Metafizik

Otak Kanan vs Otak Kiri

11:18 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

OTAK KANAN vs OTAK KIRI

Dimensi IQ itu banyak kaitannya dengan otak kiri kerana sifatnya Kognitif, realistik, matematik, eksplisit dan self-centric

Dimensi EQ banyak kaitannya dengan otak kanan kerana sifatnya efektif, empati, kelembutan, implicit dan other-centric. 

Penyelidikan sains sudah membuktikan kejayaan itu memerlukan peranan EQ sekitar 80%. Sedangkan IQ sekitar 20%.

Ini kupasan ilmu sifu dari sudut IQ, logik...ilmu syariat, kena nampak, ada pembuktian ratio dan sebagainya.

Now, kupasan ilmu sifu dari sudut EQ pula...ilmu hakikat
relatekan semula denga kisah BELAJAR DARI TELUR AYAM tadi
80% faktor kejayaan berasal dari dunia dalaman (ROHANI). Bangunkan jati diri, Bangunkan Rohani, sebab yang HIDUP itu ROHANI. Kalau balik ilmu sifat 20 iaitu sifat Maaknawiyah
20% faktor kejayaan berasal dari dunia luaran (JASMANI)..Faktor persekitaran, pelbagai ilmu dunia fundamental, teknikal dan analisis, ilmu MSP, ilmu FB ads, circle of friends dan sebagainya. Kalau balik kepada ilmu Sifat 20 ini dikatakan sifat Maa'ni.

Analogi mudah bab rezeki,
Selama ini kita penat dan sibuk buat kerja TUHAN cari rezeki dari utara, selatan, timur dan barat
sampai nak solat dhuha pun tak sempat
sedangkan urusan rezeki itu HAQ Allah, sudah ditentukan sejak azali lagi
kita duk cari barang yang bukan kita punya, maunya tak jumpalah
DIA jer tahu terselit kat celah mana rezeki tu
orang depan rumah kita, dalam taman kita, sebelah rumah kita pun tak mai beli produk kita
DIA juga pegang hati manusia utk berurusan dengan kita
DIA jugalah yang nak HOLD hati manusia tak mai kat kita
DIA jugalah nak RELEASE hati manusia dan permudahkan untuk kita 

Kan senang, STOP buat kerja Tuhan
Buat kerja kita sebagai HAMBA
urusan HAMBA ini bersujud, merayu dan merintih pada TUAN yang HAQ
semuanya sudah disertakan dalam SOP Buku 555 itu,
buat dengan Taknak Buat jer

Ingat satu perkara kita sebagai hamba Allah yang berIMAN,
Allah sesekali tidak beri apa yang kita mahu
Tapi, Allah HANYA beri apa yang kita perlu
Ada kah kita perlu selain daripada DIA..??
Chief Of Universe, Yang Mentadbir seluruh Alam
Allahu Somad.

Inilah HAKIKATnya kenapa hidup kita pincang...
5 Rukun Islam boleh dibuktikan dengan IQ, nampak dengan perbuatan
6 Rukun Iman tu EQ nak dibuktikan macam mana..??

0 comments: