah seumpama mata air yang mengalirkan anak-anak sungai yang bernama kreativiti, intuisi dan imaginasi. Jika kita latih diri kita menjadi Orang Kanan akan membuatkan kita menjadi sebutir permata di tengah-tengah kumpulan batu karang. Beranikan diri untuk mencuba hal-hal yang baru, selagi tidak bertentangan dengan hukum dan agama. Gunakan kekuatan otak kanan untuk memahami FAST QUADRANT yang selalu sifu share di sini seperti pelaburan langit, ilmu tangan ghaib dan sebagainya itu. SOP Buku 555 itulah LATIHAN PRAKTIKAL UNTUK MENJADI ORANG KANAN. Kita usah sombong dengan Tuhan walau kita bersuamikan dengan jutawan..Semua dari Allah itu, kalau DIA nak amik, sekelip mata jer..dah Hak dia, ikut suka DIA lah nak amik macam mana dan bila dan ketikanya..

Ini dibenarkan oleh Al-quran dalam Surah 72 Al-Jinn ayat 16 yang berbunyi,
"Dan bahawasanya: Jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam) dengan penuh Iman dan taqwa, benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)."

Ibrah dan pengajaran di sini ialah, ada 3 Key Point di situ iaitu :-
1. Berjalan lurus di atas agama - Bertindak atas bakat dan potensi kurniaan Ilahi selagi tidak bercanggah dengan hukum dan agama

2. Dengan Iman & Taqwa - Iman ini Otak Kanan, Iman ini lah perlu KEYAKINAN, lihat pada 6 Rukun Iman itu sendiri. Taqwa itu Berserah secara total kepada Allah yang Maha Mengatur segala2nya.

3. Akan diberikan air hujan yang lebat - rezeki yang melimpah ruah dan jalan tidak disangka-sangka

Faham ka Tak Faham nie, belajar sesuatu..??

0 comments: