Metafizik

Renungan Bersama

6:15 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum. Saya mempunyai puluhan group whatsapps. Dan tak pernah terlintas untuk left dn menggunakan alasan hp heng kerana saya percaya ikatan ukhwah dan silaturrahim sesama sahabat2 dn adik beradik serta jemaah seperjuangan perlu dihormati. 

Malu rasanya nak left sebab sudah berjanji  utk sama2 susah dn senang tak kira group mana. Saya percaya pada kekuatan silaturrahim. Kerana janji Allah dalam silaturrahim juga ada rezeki. Especially group group yang berpesan pesan ke arah kebaikan.

Silaturrahim ini asalnya dari dua perkataan Arab iaitu "Silah" iaitu tali & "Rahim" (satu daripada 99 Nama Allah). Bila kita bersilaturrahim bermakna kita sedang menghubungkan tali-tali Allah dengan penuh kasih dan sayang tanpa kita sedari.

Dan kepercayaan saya ini terbukti bila saya di dalam kesusahan ada yg membantu atas dasar adik beradik. 
Jangan kita hanya mahu bantuan bila susah tetapi waktu senang kita left group2 yg invite kita. 

Hargai admin dan kawan kawan yg sudi masukkan kita dalam group..siapa tahu satu saat kita perlukan bantuan dari ahli2 group tersebut. Ini semua kerja dan kuasa Allah. Siapa tahu satu saat ahli2 group lah yg menziarah waktu kita sakit atau yg menziarah dn bersedekah alfatehah waktu kita tiada nanti. Siapa tahu? 

Jadi jangan putuskan silaturahim. Letak ikatan ini di depan kerana Allah Taala. Kerana tugu yg teguh akan roboh tanpa silaturrahim. Saya hanya manusia biasa..silaturrahim menjadikan saya luar biasa. Bukan pangkat, bukan darjat.


0 comments: