Metafizik
Jalan Keluar
Bismillah....
Kalau dah rasa tersumbat sangat dah, boleh cuba buat perkara ni,
1- Telefon ibu bapa mintak maaf, kalau balik jumpa depan-depan lagi bagus. Peluk cium dan gembirakan mereka. Minta ampun minta maaf. Minta halal makan minum, minta redha mereka.
2- Cari nombor akaun rumah anak yatim, transfer duit online - niat sedekah.
3- Ambil wudhuk, tunaikan solat hajat 2 rakaat, mintalah ketenangan dan kesejahteraan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah permohonan permintaan ia sampai dilubuk hati yang mendalam. Biar menangis tak apa..
4- Buka Al-Quran dan bacalah 2-3 mukasurat (lagi banyak lagi bagus).
5- Istighfar 100x atau lebih..
6- Perbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah..
.
.
Pernah buat tak?
.
Kalau belum, boleh cuba..
In Sha Allah akan hadir penyelesaian, seribu ketenangan dan kedamaian yang tak tersangka (dengan izin Allah).
0 comments:
Post a Comment