Metafizik

Di manakah itu yang dikatakan seberat-berat puasa?

9:20 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah....Assalamualaikum semua...dah dinner ka semua ini?
Malam nie nak sifu berkongsi tentang apa di sini

Sempena menyambut bulan RAMADHAN ni..bole Sifu kongsikan mengenai PUASA. 😊

Nak suruh sifu kongsi dari sudut laras ilmu mana Syariat-Hakikat tu..??

Dua2 Sifu.. mesti.ramai nk tau.. ☺️

Ramai ka nak tahu tu, baik kita buat survey lah dulu berapa ramai yang nak tahu di tribe public ini sebab, bila nak ditabur benih itu biarlah pada tanah yang sudi, kelak tumbuh subur memakmurkan insan lain pula. Andai ditabur pada tanah yang tak sudi, kelak timbul fitnah melata. Kalau tak ramai di sini, sifu kupas dalam akademi ya..

Kita selalu dengar di corong-corong radio, majalah dan sebagainya sejak kecil, PUASA itu adalah menahan lapar dan dahaga itu adalah seringan ringan PUASA, pernah ka selama hidup ini kita bertanyakan soalan atau mencari ilmu, DI MANAKAH ITU YANG DIKATA-KATAKAN seberat berat puasa..?? 

Bila ada ringan, pasti ada berat betul kan. Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan. (Surah 51 ayat 49)

Dah jumpa ka mana yang dikatakan seberat-berat PUASA tu..??
kalau setakat menahan lapar dan dahaga, mana beda kita dengan anak kita yang berumur 7 tahun, betul kan..??

Baiklah, kita start mudah-mudah jer dulu ya, tengok ada RESPON, sifu teruskan, kalau takder kita berhenti sahaja, kerana sifu faham dah, kalau topik buat duit laju dan nombor, kalau bab mengenal ini, RESPON kureng sikit tu. Tapi sebab ada permintaan, sifu kena jawablah walau secebis ilmu kan..

Baik, apa yang kalian faham dengan PUASA, dari sudut syariat dan hakikat...mesti ada pasangan baru sempurna, kalau tak seumpama awal niat lah "SAHAJA-SAHAJA"

Menahan nafsu
Bila dah PUAS memandang yang lain..pandanglah pada SE

Benar, sebab CikPuan Nadz sudah sifu share sewaktu jumpa sifu Face-2-Face tempoh hari kan...

Benar dari sudut ilmu syariat, PUASA itu menahan nafsu, menahan lapar dan dahaga, ini zahir yang orang nampak
dari sudut ilmu hakikat pula, PUASA itu adalah PUAS-SE
PUAS dah memandang yang lain selain Allah. 
PUAS dah memandang setiap sesuatu itu datangnya dari selain Allah kerana tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya
contoh:-
Yang mendatangkan ujian itu pun DIA
Yang nak selesaikan ujian itu pun DIA
solusinya Hanya satu iaitu kembali bersujud kepada DIA

Yang nak HOLD hati setiap insan yang untuk berurusan dunia seperti bisness dan sebagainya dengan kita pun DIA
Yang nak RELEASE mereka dan permudahkan segala urusan dengan kita pun DIA
solusinya HANYA satu iaitu kena "UNLOCK" & ON WIFI Connection dengan DIA

jadi SE kan, 
PANDANGLAH YANG BANYAK KEPADA YANG SATU
PANDANGLAH YANG SATU KEPADA YANG BANYAK

Allah berfirman dalam Al-Quran

"Dan kepunyaan Allahlah dari Timur dan Barat; maka ke mana jugapun kamu menghadap, di­ sana pun ada wajah Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Luas lagi Maha Mengetahui" (Surah 2 ayat 115)

Baik, apa kah pula yang dikatakan dengan RAMADHAN..?? sila jawab

Z@RìtH Z@RìN@ :
Saye cube jawab ye sifu

Bulan RAMADHAN adalah bulan ke-9 dlm kalender hijrah. Jika JUMAAT ialah PENGHULU SEGALA HARI, RAMADHAN pula adalah PENGHULU SEGALA BULAN. AL-QURAN diturunkan pada bulan RAMADHAN. Umat ISLAM yang menghargai & memanfaatkan bulan RAMADHAN dengan BERIBADAH, dengan izin-Nya bakal beroleh PAHALA IBADAH sebanyak 80 TAHUN.

Benar dari segi ilmu syariat..alhamdulillah details sekali

Baik, mari kita lihat dari sudut ilmu hakikat pula ya

Apakah Di sebalik Puasa Ramadan

Sebagaimana tafsiran hari raya haji (korban), sebegitulah tafsiran hari raya puasa. Jika diambil kira ilmu syariat, pengertian serta tafsiran hari raya puasa adalah merujuk kepada hari kemenangan. Maksud sebenar kemenangan itu apa?. Menang apa?. Berperang tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak. Apakah yang hendak dimenangkan?. Tidak akanlah, hanya dengan 30 hari menahan lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?.

Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu boleh dikatakan menang?. Setakat puasa lapar dan dahaga, budak seusia 4 atau 5 tahun juga boleh menahan lapar dan dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Apakah itu boleh dikatakan kemenangan?.

Hadis ada mengatakan bahawa,

“Seringan-ringan berpuasa di bulan Ramadhan itu, adalah menahan lapar dan dahaga”

Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil (terkebawah), seringan-ringan, serendah-rendah dan selemah-lemah puasa. Manakah yang dikatakan seberat-berat, sebenar-benar dan seafdal-afdal puasa itu?. Jika yang kecil dan yang ringan sahaja yang kita tumpu, kejar, cari dan utamakan, sampai bila untuk kita mendapat tahap puasa yang sebenar-benar puasa, sebenar-besar puasa dan seberat-berat puasa?. Jika kita hanya asyik mengutamakan puasa yang kecil (ringan) tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang dikatakan kemenangan?. Hendak menang apa?. Cuba tuan-tuan jawab persoalan ini.

Melati :
Saya cuba jawab yee
Seberat berat puasa itu adalah melakukan ibadat solat2 sunat di malam hari dan mengaji..kita banyakkan amalan di malam hari..betul tak sifu...?

Semua BENAR mengikut kefahaman dan ilmu masing-masing..dia begini silibus subject matematik dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah ke IPTA/IPTS/Koleh berubah ka atau sama..?? cer jawab tuan puan semua

Semua nya berubah dan tak sama
Berubah sifu.

Benar, then kenapa silibus pengajian Rukun Islam itu seperti kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji itu kita tidak berusaha untuk mencari ilmu untuk beralih silibus bagi melengkapkan silibus lama...??? betul kan, atau RASA tak perlu dah?

Puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Boleh jadi ada orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan kelaparan. Boleh jadi ada orang yang bangun melakukan qiamullail, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada qiamullailnya melainkan berjaga malam semata-mata. [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam (Puasa), hadis no: 1680. Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan sahih dalam Sahih Ibn Majah]

Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang berada di dalam kemenangan!. Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah darjat kemenangan puasa yang lemah dan kecil. Kemenangan yang tidak mendatangkan kejayaan itu, bukanlah dikatakan sebenar-benar menang!. 

Apakah erti kemenangan tanpa kejayaan?. Menang dengan tidak berjaya, apakah boleh dikatakan menang?. Seperti kata pepatah Melayu, “menang sorak, kampung tergadai”. Itukah yang dimaksudkan kemenangan?. Lulus peperiksaan tetapi tidak ada sijil!. Apakah itu dikatakan kejayaan atau kemenangan?. Tanam jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu berjaya?.

Budak berusia 4 atau 5 tahun juga boleh melakukan puasa, menahan dahaga dan lapar sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang dewasa. Adakah itu kejayaan dan adakah itu kemenangan?. Sedangkan dalam hadis, dengan terang dan jelas mengatakan bahawasanya “menahan lapar dan dahaga itu, adalah seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan”. Apakah tuan-puan sudah berusaha untuk mencari sebesar-besar dan seberat-berat puasa?.

Cukupkah dengan sekadar mengendong sesuatu perkara yang ringan, yang juga boleh digendong oleh anak-anak sebaya sekolah tadika?. Sepatutnya kita yang dewasa ini, mengerjakan puasa yang lebih berat, yang lebih besar dan yang lebih afdal. Hampir setiap hari siaran radio dan televisyen ada menyebut bahawa “Seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan itu adalah menahan lapar dan dahaga”. Apakah sudah kita jumpa puasa yang berat atau puasa yang besar?. Tanya diri kita sendiri, manakah maksud puasa yang besar dan manakah puasa yang berat?.

Menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan itu, adalah pekerjaan puasa syariat yang ringan. Mana pengertian puasa yang hakiki dan puasa yang sebenar?. Pekerjaan puasa syariat itu, hendaklah disertai dengan pekerjaan hakikat. Amalan syariat yang tidak disertai amalan hakikat itu, adalah batal atau hampa.

Cuba tuan-puan tanya pada diri sendiri, adakah sudah kita mengerjakan puasa hakikat dengan tidak meninggalkan puasa syariat?. Jika ada, cuba tanya pada diri sendiri, apakah maksudnya syariat puasa dan apakah maksudnya hakikat puasa itu?.

Kalau branding atau jenama business kita mementingkan ada ROH BRANDING. Kenapa kita perlu katakan tidak perlu pada hakikat puasa (Roh puasa) Jika sekiranya kita tidak boleh menjawab atau mentafsirkan pengertian hakikat puasa (roh puasa), apalah ertinya puasa tuan-puan selama ini. 

Di manakah kedudukkan puasa tuan-puan di sisi Allah s.w.t, yang selama hidup ini dikerjakan?. Apakah maksud pengertian seberat-berat dan sebenar-besar puasa itu?. Jika tahu mengerjakan puasa ringan sebagaimana yang dikerjakan oleh kanak-kanak dengan tidak disertai puasa yang berat ataupun puasa yang besar, apakah nilai dan letaknya puasa kita disisi Allah s.w.t?. Cuba jawab.

Oleh itu cukup-cukuplah, sedar-sedarlah dan hentikanlah mengerjakan perkara kecil dan perkara ringan!. Marilah sama-sama kita menuju kepada sebenar-benar ibadah puasa yang besar, yang afdal dan yang dikatakan seberat-berat puasa disisi Allah Taala.

Boleh follow setakat ini...

Belajar sesuatu malam ini, pernah didengari ka kupasan ilmu sebegini berkenaan puasa sebelum ini ka, atau pertama kali didengari?

Beda atau jauhnya jurang antara silibus ilmu syariat dan hakikat ini, Allah sudah design, patternkan dan kisahkan dalam Al-quran iaitu kisah konflik antara Nabi Musa (ilmuan syariat) dan Nabi Khidir(ilmuan hakikat). Jadi usah pelik, ilmu Allah ini terlalu luas, dan ilmu ini hanya datang pada yang mencari..jadi berlapang dadalah kita dalam menimba ilmu semua ya. Dan moga hadir dengan gelas yang kosong ya..

Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yang sebenar-benar afdal itu, hendaklah kita kembali merujuk kepada erti bulan Ramadhan. Apakah ertinya bulan Ramadhan?..  Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barakah. Bulan dikunci segala iblis dan syaitan, bulan dibuka pintu syurga dan dibuka pintu langit. Juga, bulan keampunan dan bulan dimakbulkan doa.

Mana nikmatnya puasa, jika dalam berkeadaan lapar?. Mana rahmatnya puasa bila berkeadaan tidak makan dan tidak minum?. Mana berkatnya puasa jika makanan tidak dapat dimakan?. Manakah yang dikatakan pada bulan Ramadhan itu, dirantai, diikat dan dipenjara segala iblis dan syaitan oleh Allah s.w.t, jika pada bulan Ramadhan juga masih ada berlaku maksiat di sana sini?. Di bulan Ramadhan juga masih ada orang ditangkap khalwat, masih ada orang minum arak dan juga berjudi.

Masih ada kemungkaran di merata alam. Jenayah perkosaan, pembuangan bayi, kecurian, rompakan dan pembunuhan masih juga berlaku di sana sini pada bulan puasa. Masih berlaku kes bersekedudukkan, kelakuan sumbang mahram dan kemungkaran yang dilakukan di bulan puasa?. Sedangkan Allah s.w.t berfirman bahawa di bulan Ramadhan itu, segala jenis syaitan dan segala jenis iblis, diikat, dikunci, dirantai, di jel dan dikurung dalam lokap oleh Allah s.w.t?.

Apakah masih ada syaitan atau iblis yang lain?. Apakah kurang kuat lokap, penjara, rantai atau jel Allah s.w.t, sehinggakan iblis boleh terlolos atau terlepas dari penjaraNya?. Atau adakah syaitan atau iblis itu, mempunyai makna, maksud atau erti yang lain, segala kejahatan itu di dorong oleh iblis dan syaitan?. Sedangkan iblis dan syaitan di bulan puasa Ramadhan itu, telah dikurung, dikunci atau di jel dalam penjara dengan rantai Allah s.w.t. Apakah rantai Allah s.w.t itu, boleh terputus, sehingga terlepas atau terlolosnya  syaitan dari lokap Allah s.w.t?. Jika benar iblis atau syaitan itu, ada maksud, makna atau erti lain disebaliknya, dimanakah dan siapakah sebenarnya syaitan dan iblis? Cuba jawab.

Bagi menghayati pengertian hari raya puasa, hendaklah sekali lagi kita tahu apa itu ertinya Ramadhan. Ramadhan itu, ertinya rahmat, nikmat dan barokah. Saya minta tuan-puan jangan sebut perkataan bulan, terus sahaja sebut perkataan Ramadhan. Sesudah menyebut perkataan Ramadhan, saya mahu tuan-tuan gantikan sebutan Ramadhan (bahasa arab), dengan  sebutan bahasa Melayu. Perkataan Ramadhan, apabila dimelayukan, ia akan membawa erti rahmat, nikmat atau berkat. Untuk mengetahui maksud dan erti Ramadhan yang sebenar, hendaklah kita jangan membunyikan bahasa Arab. Terus sahaja kita sebut dengan bunyi bahasa Melayu iaitu rahmat, nikmat dan barokah.

Inilah cara atau kaedahnya ulamak-ulamak terdahulu menggali, mengkaji dan menilai maksud yang tersirat di sebalik bahasa!. Kadang-kadang, kita terkeliru dan terhijab oleh bahasa Arab itu sendiri. Sekarang, mari kita sama-sama sebut perkataan nikmat, rahmat dan barokah (bagi menggantikan bahasa Arab). 

Apakah yang dikatakan rahmat, apakah yang dikatakan nikmat dan apakah yang dikatakan barokah itu?..

Sifu tinggalkan persoalan ini disini, cukup setakat ini dahulu untuk malam ini ya, insyaallah andai ada yang meminta perlu diperpanjangkan kupasan ini, In Sya Allah kita sambung lagi esok..sila ingatkan sifu boleh boleh

Rukun Islam itulah ILMU SYARIATNYA benda yang zahir nampak di mata setiap gerak lakunya, yang ini semua orang berjaya melakukannya tanpa gagal

Rukun Iman itulah ILMU HAKIKATNYA benda yang tidak dapat dizahirkan melainkan IMAN lah garis ukurnya
berapa ramai yang PERCAYA kpd Allah..??
berapa ramai yang PERCAYA kpd Al-Quran atau berpegang kepada janji-janji Allah dalam Al-quran..??
berapa ramai yang PERCAYA atau boleh menerima QADA dan QADAR seada-adanya..?? dan sebagainya

sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita bersama

Assalamualaikum dan selamat malam tuan-puan semua.

0 comments: