Metafizik

Memahami bacaan yang luas & kitaran secara mendalam

5:39 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat petang...

Sifu..boleh saya tau beza no ic dan belakang no ic?

MEMAHAMI BACAAN YANG LUAS & KITARAN SECARA MENDALAM

Tarikh lahir biasa:
Watak dan karekter overall puluhan ribu manusia lahir setiap hari. Kita tak pilih tarikh lahir untuk dilahir tapi sudah ditakdirkan. Overall paten analisis.

Dalaman Tarikh Lahir:
Paten impian dan siapa dimudahkan urusan maka dia bertuah. Jatuh naik sehingga menjumpai diri sendiri kebiasannya pada average 40 tahun. Semoga Allah buka hidayah kita semua. Semuanya bermula dengan Iqra'. Belajar pelbagai bidang jika berpeluang.

4 digit IC:
Sesetengah orang didaftarkan lewat dan tarikh lewat sebab zaman PerangJepun dulu. Cuma no ic sahaja sebagai paten analisis sosiologi di negara tersebut. Baik kerjaya, bidang Industri dan hal kemanusiaan yang lain.

Waktu lahir:
Kitaran perubahan landasan siang dan malam mengikut bulan. Membentuk zon kitaran dan energy alam. Seterusnya membentuk karekter manusia ditambah gen kedua ibubapa.

Kitaran Hijrah:
Harian Jumat sampai Khamis membentuk zon turun naik manusia secara aturan perbulanan dan nombor harian.

Seeloknya bacaan mesti melalui semua analisis semua di atas belum dikira gen ibubapa kiri dan kanan pola manusia.

Pasti semua di atas selari. Itu yang terbaik dan ketepatan membaca 16 digit sekaligus. Ditambah wajah dan bahasa tubuh manusia. Pelbagai gaya bahasa, code bentuk muka dan cara berjalan dan aras belakang manusia. Kaki manusia menunjukkan keturunan dan keluarga. Banyak lagi penelitian yang perlu dipelajari jika ingin menjadi Pendidik Kemanusiaan dalam MSP. Ini hanya serba sedikit asas melalui Tahap Mengenal Diri Sendiri. Ke arah menjadi Insan baik dan hambaNya. Bidang lain Sifu share di lain hari. In Sha Allah.

Cuba snap yang dah dikira dalam ebook tu, hantaq mai sini.
Kita sama-sama selesaikan apa yang patut.


'Aishah :
Ini pengiraan dari tarikh lahir.
Ic 610104015804

Azza halim :

'Aishah :
Pola Indeks dalam Ebook Potensi Diri Part-1 

415 - motivator, penceramah, seminar & ilmu, kemanusiaan & kebajikan.

178 - Jualan langsung, networking, Trader emas & kewangan, Politik, Pemasaran, Perunding Takaful & Pelaburan.

696 - Usahawan pelbagai bidang, kewangan & pelaburan, agen dll.

966 - Perkilangan & industri besi, perabot mewah, industri pembankan & kewangan.

339 - Perniagaan jenis ulangan, peruncitan & borongan, jahitan, kimpalan, pembuatan, perabot, industri asas tani, kontraktor, pelaburan dll.

156 - Motivator, pengurusan event, perkhidmatan sewaan & logistik, seminar, perancang kewangan, pengangkutan dll

456 - Pembankan, perakaunan & audit, analisis & perunding pelbagai bidang.

Farihan Yahya :
Kod Asas Diri Puan Aishah adalah, ini bermakna
4 - Unsur Kayu ikut ilmu MSP, Brain Colour Processor adalah Purple ikut ilmu Brain Colour yang sangat dahagakan ilmu, sarat dengan info, Digital ikut ilmu NLP yang sangat attention to details dalam sesuatu perkara.

Mostly human pattern coding asas 4 ini adalah benih dia dalam industri pendidikan seperti cikgu, lecturer, motivator, trainer, speaker, consultant dan sebagainya. Lihat pattern coding 3 digit di atas ada 415, 178, 156 semua berkisar tentang ini.

Benih durian, walaupun kita sabar menunggu buah dia masak selama 10 tahun baru boleh nikmatinya tetap akan jadi DURIAN..mana mungkin akan jadi mentimun...

Kod Asas Diri 4, solusi nak selesaikan issue kewangan adalah :
4 (Kod Asas Diri) + 2 (strength suara) = 6 (kewangan)
maksudnya nak atau tak nak, benci ka kena keluar memakmurkan insan dalam platform ilmu seperti consultant, trainer dan sebagainya.

Barangkali, kita tak suka, ini jawapan dari Allah dalam Al-quran dalam Surah 2 ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Dan semua yang berkoding asas 4 akan mempunyai pattern pola yang sama, jap sifu kongsikan ya.


Dalam IMQ Academy juga ulangkaji Pattern Pola Berkod Asas Diri 4 milik Izuwan akan mempunyai pattern pola business dan kerjaya yang sama iaitu 178, 145, 696, 156.

Dan sifu sendiri berkod Asas 4 juga mempunyai pola 178, 145, 696, 156 juga.

Mudahnya sifu nak bagitahu di sini,
Dalam kisah-kisah dalam Al-quran, ada cerita kita
Dalam cerita kita, ada cerita orang yang lain.
Duplicate

Bila dah duplikasi, kan mudah sahaja follow jer step, tiruvasi dan upgrade bila pattern sama.
Allah kata KUN sekali jer, terus FAYAKUN
Kita jer KUN_KUN_KUN tak FAYAKUN sampai ke sudah
Itu namanya BERIMAN DENGAN QADA dan QADAR
Qada - itu ketentuan Allah sejak azali
Qadar - itulah sejauh mana kita beriman mengikut nisbah sunnatullah

Berbalik semula kepada NIAT sebenar kenapa kita perlu belajar ilmu MENGENAL DIRI sepertimana dianjurkan dalam Al-quran dalam Surah 51 ayat 49 iaitu :-

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

Bila kita sebut berpasang-pasangan itu,
Ada lelaki ada perempuan
Ada kulit ada isi
Ada siang ada malam
Ada sihat ada sakit
Ada KEKUATAN ada KELEMAHAN

Bila kita kenal diri, tahu kekuatan, kena bawa balik dan bersyukur kepada Allah. Kena nampak Allah di sebalik sesuatu itu. Jangan sombong dan penuh keberadaan diri. Inilah kategori hamba Allah yang bersyukur

Bila kita kenal diri, tahu ada kelemahan, kena banyak muhasabah dan perbaiki diri, SOP BUKU 555 itulah praktikal amalinya. Dan bukannya menunding jari menyalahkan orang lain. Kena balik pada diri sendiri jugak barulah akan hadir jiwa yang tenang sepertimana yang Allah beritahu dalam Surah 51 ayat 21

"dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"

'Aishah :
In Sha Allah, faham. Alhamdullilah, terima kasih ya Allah dapat sharing ilmu daripada Sifu.
Semoga Allah bagi kesihatan baik & mudahkan urusan sifu. Aamiin

0 comments: