Metafizik

Kajian Pattern Human Code

6:07 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismilllah...

Kajian Pattern Human Code, setiap hamba Allah dikurniakan 99 jenis potensi/bakat/skill.
Tolonglah ibubapa jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Kata kata menghina membunuh semangat dan bakat mereka.

Step memahami anak: 

IBUBAPA WAJIB ADA ILMU KEMANUSIAAN INI
======================================

1. Belajarlah bahasa manusia melalui corak berfikir+corak menilai visual+ransangan major dan minor mata+ human code+ inventor indicator psiko+body language+primotory titik hati+imaging miror skill dan ratusan cabang lain lagi.

2. Amanah memberi ilmu agama yang Haq dan barulah sesuaikan dengan ilmu survivor kehidupan.

3. Memberi nilai dan jangan memaksa melunaskan impian ibubapa yang tidak kesampaian. Sebab anak anak kita ada bahagian mereka di dunia ini.

4. Ajar anak anak bergaul dan menjaga akhlak sosial anak anak. Bertegas hal ini dan jangan MERAJAI mereka sebab di depan hari ibu bapa menjadi hamba mereka. Fitrah Hidup.

5. Membina persekitaran yang positif dalam keluarga. Bapa kena tunjukkan sikap Pemimpin bermula dari solat dan hal syariat. Tutur kata yang baik dan sentiasa memberi semangat.

6. Bila remaja jadikan mereka kawan. Kerana sifat memberontak mula timbul kerana mencari diri. Kawan kawan lah mengambil tempat di sudut hati mereka. Ramai ibubapa terlepas pandang. Pandang Pandang anak dah pandai kurang ajar. Seminit lalai habis nilai keluarga.

7. Ketengahkan bakat mereka dan apa sahaja minat mereka selagimana betul syariat. Ajar ke arah keusahawan dengan apa yang mereka minat. Dalam proses matang sabarlah dengan kegagalan mereka dan pupuk mereka dengan ilmu softskill di luar. InshaAllah mereka berjaya apa yang dikurniakan oleh Allah Taala.

8. Bab amanah dalam kehidupan, ibu bapa wajib tegur sebab sikap jika ada anak tidak jujur dalam kerjaya dan bisnes. Jangan bagi perangai tidak amanah diwarisi oleh keturunan anda. Maka 10 tahun akan datang lahir bangsa yang hebat.

9. Fahami kehidupan dan jadilah khalifah sebaiknya sebab manusia singgah di bumi ini hanya sekejap sahaja. Kita semua insan yang Beriman maka jangan membandingkan anak anak sebagai mereka lahir dalam Fitrah.

Yang mana sudah beli Ebook Potensi Part-1 tu, bolehlah menggunakannya untuk memahami anak masing-masing..

Bolehlah Click http://www.wasap.my/60105725369 untuk sebarang pertanyaan atau persoalan berkenaan Ebook itu.

0 comments: