Metafizik

Qul Kullum Min Indillah

10:24 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Persoalan : Tengah menyampah dengan seseorang sebab dia suka sakitkan hati kawan2, dia suka buat & bercakap sesuka hati dia... Adakah ini dikira satu ujian..?

Jawapan :

Ulangkaji sharing sifu sebelum ini utk menjawab persoalan ini ya.

QUL KULLUM MIN INDILLAH

Dia begini, dalam hidup kita ini, kita sentiasa berubah

Kalau dulu kita kanak-kanak yang lurus bendul, kini kita seorang dewasa yang mengurus
kalau dulu ketika kecil mungkin lain cita-cita dan citarasa. Berlainan pula impian dan angan-angan.
Ada yang memang dikurniakan Tuhan setiap apa yang diinginkan. Berapa ramai pula yang syahid awal dan tersungkur dalam perjalanan.

Walau apapun cita-citamu, impian, azam dan kehendakMu.
Ingatlah setiap yang kita peroelehi itu - baik yang sebelum, sekarang dan akan datang
semuanya adalah milik Tuhan. Semuanya kerja Tuhan. Usah kita kusutkan dan lalai dengan khayalan sibuk buat kerja Tuhan menilai here and there. 
Demikianlah apa yang tidak kita dapatkan, Tuhanlah yang merancang, Tuhanlah yang mengatur, Tuhanlah yang merancang itu.

"QUL KULLUM MIN INDILLAH"(Katakanlah setiap perkara adalah dari sisi Allah)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu (rujuk Surah 2 ayat 216)
Daripada RASA BENCI itulah utk perbaiki keadaan dengan DEKAT KEPADA ALLAH, yang sebelum ini JAUH HANYUT LALAI LUPA DIRI entah kemana
BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH SEGALA BALA

Demikianlah kisahnya,
Apa yang kita dapat, bersyukurlah. Apa yang kita terlepas, bersabar dan redhalah.

TUHAN NANTINYA TIDAK BERMINAT DENGAN END RESULT. TAPI USAHA, AMALAN DAN ISTIQMAH
ITULAH KAYU PENGUKURNYA. ITULAH PERTIMBANGANNYA..OLEH ITU JANGAN BERHENTI SETIAP USAHA, DOA, TAWAKKAL.

SUPAYA ALLAH MENGURNIAKAN YANG TERBAIK BAGI KITA SEMUA. ALLAHUMMA AMEEN.

Faham faham..

Apabila kita memilih untuk menjadi orang yang beriman bermakna kita memilih kehidupan yang tenang, beruntung dan bertuah di fasa manapun kehidupan yang kita lalui. YAKINLAH

Rasulullah SAW itu indikatornya juga mengalami pelbagai peristaiwa pahit dalam hidup baginda. Namun peristiwa itu tidak sedikit pun melemahkan perancangan dakwah Baginda untuk masa hadapan. Itu level Nabi pun diuji sebegitu rupa. Kita nie "CAP AYAM" jer kan...Diuji itulah tanda kasih sayang Allah terhadap kita. 

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Kena tahu bedalah antara UJIAN vs BALA..cuba share sikit kefahaman kalian tentang UJIAN dan BALA ini..??

Bila kita selusuri dan membaca sirah Nabi, Aisyah pernah bertanya kepada baginda: "Adakah ada satu hari dalam hidup tuan yang lebih buruk daripada perang Uhud?"

Jawab baginda: Kita sudah sedia maklum akan kesediahan kaum Muslimin dalam perang itu. Ini terutamanya ketika tersebar berita Rasulullah SAW terbunuh. Pada hari itulah bapa saudara Baginda Hamzah dibunuh.

Pada hari itu, Baginda cedera hingga patah giginya dan badannya mengalami luka dan pada hari itu juga sahabat kesayangan Baginda dibunuh, 70 orang kesemuanya. 

Baginda pulang tanpa 70 orang sahabat dan akan melihat ramai wanita menjadi janda serta anak menjadi yatim. Sememangnya Perang Uhud amat menyakitkan buat baginda.

Cuba bayangkan EMOSI baginda pada ketika itu..??
Cuba bayangkan PRASANGKA baginda dengan TUHAN pada ketika itu..??

Kita bagaimana,
adakah masalah kita lebih besar daripada baginda.??
yang sampai menjejaskan PRASANGKA kita dengan TUHAN..??

UJIAN vs BALA

UJIAN mendekatkan diri kita dengan Allah
Ini bermaksud makin kuat ujian kita hadapi, makin banyak dan kuat kita bersujud pada DIA.

BALA menjauhkan diri kita dengan Allah
Ini bermaksud makin kuat ujian kita hadapi, makin lalai dan hanyut kita dengan DIA, duk meroyan sana sini, kecoh satu dunia.


Meskipun Baginda melalui pelbagai peristiwa pahit, Baginda tetap melalui hidup dengan tenang dan bersemangat. Baginda tidak pernah membiarkan detik hitam dan pahit itu menjadikannya kecewa, apatah lagi bertindak menyakitkan diri sendiri.

Akhir kata, izinkan sifu akhiri :

KEPAHITAN ITU SUDAH BERLALU
APA YANG TINGGAL HANYALAH MASA KINI
UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN
OLEH ITU, TIDAK PATUT KITA MENYAKITI DIRI KITA DENGAN KESEDIHAN DAN KEKECEWAAN
HIDUP KITA INI TERLALU SINGKAT UNTUK DITANGISI
NIKMATILAH HIDUP SEADANYA

Sekian, semoga bermanfaat utk kita semua sharing pagi ini yang tak seberapa ya..

Belajar sesuatu, cuba ambil sharing ini letak pada diri utk muhasabah, sebenarnya PUNCA jiwa tidak tenang semua sama jer ALLAH TIDAK ADA DALAM JIWA kita..

Inilah MOTIVASI yang sebenar-benar dan kekal abadi.
Yang lain itu hanya bersifat sementara, dan mampu bertahan not more than 7 days, lepas tu ke laut.
Buktinya, i believe, most of us dah naik "SAWAN ILMU" keluar masuk seminar demi seminar, program motivasi bagai, tapi my question..??

Kenapa pening lalat dan tak ketahuan lagi, jiwa berserabut dan tidak tenang..??

Kita letak DUNIA di situ, bukan DIA
Sifu masih pegang kata kata guru sifu:-
"JANGAN KAMU INGAT KAMU ATAU MANUSIA SAHAJA YANG TAHU CEMBURU, ALLAH ITU MAHA CEMBURU KALAU KAMU LETAK BENDA LAIN SELAIN DIA BERTAKHTA DI HATI KAMU ITU."

0 comments: