Metafizik
Ramadhan : Menjadi Wakil Rezeki Allah
RAMADHAN : MENJADI WAKIL REZEKI ALLAH
Satu Analogi mudah: Seandainya kita orang kaya. Kita amanahkan duit kepada wakil kita untuk diberikan kepada yang memerlukan namun wakil kita masih belum menunaikan amanah itu, apakah kita akan beri lagi duit kepada wakil kita untuk meneruskan tugasannya? Pasti kita akan tunggu duit yang awal tadi diberikan, barulah kita akan beri lagi untuk yang seterusnya. Cuba faham cerita ini dari sudut kesedaran tertinggi?
[Selepas membaca sharing ini, sila BERTINDAK TANPA TAPI, MEMBERI TANPA HENTI perlu melaksanakan terapi sedekah]
Syarat Menjadi Wakil Rezeki
Teman-teman semua,
Mudahnya memahami aturan Allah di dalam hal rezeki ini. Allah SWT menjadikan kita adalah untuk menjadi wakilNya di muka bumi ini di dalam melaksanakan kehendakNya. Salah satunya adalah sebagai wakil di dalam memberi rezeki.
Namun ada syarat menjadi wakil rezeki Allah iaitu syarat utamanya adalah kita haruslah jadi orang yang dipercayai Allah dalam melaksanakan tugas sebagai menyebarkan rezeki Allah SWT kepada yang memerlukan.
Kerana itu Allah sentiasa menguji kita samada benarkah kita layak untuk menjadi wakil rezeki Allah atau sekadar menjadi penerima rezeki sahaja. Tepuk dada tanya Iman, sejauh mana konsistensi kita follow SOP Buku 555 especially bab zakat dan sedekah tu.
Seandainya kita TIDAK LAYAK menjadi wakil rezeki, kita tetap mendapat rezeki namun nilainya sekadar cukup-cukup makan untuk keperluan kita sahajalah.
Tetapi seandainya kita LAYAK menjadi wakil rezeki, inshaAllah pasti Allah amanahkan kita dengan nilai rezeki yang tinggi kerana disamping untuk keperluan kita, kita harus menyebarkan rezeki Allah kepada mereka yang memerlukan.
Indahnya aturan Allah dan ia sangat mudah difahami. Namun hal ini ramai yang masih terikat dan sekadar menjadi penerima rezeki sedangkan menjadi wakil rezeki membuatkan kita akan lebih bahagia kerana wakil rezeki adalah penerima dan penyebar rezeki Allah. itulah antara sebab kenapa issue kewangan menghimpit diri, keluarga dan perniagaan masing-masing.
Menjadi wakil Allah. Bukan wakil rakyat, wakil negara, wakil raja, wakil ibu bapa... tetapi WAKIL ALLAH... Wakil Tuhan
Boleh follow setakat ini, nak tengok ada tak orang atau sifu cakap sorang2 ni?
Bagaimanakah Dikatakan Wakil Yang Boleh Dipercayai?
Allah menguji kita dengan cara di mana apakah kita mampu memberi sedekah kepada yang lebih memerlukan walaupun rezeki yang kita dapat sekadar cukup untuk keperluan kita sendiri. Sifu selalu share tentang MELEPASKAN UNTUK MENDAPATKAN.
Sebenarnya Allah ingin melihat sejauh mana kita mampu MELEPASKAN HARTA BENDA kerana inilah syarat utama di dalam menjadi hamba yang dipercayai Allah SWT.
Seandainya seorang wakil rezeki tidak mampu melepaskan diri dari harta benda, pastilah dia seorang yang tidak boleh dipercayai. Pasti segala rezeki yang dimilikinya akan disimpan untuk dirinya sendiri atau menyalahgunakan rezeki ya diamanahkan kepadanya.
Lalu Allah tidak akan menambahkan rezeki untuknya kerana rezeki yang sedia ada masih belum diberikan kepada yang memerlukan. Selagi rezeki itu tersimpan, dapatlah dia rezeki yang sekadar adanya sahaja. Tidak akan bertambah atau bertambah hanya sedikit sahaja kerana Allah tetap Maha Pemurah.
Apa Kaitan dengan Analogi Di awal sharing tadi..??
Analogi itu jelas bagaimana aturan Allah di dalam hal rezeki ini. Allah tidak akan memberikan kita rezeki yang banyak seandainya rezeki yang sedia ada masih kita simpan dan tidak disebarkan. Kita tidak akan menerima rezeki seterusnya kerana tujuan kita dijadikan oleh Allah untuk menjadi wakilNya namun kita gagal menjadi wakil rezeki yang terbaik.
Harta yang kita sedekah dengan kadar ‘tidak kisah’ (bukan dengan nilai yang kita sayang) menunjukkan kita masih terikat dengan harta benda. Begitu juga dengan harta yang kita simpan sepenuhnya tanpa memberikan sebahagiannya kepada yang memerlukan.
Selagi kita terikat dengan harta benda, apakah kita layak untuk menjadi wakil rezeki Allah dalam menyebarkan rezekiNya di muka bumi ini? PASTI TIDAK.
Lalu rezeki kita cukup sekadar adanya sahaja.
Seandainya kita mampu melepaskan harta benda di mana kita mengambil jumlah harta hanya keperluan kita sahaja dan yang lain kita beri kepada yang lebih memerlukan, pasti Allah akan menaikkan taraf atau darjat kita sebagai wakil rezekiNya.
Kita adalah hamba yang boleh dipercayai di dalam menyebarkan rezeki. Maka kita akan diberikan lebih banyak rezeki kerana kita dapat menunaikan tanggungjawab atau amanah ini dengan lebih baik.
Di atas kepercayaan kepada kita, Allah menambahkan lagi rezeki ke atas kita di samping kita mendapat bonus dari Allah untuk keperluan kita. Hasil dari rezeki yang banyak, kita mampu memahami bahawa Allah meminta kita berikan lebih banyak rezeki kepada yang lain kerana kita adalah hamba yang dipercayai.
Maka tidak salah menjadi kaya tetapi kekayaan itu adalah sekadar keperluan kita. Bukan kehendak yang mengikut nafsu semata-mata.
Teman-teman semua,
Belajarlah terapi sedekah agar teman-teman mampu melepaskan diri dari terikat dengan harta benda.
Teman-teman semua pasti akan mampu menjadi orang yang bahagia kerana harta benda tidak lagi terikat dengan saudara.
Teman-teman semua akan menjadi hamba yang dipercayai dan pasti menjadi wakil rezeki Allah berterusan hingga kita benar-benar kembali kepadaNya di dalam keadaan kita sudah lulus dengan baik dalam menjadi wakil rezekiNya.
Bumi semenanjung (jantung dunia) ini selamat dari bencana alam kerana masih ada seorang insan yang tidak putus hidup memberi. Jadi salah satu kaedah untuk mengelakkan diri kita ditimpa musibah adalah dengan memberi secara berterusan. sikit atau banyak itu nilaian di mata manusia. nilaian di mata Allah hanya pada IKHLAS nya kita memberi.
Bagaimanakah Praktikal Melepaskan Diri Dari Harta Benda..??
Saya jelaskan praktikalnya di dalam SOP BUKU 555 iaitu Amalkan terapi sedekah walau dalam senang atau sedikit susah.
Mohonlah pada Allah agar kita sentiasa diajarkan oleh Allah di dalam pengurusan rezeki kita. Nanti kita akan dituntun Allah dalam soal rezeki ini dan inshaAllah pasti kita akan difahamkan oleh Allah apa yang perlu kita lakukan dengan rezeki yang kita miliki.
“Ya Allah sungguh aku sentiasa takut dengan amanahMu ya Allah. Aku mohon setiap kali aku dimurahkan rezeki, ajarilah aku ya Allah untuk menguruskan rezekiMu ini ya Allah agar aku mampu menjadi hambaMu yang dipercayai olehMu. Agar aku mampu melepaskan diri dari keterikatan dunia ini ya Allah.”
Wallahualam...semoga bermanfaat
Belajar sesuatu untuk muhasabah diri kita bersama, apa ilmu dapatan pagi ini, mind to share.
Habibi_769RHD :
Insha Allah Sifu dalam Practical masih meneruskannya walau kecil2 istiqomah harapnye
Melatih diri memberi dengan tak kisah dan tanpa sempadan melatih diri untuk melepaskan apa yg kita sayang(hartabenda)
Suha Zabar :
Bismillah
Rezeki itu pinjaman dan amanah Allah
Dan ianya adalah pelaburan kita
Perasan tak kenapa isu rezeki kita berpanjangan tak selesai, business kita sendu mendu, cuba kaitkan dengan sharing sifu di atas tu.
Habibi_769RHD :
Biz saya masih sendu Kerana SOP buku 555 masih byk yg rompong
Ahmad Humaidi Ismail :
Ringkasnya: Allah Punca Sumber Rezeki..kita jika nak jadi KHALIFAH(Wakil Allah) kena la buat apa dia nak..Memakmurkan Insan dan Alam..baru dapat CERTIFICATION dan diterima amalan..Maka Allah GANDA REZEKI..bukan setakat WANG..juga termasuk ILMU,PENGETAHUAN,FAHAM dan AMAL..berkongsilah..laburkanlah..
Sebab kita masih KEAKUAN..rezeki slow kita kata 'Aku Tak Pandai'..'Bukan Rezeki Aku'..'Dah Rezeki Dia'..'Nasib Aku Tak Baik'..
Hidup ni kena seimbang PANDAI Roh dan Jasad..TANGAN NYATA dan TANGAN GHAIB..
Betul sifu?😁
0 comments:
Post a Comment