Metafizik

Asma ul Husna dan metafizik

10:14 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan : 
Assalammualaikum sifu,
Saya Ada satu pertanyaan bagaimana Kita nak gabungkan asmaul husna dalam unsur 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dalam diri Kita

Contoh: 1)  Apakah 11 asmaul hunsna dalam unsur 7?
             2) Apakah Akhlak terpuji dalam unsur 7
             3) Bagaimana Kita nak 11 Asmaul husna dalam harian kita

Jawapan :
Waalaikumsalam.
Asmaul husna tu semua sudah ada dengan kita sepertimana sudah dicop di tapak tangan kiri dan kanan kita tu, cuma kena tahu nak gunakan bila dan untuk apa, contoh kalau nak rezeki dipermudahkan dan dimewahkan, gunalah Ya Fattah & Ya Razzak.


Soalan 1-3 Tuan Bob itu semuanya ada dalam jadual Hisab Jamal di mana asal Numbering ini adalah dari 99 Nama Allah yang terbahagi kepada 9 kumpulan dan setiap satu kumpulan itu ada 11 Asma.

Contoh Kiraan sebegini,
Kita ambil Asmaul Husna "Ya Fattah" - nilai hisab jamalnya adalah
= 489 (selepas selesai dikira dengan nilai Huruf Arab Hijaiyah)
= 4 + 8 + 9
= 21 (2 + 1)
= 3

Ini bermakna Asmaul Husna 'Ya Fattah" termasuk dalam Kumpulan 3.
Begitulah seterusnya
Siapa yang rajin tu, silakan pecahkan kepada 9 kumpulan, dan susun setiap kumpulan itu ada 11 Asmaul Husna

Soalan :
Contoh unsur 2 Air : Al- Rahman, Al- Mutakabbir, Al- Alim, Al- Hakam, Al-kabir, Al- Hakim, Al-Waliyyu, Al-Akhiru, Al-Rauuf, Dan An-nafie
Macam mana nak gunakan maksud saya?
Gunakan dalam kehidupan harian dengan zikir ke?

Jawapan :
Iya, Hidup dengan Zikrullah.


Asmaul Husna 99 Nama dan Zikrullah ibarat aur dengan tebing yang tak terpisahkan. Kaedah yang selalu sifu kongsi saya bawa mengenal Allah swt melalui Rububiyah-Nya iaitu Asma Ul Husna Allah pada ciptaan Nya iaitu diri kita sendiri.

Hasilnya, anda boleh memilih untuk melakukan zikir-zikir Asma Ul Husna yang berkaitan dengan diri anda mahupun bertindak dengannya yang saya kirakan termasuk dalam kategori berzikir.

Sesungguhnya zikir itu adalah sesuatu ibadah sunat yang menjadi tuntutan buat kita. Ia membawa manfaat kepada kita sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah swt di dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

"Wahai anak Adam! Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku ditengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu didalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku." Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Zikir kepada Allah ni boleh dilakukan berbagai cara diantaranya:
1) Zikir dengan Lisan yakni senantiasa menyebut nama Allah, sifat-sifatNya atau melafazkan puji-pujian kepadaNya dengan lidah/mulut kita.

2) Zikir dengan Hati pula adalah dengan menghadirkan kebesaran, keagongan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah di dalam diri dan jiwanya sendiri sehingga hatinya menjadi sibuk dengan zikrullah.

3) Zikir anggota dan hati, melibatkan kerjasama di antara lisan dan hati dalam mengingati Allah swt. Malahan anggota-anggota lain juga boleh kita gunakan sebagai wadah untuk berzikir kepada Allah swt. Hal ini adalah amat baik sekali, bahkan ia dituntut oleh Islam.

Melalui cara ini, setiap amal perbuatan kita bukan sahaja menjadi kerja yang harus tetapi boleh mendatangkan pahala yang sunat malahan mampu mencegah kehadiran syaitan ke dalam hati kita pada setiap masa dan ketika sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas;

"Syaitan mencelah masuk dalam hati anak Adam apabila dia lalai dan lupakan Allah lalu mewas-waskannya, dan apabila dia mengingati Allah, ia (syaitan) akan beredar (dari hati-hati anak Adam)."

Tambahan pula bila mana kita mematuhi enam syarat ibadah seperti gambar rajah di atas tu, pastinya menjadikan hidup kita dalam zikrullah dan ibadah.

Kena faham beda antara SYARIAT & HAKIKAT Solat itu sendiri
Syariat Solat itulah Perbuatan Solat itu sendiri
Hakikat Solat ialah INGAT
INGAT Allah ini tidak terhad pada 5 waktu Solat Sahaja, tapi kena INGAT 24/7/365 hari
Ingat yang tidak putus inilah yang Allah beritahu dalam Surah 4 An-Nisa ayat 103

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman." (Surah An-Nisa ayat 103)

Step dan kaedahnya begini :-

1. Huraikan keinginan kita untuk mengetahui bagaimana semua ini boleh menjadi ibadah dalam hidup kita?
2. Ketahui di mana anda mampu menjadi Abdi Allah melalui Asma-asma Nya.
3. Pecahkan simpulan permasalahan anda dengan Zikrullah yang pastinya mempunyai aura dan energy yang hebat. Hanya di Kuasa 99 Nama.

Kita semua telah sedia maklum, program Kuasa 99 Nama diisi 70% dengan penggunaan Asma Ul Husna bagi mengenali potensi diri, kekuatan dalaman diri, mendapatkan petunjuk kepada ujian-ujian kehidupan melalui enam cabang utama kehidupan (kerohanian, kekeluargaan, sosial, kerjaya/kekayaan, pendidikan dan kesihatan) serta menjadi titik mula untuk muhasabah diri.

Secara umumnya, kita semua telah mengetahui bahawa Asma Ul Husna adalah nama-nama Allah yang terbaik dan yang Agung, sesuai dengan sifat-sifat Allah yang jumlahnya 99 nama.
.
Hal ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." (Surah 7 Al-A'raaf:180)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bahawasanya Allah swt itu mempunyai 99 Nama yakni seratus kurang satu. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga." (HR Imam Bukhary).

Pada dasarnya juga, kita haruslah mengetahui bahawa nama-nama Allah swt ini sebenarnya melebihi 99 nama yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis baginda Rasulullah saw. Menurut penyusunan semula kitab Pati Rahsia, Haji Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja), Allah swt mempunyai 3000 nama iaitu:

1) Seribu nama yang hanya diketahui oleh para Malaikat sahaja.
2) Seribu nama yang hanya diketahui oleh para Nabi-nabi sahaja.
3) Tiga ratus nama disebut dalam kitab Taurat.
4) Tiga ratus nama disebut dalam kitab Injil.
5) Tiga ratus nama disebut dalam kitab Zabur.
6) 99 nama disebut dalam al-Quran.
7) Satu nama khas tersimpan dalam pengetahuan Allah swt.

Kita juga harus memahami bahawa Asma Ul Husna Allah swt ini bukanlah sekadar nama sahaja. Jika dikaji secara mendalam, Asma Ul Husna bukanlah sekadar nama-nama Allah. Lebih dari itu, Asma Ul Husna merupakan tools/alat untuk mendekatkan diri kepada Nya. Berdasarkan tahapannya, ulama menggariskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lima keupayaan dalam mengoptimakan Asma Ul Husna sebagai saranan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt iaitu:

1) Mengenal Allah: "Dialah Allah, tiada ada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai Asma Ul Husna (nama-nama yang baik) Taha:8.

2) Memohon: "Allah memiliki Asma Ul Husna, maka memohonlah kepadaNya dengan (menyebut) nama-nama yang baik...Al-A'raaf:180.

3) Mengadu: "Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru, Dia mempunyai Asma Ul Husna (nama-nama yang terbaik)...Al-Isra':110.

4) Meminta Perlindungan: "Bertasbihlah kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Al-Hasyr:24.

5) Belajar dan Mentauladani: Mengamalkan pesanan-pesanan motivasi dan pengembangan diri yang terkandung di dalam makna Asma Ul Husna.

Melalui Program Kuasa 99 Nama ini & ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik ini , sifu kenalkan Allah swt melalui Asma-asma Nya. Sifu cuba "dekatkan" Allah swt yang sememangnya telah dan senantiasa dekat dengan kita dengan mendedahkan Asma-asma Allah swt yang dilindungi disebalik nama kita.
.
Hasil pembongkaran tersebut juga, bermulalah proses belajar dan mentauladani akan Asma-asma Allah ini dan seterusnya meminta pelindungan, mengadu dan memohon kepada Allah swt untuk membantu kita dalam menghadapi cabaran dan ujian yang hadir dari Allah swt jua.
.
Namun, hakikatnya Asma Ul Husna adalah milik Allah swt semata-mata. Kita sebagai makhluk hanya diminta untuk berikhtiar, berakhlak mulia dengan berpedoman kepada sifat dan nama-namaNya yang Agung. Apa pun ikhtiar kita, pasti kurang dan apa pun usaha kita, pasti banyak salahnya. Namun berdiam diri tanpa usaha, jauh lebih salah lagi.
.
Ingat statement sifu nie, KITA PUNYA ASA, TUHAN PUNYA KUASA
Orang yang selalu diselubungi Was-Was ini adalah orang yang kurang ingat Allah, Rohani tak diberi makan dengan Zikrullah, hanya jasad diberi makan nasi sampai gemuk gedempol.

Belajar menggunakan lintasan pertama iaitu adalah Lintasan Khir direct dari Nur Ilahi turun dari ubun-ubun ke hati. Lintasan ke-2 itulah was-was, bisikan syaitan yang nak menidakkan kebenaran Allah dan membuatkan kita ragu-ragu. Faham apa isi kandungan dalam Surah An-Nas itu.

In Sya Allah ada kelapangan masa sifu share di sini complete Asmaul Husna dalam Kumpulan No.1 - 9 yang setiap satunya ada 11 asma. Kalau ada yang rajin utk buat awal, silakan.

0 comments: