Metafizik

Yang terasing

9:38 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Agama pada asalnya datang kepada kita dalam keadaan yang asing, dan hilang dari radar. sekarang bumi sudah terlalu tua untuk didiami, dan Agama kembali semula dalam bentuk dan keadaan yang terasing.

Jadi beruntunglah pada mereka yang terasing itu, teruskan perjalanan hingga ke hujung nyawa

Perjalanan ini hina di mata masyarakat, mulia di sisi Allah. Lihat sahaja pada baginda Rasulullah SAW ada lena dari ujian demi ujian..itu Nabi, kita cap ayam jer belaka sini. Kena tiup sikit dengan angin sepoi sepoi bahasa, goyang bak mcm nak kiamat jadinya.

Sifu ada satu cerita nak share tentang ini, nak dengar tak?

Para sahabat bertanya kepada baginda Rasulullah S.A.W," Apa amal yang paling afdhal Ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah,"Maakrifatullah (Mengenal Allah)..

Bertanya lagi para sahabat kepada baginda Rasulullah S.A.W, "Amal apa yang terlebih pahalanya Ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah,"Maakrifatullah (Mengenal Allah)..

Bertanya lagi untuk kali ketiga para sahabat kepada baginda Rasulullah S.A.W, dan pada kali ini sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membangkang, "Kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu Ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah,"Sedikit beramal kamu dengan mengenal dan ingat akan Allah, adalah terlebih manfaat di sisi Allah, beramal dengan tidak mengenal Allah tiada manfaat walau sebesar zarah pun.

Belajar sesuatu, gunaka otak kanan masing-masing relatekan dengan setiap sharing di tribe ini.

Naniza :
Maaf sifu baru tengok telegram. Ilmu yang saya dapat kat sini yang paling saya ingat dan dalam usaha utk istiqamah ialah amalan buku SOP 555. Terlalu banyak sebenarnya ilmu2 yang ada disini. Saya masih baru lagi di tribe ni sifu, tak sampai 3 bulan lagi.

Satu pesan guru saya - amal kita buat jika kita nak Allah, kita takkan tinggalkan amalan tu. Tapi jika amal kita buat sebab kita nak sesuatu dari amalan tu seperti nak rezeki duit melimpah ruah & hasil2 lain dari amalan tu... bila kita berputus asa kita akan tinggalkan amalan tu.

Farihan Yahya :
Benar itulah yang kita selalu baca INNASOLATI, WANUSUKI, WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHIRABBILALAMIN

Ahmad Humaidi Ismail :
Setuju!
Buat dulu baru RASA..bukan senang..LILLAHITAALA..buat dan terus buat..LILLAHITAALA di hati tu akan datang kemudian..betul sifu?

Farihan Yahya :
Itulah IKHLAS, IKHLAS itu setelah tidak terlihat keberadaan diri.

Naniza :
mcm mana kita nak capai tingkat ikhlas sifu?

Farihan Yahya :
Allah sahaja yang TAHU, sebab itu diRAHSIAkan utk menguji sejauh mana keIMANan kita
Kena Kenallah dulu 3 jenis IKHLAS dan 3 jenis SYIRIK lah terlebih dahulu...kalau tak tahu silibus, nak capai gred A mcm mana kan dalam kelas di sekolah...betul betul.

Naniza :
Sifu jika tak keberatan. Kongsikan dan ingatkan kepada kami 3 jenis ikhlas dan 3 jenis syirik. Terima kasih sifu.

Farihan Yahya :
Allah kan Maha Adil, buat sesuatu itu berpasang-pasangan. (Surah 51 ayat 49)

3 jenis Syirik
1. Syirik Paling Besar - SYIRIK KHUFI YUL KHUFI iaitu keAKUan 
2. Syirik Besar - SYIRIK KHUFI (Batin) seperti Ujud, Riak, Takbur
3. Syirik Kecil - SYIRIK JALI (Zahir) seperti sembah berhala dan sebagainya

3 jenis Ikhlas
1. Ikhlas Paling Tinggi Di sisi Allah - IKHLAS MUNTAHA iaitu buat LILLAHI TAALA
2. Ikhlas Tinggi - IKHLAS MUTAWASSID iaitu time ingat Allah itu, beramal, time lalai tu tak beramal
3. Ikhlas Kecil - IKHLAS MUBTADI iaitu syirik kecil berbuat amal berkehendakkan sesuatu selain Allah


0 comments: