Metafizik

Rahsia di sebalik Solat Dhuha yang wajib anda tahu!

9:16 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


RAHSIA DI SEBALIK SOLAT DHUHA YANG WAJIB ANDA TAHU!
.
.
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dapat dilakukan ketika matahari sudah mulai naik sepenggalah (sekitar pukul 7 pagi) hingga matahari mulai tergelincir (saat memasuki waktu dzuhur). Namun ada waktu yang paling tepat untuk melakukan solat dhuha iaitu ketika matahari sudah agak tinggi dan panas agak terik.
.
Ibadah ini sangat dianjurkan untuk dikerjakan karena memiliki beberapa keutamaan-keutamaan yang sangat bermanfaat bagi yang melakukannya. Untuk itu mulai dari sekarang, rajin-rajinlah melaksanakan solat dhuha walaupun hanya sebanyak 2 rakaat kerana meskipun hanya 2 rakaat namun memiliki manfaat yang sangat luar biasa. Di antara sekian banyak keutamaan-keutamaan solat dhuha, berikut ini beberapa di antaranya:
.
.
MERUPAKAN SALAH SATU WASIAT RASULULLAH SAW
.
Solat dhuha merupakan salah satu wasiat Nabi Muhammad SAW kepada kita semua. Rasulullah pernah berwasiat bahwa kita dianjurkan untuk melakukan solat dhuha, minimal 2 rakaat setiap harinya. Dalam sebuah hadis, berikut wasiat Rasulullah tersebut:
.
Dari Abu Hurairah, beliau berkata, “Kekasihku (Nabi Muhammad) mewasiatkan kepadaku untuk berpuasa tiga hari dalam tiap bulan, melakukan dua rakaat solat dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” [HR. Bukhari dan Muslim]
.
Hadis di atas menegaskan bahwa Rasulullah sangat menganjurkan kita untuk melakukan solat dhuha meskipun hanya 2 rakaat, padahal kita tahu bahwa setiap yang Rasulullah perintahkan kepada kita pasti memiliki manfaat dan kebaikan di dalamnya.
.
.
SEBAGAI PENGGANTI SEDEKAH
.
Dalam Islam, kita diwajibkan untuk saling tolong-menolong dalam kebaikan dan salah satu caranya adalah dengan cara bersedekah. Setiap hari, kita diwajibkan untuk bersedekah. Bersedekah sendiri tidak harus memberi sesuatu kepada orang lain, kerana dalam Islam bersedekah dapat dilakukan dengan berbagai cara. Dan salah satu cara untuk mendapatkan pahala sedekah adalah dengan cara melakukan solat dhuha dua rakaat.
.
Dan hal ini juga dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah sebagai berikut, diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah bersabda,
.
“Pada pagi hari, setiap persendian salah seorang dari kalian wajib bersedekah; setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh berbuat baik adalah sedekah, melarang dari yang mungkar adalah sedekah, dan itu semua cukup dengan dua raka’at solat Dhuha yang ia kerjakan” [HR. Muslim]
.
.
SOLATNYA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT
.
Rasulullah bersabda: “Solatnya orang-orang yang bertaubat adalah pada saat berdirinya anak unta kerana teriknya matahari.” [HR. Muslim]
.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dan Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahumallah dalam Penjelasan Riyadush Shalihin menjelaskan bahawa solat yang dimaksud adalah solat Dhuha. Hadis ini juga menjelaskan bahawa waktu paling afdhol untuk melakukan solat dhuha adalah ketika matahari sudah terik.
.
.
SOLATNYA ORANG-ORANG YANG TAAT
.
Orang yang rajin melakukan solat dhuha akan memiliki nilai lebih di mata Allah SWT, kerana orang-orang yang rajin melaksanakan solat dhuha akan dianggap sebagai orang yang kembali taat di jalan kebaikan islam, inilah mengapa solat dhuha juga disebut juga sebagai solat awwabin.
.
“Tidaklah menjaga solat sunnah Dhuha melainkan awwab (orang yang kembali taat). Inilah solat awwabin.” [HR. Ibnu Khuzaimah]
.
Diampuni Dosa-Dosanya Sehari Penuh
.
Salah satu keutamaan solat dhuha yang lain ialah akan diampuni dosa-dosanya selama seharian oleh Allah SWT. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah sebagai berikut:
.
“Siapapun yang melaksanakan solat dhuha dengan langgeng, maka akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. Sekalipun itu seperti buih di lautan.” [HR. Tirmidzi]
.
.
DIPERMUDAHKAN SEGALA SESUATUNYA OLEH ALLAH
.
Orang yang melakukan solat dhuha sebanyak 4 rakaat, maka Allah akan memudahkan segala urusannya pada hari itu, menuntaskan masalah-masalah yang dihadapinya, dan mencukupi segala sesuatunya.
.
Allah berfirman: “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” [HR. Ahmad]
.
.
MENDAPATKAN PAHALA HAJI DAN UMRAH DGN SOLAT DHUHA
.
Haji dan umrah merupakan ibadah yang wajib dilakukan bagi mereka yang memiliki rezeki yang cukup untuk bepergian ke tanah suci. Pahala yang didapat dari haji dan umrah sangatlah besar, namun jika anda belum mampu melaksanakannya, maka perbanyaklah melaksanakan solat dhuha. Kerana dengan melaksanakan sollat dhuha, maka Allah akan memberikan pahala yang setara dengan haji dan umrah, masya Allah.
.
“Barangsiapa yang mengerjakan solat fajar (subuh) berjamaah, kemudian ia (setelah usai) duduk mengingat Allah hingga terbit matahari, lalu ia solat dua rakaat (Dhuha), ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah; sempurna, sempurna, sempurna.” [Shahih al-Jami`: 6346]
.
Itulah beberapa manfaat dan keutamaan tentang solat dhuha, semoga membuat kita semua menjadi lebih rajin melaksanakan solat dhuha meski hanya dua rakaat setiap pagi. 
.

Semoga bermanfaat..

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: