Metafizik
Pesanan Tok Kenali
Bismillah...Assalamualaikum dan selamat malam
Surah 13 Ar-Raad ayat 28, Allah berfirman
(Yaitu orang-orang yang beriman dan yang merasa tenang) tenteram (hati mereka dengan mengingat Allah) mengingat janji-Nya. (Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram) yakni hati orang-orang yang beriman.
Ini jer yang RASA kehilangan tu....sebab tidak RASA keberadaan DIA
Nak cari pasai apa, cincin yang sudah ada di jari tu
Dah nyata dan wujud tapi masih tak perasan
seumpama dekatnya mata hitam dengan mata putih
Nak berbicara apa, antara KENAL dengan TAK KENAL sahajalah
Yang berbicara itu sudah Tuan Empunya DIRI
sifu share satu ilmu warisan pusaka bagi menjawab persoalan ini
nak dengar atau tak, tapi dengan syarat
kosongkan gelas diri, berlapang dada kerana ilmu Allah ini terlalu luas
terutamanya bab KENAL DIRI
" PESANAN TOK KENALI "
Tok kenali meninggalkan pesanannya sudah beberapa zaman.
Simpan baik-baik , yang dimaksudkan Tok Kenali ini adalah diri kamu yang diamanahkan itu .
Jangan sampai mengaku itu kepunyaan kamu .
Lantas pulangkan .
Awal awal hidup beragama itu adalah mengenal Allah .
Awaluddin Maakrifatullah
Barang siapa mengenal diri Nescaya ia mengenal akan Tuhannya .
Barang siapa Mengenal Tuhannya , maka binasalah dirinya .
Binasa diri ini bukanlah hancur, tetapi Nabi saw Bersabda
" Matilah sebelum mati " yakni menafikan segala yang tahu , hidup , kuasa , kehendak , dengar , melihat , berkata2 itu adalah dari kamu dan isbatkan kepada Allah .
" Nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan "
Nafi itu menafikan atau menidakkan
Isbat itu mengiyakan
Menafikan sifat Allah itu kepunyaan kita
Mengisbatkan ianya kepunyaan Allah
Nafi dan isbat hanya boleh diiktikad
Jika hendak kamu menafikan wujud mu itu , tersangatlah sukar .
Seperti kamu hendak menafikan wujudnya tanganmu ,
sedangkan hari hari mu penuh pergerakan daripada tangan .
Orang yang bersungguh pasti akan berjaya ,
dia akan tenggelam dalam wujud Allah ( fana) dan kekal dalam kefanaan itu ( baqa )
Sangat sukar untuk kamu mulakannya, seperti hendak menafikan segala penglihatan adalah bukan dari kamu .
Percayalah ianya akan berjaya setelah kamu betul betul mencintai Allah dan kamu kenal diri kamu .
0 comments:
Post a Comment